Bundo tulis resepi di sini untuk mengingatkan bundo jumlah bahan yang diperlukan kalau bundo nak masak banyak. Tapi satu je bundo nak bagi tahu pada mereka yang belum tahu dan belum pernah mencuba. Lauk kari yang dicampur dengan tulang memang rasanya teramatlah sedap dan mengancam. Jadi, pada sesiapa yang nak masak untuk 40 orang, bolehlah cuba sukatan ini.
2 1/2 kilo tulang rusuk
4 kilo daging
3 kilo santan
250 gm rempah kari babas
120 gm yogurt perisa asli
6 biji bawang besar *
2 buku bawang putih *
1 ketul halia sederhana besar *
segenggam daun kari
rempah 4 sekawan secukupnya
1 kilo kentang dipotong 4
air asam jawa secukupnya
garam
air secukupnya untuk merebus
Blender bahan bertanda *.
Panaskan minyak secukupnya untuk menumis. Tumis bahan yang diblender, rempah 4 sekawan dan daun kari sehingga wangi. Masukkan rempah babas. Masukkan yogurt. Tumis sampai masak. Masukkan juga garam.
Masukkan tulang dan daging. Tunggu sehingga air daging kering. Kemudian masukkan air ke paras 1/2 periuk, kecilkan api dan tutup periuk.
Rebus sehingga daging empuk. Selalunya proses ini memakan masa selama 2 atau 3 jam. Sekiranya daging sudah mula menanggal daripada tulang, maknanya daging telah empuk. (Boleh tambah lagi sedikit air kalau perlu)
Masukkan kentang dan santan. Bila kentang empuk, masukkan air asam jawa.
Siap.
Rasa rempahnya meresap dalam daging.
ibundo
7 comments:
salam kakpah..saya ni dah lama nak masak kari tulang cam gini..tapi belum kesampaian lagi...heheeh..selalu beli tulang mesti dimasak benda lain akhirnya...kekekek..sedapnya kak...kalau masukkan sekali dgn daging tetel or cincang mesti best...huhuhu...
Assalamualaikum ibundo...
tgk kari tulang daging tu mmg sedap ler akak.... diana pun suka guna rempah kari babas .. sedap ... nnt boleh ikut cara akak nie plak.. ada bubuh yogurt... mmg nmpk sedap sgt
memang kaw!! mantop!!
sedapnya nampak sungguh menyelerakan...
kak pah.. memang tahu je masak kari cume kengkadang saya buat kurang kick nya.. ala alaaaa je kengkadang. nak kena air tangan orang2 berpengalaman jugak kak pahh..sedap nampak tu.. tak pernah makan lagi kari tulang.. sob sob sadisss
Q,
buatlah sekali. Menjilat jari tau. Boleh makan dengan roti. Taruk daging tetel sikit.. memang sedap.
Diana,
wksalam.
cubalah masukkan yogurt. ada kelainan sikit.
Gee,
jilat jari ..
raja zarina,
boleh tahan.
izah,
tak penah tu lah dipenahkan. Cuba sekali...
Sedapnye nampak..
Nak cuba la esok.. :)
Thankz ibundo..
Post a Comment