Latheefa's Muslimah Collections

Sunday, August 7, 2011

Puding Aiskrim Coklat

Salam semua.
Sebelum bundo terlupa, baiklah bundo letakkan resepi puding tu di sini. Bundo ni pelupa orangnya. Kadang-kadang nak ambil barang dalam peti ais pun kena berdiri tercegat dulu lama-lama baru teringat apa benda yang nak diambil.  Maklumlah.. orang lama.

Okay, masa pun tak banyak ni. Bundo jalan laju je lah ye..


 Bahan:
1/2 peket agar-agar tali
5 cawan air
1 cawan castor sugar
4 cawan aiskrim berperisa coklat
1/2 sudu teh nescafe


 Acuan agar-agar ni bundo baru beli kat tesco.  Senang sungguh.

Korang tahu agar-agar tali kan. Agar-agar yang panjang-panjang tu.  Bundo beli jenama nona. Cara nak membuatnya, masukkan agar-agar, gula dan air ke dalam periuk.  Rebus sehingga agar-agar larut.  Korang perasan tak agar-agar bundo tu tak berapa larut. Ni kirin dengan imah lah punya kerja.  Tak menyempat-nyempat nak masukkan aiskrim. Kebetulan pula sebelah dapur tempat diorang merebus agar-agar tu bundo tengah masak rendang. Diorang takut minyak yang merecik-recik dari kuali rendang tu masuk ke dalam agar-agar.  Tu yang nak cepat je siap tu.


Bila agar-agar dah larut, padamkan api.  Masukkan aiskrim dan nescafe.  Kacau sampai sebati.  Kemudian terus masukkan ke dalam acuan.

Sedap juga dimakan bersama sos coklat campur dengan whipping cream.

Nota: aiskrim coklat boleh juga digantikan dengan perisa lain. Selamat mencuba.

Sekian.

ibundo

9 comments:

Anna Qawina said...

aslmkm ibundo..nyam nyam..syoknya kalau dapat rasa..cantik lak tu..

Cik Ina Do do Cheng said...

ibundo sedapnya, sejuknya makan waktu berbuka sesuai sangat.

♥LOVE2COOK♥ said...

Just love your ice cream pudding...shining and inviting ;)
Happy fasting dear!

Gee® said...

ya rabbi... canteknyaaa dan terloq laaa....

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ibundo...
cantiiknya puding tu akak... comel... x perna lg buat puding aiskrim coklat... nampak sedap tu...

CT NoArIzAh ArIs said...

Ahaaaa... ibundo sy pantang nampak puding atau dadih ni... stok dadih jgg dlm peti es sy tu dh nak habis dah nampak gayanye sy buat puding ibundo nilah pas ni... minta halal sy ambik resepi ya !!

S..U..D..@..I..S said...

copy resepi ibundo insyaallah try ptg ni....tqvm.nmpak menggoda hri yg panas nih....

myaseri said...

salam bundo, mya nak tanya ler..boleh tak agar2 tali digantikan dgn agar2 serbuk?

Nina Johari said...

jumpa juga resepi ni! nak try! :) thanks for sharing ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...