Bahan soto:
Bahan ni untuk bundo makan satu famili yang terdiri daripada 15 orang. Besar kan? Sebab tu bahannya banyak. Kalau korang nak buat, pandai-pandailah adjust.
A.
1 ekor ayam yang sudah dipotong
Mee kuning / mihun / nasi impit
B.
Untuk diblender:
Lengkuas anggaran 1 inci
Halia kurangkan sedikit daripada lengkuas
4 biji bawang besar
1 buku bawang putih
15 biji buah keras
Sedikit kunyit hidup (kunyit serbuk pun boleh)
3 batang cili merah hidup
C.
3 tangkai daun bawang dihiris
beberapa helai daun limau purut
l sudu besar lada sulah
4 batang serai dititik
D.
Bahan sampingan:
taugeh
kubis dihiris halus
sambal cili api
pegedil
telur
daun sup
Tumis bahan blender dan daun bawang sehingga wangi. Apabila masak, masukkan air secukupnya (bundo guna periuk besar), ayam, serai, lada sulah dan daun limau purut. Tambah garam dan perisa kalau mahu.
Apabila ayam masak, keluarkan dan sejukkan.
Goreng ayam dan kemudian siat-siat isinya.
Bila nak makan, masukkan mee/mihun/nasi impit bersama bahan sampingan dan curahkan kuah.
Masa buat soto semalam, kuahnya banyak berlebih. Nak dibuang, membazir. Nak simpan dalam peti ais, peti ais pun tak tak larat nak menampung barang. Tadi semasa tengah berbaring-baring mencari idea, menjelmalah idea nak buat nasi soto. Senang je. Tak payah nak tumis apa-apa dah. Basuh beras dan terus masukkan kuah soto secukupnya. Bibik kata sedap. Dia kata sedap sebab dia rasa. Dia rasa sebab dia tak puasa hehe..
Lain kali kalau korang masak soto, lebih-lebihkan kuahnya. Boleh buat nasi soto.
Sekian.
ibundo
8 comments:
owh.. gitu plak yeh.. kreatif sungguh la kakpah ni.. memg tak membazir ni.. nampak nasi dah cam nasi minyak je tu.. kuning..
salam kakpah..bagus sungguh idea kakpah buat nasi soto tu..memang sayang kadang2 nak buang kuah dia tu...nanti nak cuba soto versi kak pah ni plak..:)
yang ini enak nih..kesukaan saya,sudah lama tidak pernah makan,jadi ngiler deh....
bagus idea k.pah itew...nasik sato ek
kretif nyer :D
Assalamualaikum ibundo...
waaah nasi soto plak yer akak... pasti sedapkan akak... boleh ler cuba nnt nie kan akak.. tp kena tunggu cuti abis dulu.. heheheh
Salam Ramadan ibundo..
sedapnya soto tu...favorit kami anak beranak. idea yg baik buat nasi soto...kreatif ibundo..
15 orang? masak mcm kenduri ya kakPah.. sedapnya kakPah.. bak sikit
ena,
sedapnya ena...
nanti nak buat lagi.
Q,
kuah tak membaazir dan naasi juga tak membazir sebab habisss..
snackhouse,
kamu masakannya lebih enak sih..
ayu,
memang sungguh mengancam
diana,
memang tak rugi membuatnya. Kesedapan dijamin.
mamasya,
salam. Idea yang bernas patut dikongsi2 hehe..
yati,
iyo.. 15 orang. Sebab tu habis masak je gerenti aku melepek.
Post a Comment