Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, August 10, 2011

Tauhu Goreng Berinti


Sudah satu pertiga ramadhan kita berpuasa. Masuk dapur keluar dapur rasa macam tak sedar pun masa berjalan.  Pantas betul.

Semalam bundo buat tauhu goreng ni.  Anak bundo si adik suka makan.  Lepas tarawikh, baki yang ada tu dia ratah macam tu je. Tak payah cicah dengan sos lagi.


Nak buat ni, kena beli tau fu pok. Rupanya seperti gambar di bawah. Tauhu yang selalu kita masukkan dalam mee kari tu. Bundo beli semalam dalam satu peket tu ada 9 biji. Bundo beli 2 peket.


Sebelum kita kerjakan tauhu ni, kita kena buat inti dulu. Inti tu lebih kurang macam inti karipap lah. Ubahsuailah sikit ikut selera masing-masing. Bila dah siap inti, ketepikan dan kita kerjakan pula tauhu ni.


Potong sedikit atas tauhu tu dan terbalikkan yang dalam keluar.  Hati-hati sikit bila terbalikkan tu supaya tauhu tu tak rabak.



 Kemudian masukkan inti. Buat sampai habis. Jangan risau kalau tauhu tu ternganga tak mau tertutup.


 Kalau kita picit-picit sikit mulut yang terbukak tu dan kita edjas edjas muncungnya insyaallah dia mahu rapat.



Bila semua dah siap, kita bolehlah sediakan tepung penyalutnya.
Bahannya:
1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung goreng ayam segera
3 sudu besar oat
Gaul semua tepung sebati.

Dalam satu bekas lain, pecahkan 2 biji telur.  Bubuh serbuk lada hitam ajishio sikit.  Kocok.


Bila dah tiba masa nak menggoreng, celup tauhu dalam telur, gulingkan atas tepung dan lebihkan telur dan tepung pada mulut yang ternganga supaya dia tertutup rapat. Goreng.

Bila dah agak-agak setengah jam lagi nak berbuka baru goreng. Boleh dimakan bersama nasi atau makan begitu saja cicah sos cili.


Sekian.  Selamat mencuba.

ibundo


8 comments:

Yat Maria said...

Salam Kak Pah..

Aduhaiii sodap nih!!!

kakcik said...

Kreatif betul kakpah ni. :)

Gee® said...

sedapnyaaaa.....

anymz said...

mmm..menarik kakpah..masuk list yang ini..mmg gomar tauhu..manyak siyok..

~ Cik Azz ~ said...

Pagi2 dah tolan air liyor... huhuhu...

Dah la mmg peberet tauhu ni..

Acik Erna said...

kak pah..saya tak ponah boli tauhu ni..tak jumpo orang melayu jual..ko saya yang jarang kepasar..he he.
lopeh ni nak poi cari sampai jumpo orang melayu jual..

Mas said...

hmm..sedapnya tengok kak....

CT NoArIzAh ArIs said...

Kreatippppp... tauhu ni pun leh wat camni selalu campak dlm mee kari jee..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...