Thursday, August 11, 2011

Fritata ketam

Anak-anak bundo memang hantu telur. Jadi, kenalah cari resepi-resepi baru berkaitan dengan telur. Resepi kali ni nama memang glemer tapi sebenarnya berkaitan telur.

Seperti biasa bundo straight to the point. Resepi ni bundo jumpa dalam menu pillihan majalah saji. Begitulah nama yang diberi.  Fritata ketam.


Resepi asal: majalah saji
Bahan:
7 biji telur (bundo guna 5 sahaja)
2 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar dipotong kiub
2 ulas bawang putih dicincang halus
8 batang jejari ketam dipotong 1/2 cm
200 gm ubi kentang dipotong kiub dan direbus hingga empuk
90 gm kacang pis (bundo tak bubuh dan ganti dengan buah tomato separuh dan didadu)
2 tangkai daun bawang, dihiris
30 gm keju cheddar parut (bundo kehabisan stok, ganti dengan parmesan)
garam dan serbuk lada hitam secukupnya.



1. Pukul telur, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar.
3. Masukkan ketam
4. Bubuh ubi kentang, kacang pis/tomato dan daun bawang.  Kacau 2 minit dan angkat.
5. Cari bekas pembakar yang sesuai. Bundo gunakan tin pembahar pie. Masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam bekas pembakar. Masukkan telur.
6. Masak seketika di atas dapur . Biar bawahnya masak.
7. Taburkan keju di atasnya dan masukkan ke dalam ketuhar.  Bakar sehingga masak.




Bila keluarkan dari oven, rupanya betul-betul macam kek.  Dah tu atasnya terhangus sikit sebab leka buat benda lain.

sekian.

ibundo


8 comments:

anymz said...

lebih kurang yo resepi kito ni kak.cumo se tak ada cheese.pehtu se buek cekodok..hehe
masuk list gak ni..
mano deh chicken chop ni kak..

ibundo said...

anim,
chicken chop? haha.. nanti dulu..

Mas said...

wahhhh....sodapppnya tengokkkk....

Kakzakie Purvit said...

Kalau kakak buat mesti lain jadinya walau dah ikut step-by-step...

Nurul said...

wah, bundo...
memang nampak sedappp lah fritata ketam tu.. xleh tenung lama2 tghari ni... hehe ;)

Deliah's Deli said...

meriah fritata tu.

berkenan kat tauhu goreng bwh tu..kreatif!

ibuintan said...

sodap eaa... ghupo pun cantik

ibundo said...

mas,
apo lagi..

kak zakie,
haha.. tangan tu kakzakie..

nurul,
jangan tenung je nurul

del,
apa menu semalam

ibu intan
apo lai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...