Latheefa's Muslimah Collections

Friday, August 5, 2011

Sweet Sour Fish Filet and Chicken Balls

Salam.
Nak letak nama melayu pada masakan ni macam tak kena.  Letak nama omputih rasa macam grand sikit haha.
Sebenarnya masakan asal adalah fish filet tu saja.  Tapi dah dekat pukul enam petang, anak bundo Man telefon tanya boleh tak dia bawa kawan dia dua orang datang berbuka. Takkanlah bundo kata jangan pula kan. Jadi, terpaksalah bundo alter sikit.  Kebetulan chicken balls ada sebungkus dalam peti ais.  Apa lagi, bundo leburkan bersama filet tu. Ala, masak ni kita yang buat dia kan.

Nasib baik juga bundo menggulai ayam masak padang lebih.  Dapatlah menampung tetamu yang dua orang tu.



Ramai orang dah expert buat sweet sour ni tapi terdapat berbagai versi juga. Semua bergantung pada tangan dan selera masing-masing. 

Bahan.

2 keping fish fillet
15 biji chicken balls atau lebih
1 batang carrot dipotong tebal
1/2 biji capsicum hijau didadu besar
1/2 biji capsicum merah didadu besar
tomato ceri atau tomato biasa dibelah enam
cendawan butang atau cendawan yang panjang-panjang seperti dalam gambar
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
sedikit hirisan halia
tepung jagung
tepung gandum
cili sos
tomato sos
sos tiram
sos plum


1.  Ikan di potong kecil. Dalam mangkuk, gaulkan 1 bahagian tepung jagung bersama 3 bahagian tepung gandum dan sedikit garam. Gaulkan ikan ke dalam adunan tepung dan goreng. Ketepikan.

2.  Tumis bawang putih.  Masukkan halia dan bawang besar. Bubuh sos tiram secukupnya.  Gaul rata. Tambah sedikit air.  Masukkan cili sos, tomato sos, plum sos secukupnya.  Cukup untuk rasa manis dan masam.  Masukkan air secukupnya. Apabila mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kepekatan, pandai-pandai sendiri, tapi jangan terlalu pekat.

3. Bila rasa kuah sudah sebati, masukkan sayuran, balls dan fish filet.

Sekian.

ibundo

6 comments:

Gee® said...

Aduhai Bundo... pepagi air lioq den dh menjejes tgk resipi ni... apa nk buek iman tak kuek...

ejaMaria said...

baru je fikir nak beli fish fillet kat Giant... cantik la idea bundo ni... ;p

Nuridah said...

Assalamualaikum Kak Pah,

nur dtg terpaksa tutup muker ngan tudung sikit...jeling2 boleh erk! Takut terguder tengok pic yg cun melecun tu...ish sabar2..

Hari ini masak apa kak??Nanti kita tunggu depan rumah...hehe.

Acik Erna said...

kak pah sodap ninak ambik resepi yo kak pah..timo kasih

Wattie said...

Salam ramadhan dan selamat berpuasa buat Ibundo sekeluarga ya.

Walla.....sedap sangat nampak kejadian fillet n chicken balls tu

ibundo said...

gee, maria, nuridah, erna, wattie,

buka apa petang ni. Haha.. jawap sekali rap, aci tak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...