Latheefa's Muslimah Collections

Monday, August 8, 2011

Ayam Rendang Kari Yogurt

Berani lari daripada rasa rendang sejati turun temurun?
Bundo suka buat percubaan dan hasilnya agak bagus pada tekak keluarga. Maka terhasillah rendang moden ini haha..



1 ekor ayam
Santan daripada 1 biji kelapa
6 helai daun  limau purut
1 biji lemon diambil parutan kulitnya 1 sudu besar dan perahan airnya daripada 1/2 biji
3 sudu besar kerisik
5 sudu besar yogurt perisa asli
4 sudu besar rempah kari

blender:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras
10 biji cili api (lebihkan kalau nak pedas)
6 biji cili merah
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 biji tomato masak ranum
3 batang serai
kunyit hidup atau kunyit serbuk secukupnya


Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan yogurt.  Tumis hingga sebati. Masukkan kerisik. Apabila bahan tumisan masak, baru masukkan ayam. Tunggu sehingga air ayam kering baru masukkan santan.
Apabila kuah agak pekat, masukkan parutan kulit lemon, air lemon dan daun limau purut. Oeh sebab puasa, agak-agaklah garamnya.

Bundo makan rendang ni semalam bersama dengan nasi lemak. Dah anak-anak sibuk suruh buat nasi lemak. Jangan nanti dalam bulan puasa ni lemak naik berkilo-kilo, dah....

Sekian.

ibundo

2 comments:

anymz said...

apo salah ee tukar selero kak.boleh jugak di cubo ni tp kono tungu lopeh rayo..bulan poso ni tak dapek nak ulang2 makan..:)

Mas said...

hhmm...cicah ngan kari pun bestkan kak ayam tu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...