Ini dah turun dah ni kak, dia cakap.
Semalam 22 ringgit, dia cakap lagi.
Ni belum raya lagi ni. Tengoklah sok dekat nak raya. Ayam sekilo entah berapa henggetlah tu. Kesian kat kita kan? Kita si pengguna ni. Memang selalu dipergunakan. Bundo teringat time bundo kecik-kecik dulu. Ikan kembung baru 70 sen sekilo hehe..
Tapi kita ni macam tak ada pilihan je kan? Harga naik pun kita beli jugak. Kalau duduk kat kampung bolehlah ternak ayam ke, mancing ikan ke, pungut pucuk ubi ke, pungut pucuk paku ke, pungut kangkung ke dan macam-macam ke lagi. Kat bandar ni? Kalau ada tanah kat belakang dapur kita tu bolehlah tanam sayur sikit-sikit. Nak bela ayam? Kena belasah dengan jiran baru tau...haha..
Panjang pula bebel bundo pagi ni.
Bundo nak letak resepi sambal udang ni ha. Anak-anak bundo cukup suka makan sambal udang yang bundo buat ni. Sok sok bila bundo dah tak ada bolehlah refer resepi tu kat sini. Bukannya susah sangat. Budak-budak ni mengada-ngada lebih.
1/2 kilo udang
2 senduk gulai cili kering yang telah diblender
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 biji bawang besar dihiris bulat
1 1/2cawan santan daripada perahan 1/2 biji kelapa
air asam jawa secukupnya
1 sudu besar gula
garam secukupnya
sedikit serbuk perasa kalau suka
Blender bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Minyak biar banyak supaya cili masak sempurna.
Tumis bahan blender sampai wangi. Masukkan cili. Goreng cili biar sampai masak. Kita tahu cili masak bila warnanya berubah ke agak gelap.
Bila masak, masukkan santan. Gaul rata. Masukkan garam, gula dan perasa. Bila mendidih, baru masukkan udang dan air asam jawa. Masukkan pula bawang potong. Gaul sebentar saja supaya udang tidak terlebih masak. Bila agak-agak udang dah masak, tutup api.
Sekian. Senang saja. Tapi nak makan ada sikit susah sebab memasing terkial-kial mengopek kulit udang.
ibundo
6 comments:
salam kakpah..saya pun suka kalau masak sambal tumis taruk santan skit...rasa lagi sedap sambal tu..harga barang waktu raya memang naik...waktu ni la peniaga nak kaut untung..kita yg masak sendiri ni kira beruntung la jugak dari yg membeli...hehhehe...
as salam bundo,
betui3...abg ipar sy tinggal di kampung mmg amat bjimat.ikan dipancing,sayur petik2 sane sini.mkn pun ala2 kadar je...rajin dgn tidak aje nak mencari.kite kat pekan ni sume pakat beli je segala macam huhuhuu
sambal udang tu selera sungguh tengoknya.minggu lepas baru buat...alhamdulillah 'perniagaan' laku.licin tak sempat nak simpan bsahur sikit hihihii
*kejadian roti jala/kirai tu x layak dienterfram.sgt tak semenggah kejadiannye bundo :(
Betul tu, semua bahan basah dah makin mahal. Kalau setakat bawa RM50 berapa barang je boleh beli. Hari tu beli ketam, ambil 2 ekor sekali timbang dah RM23. Aduhai....
kak hari tu terajin pulak se nak ke pasar di pokan rombau nun..maaang aii..memang mahal tapi ikan ee fresh sbb dio ambik di kuala sungai baru..simpan 2 mingu dlm freezer pun tak nyonyeh kak..(dah lamo tak guno words tu)
sambal udang mmg all time pebret di rumah ni..:)
udang tu nmpak juicy sungguh.:)
akak nak tiru jelly,boleh aje..n resepi kak pah yg sy tiru dah berderet2 dlm draft.tq kak. :)
betullah bundo... tadi pi pasar pun gak, sama jelah harga sana dengan harga sini, mencanak naik...harga cekik leher! tengok udang bundo tu teringat tadi tak jadi beli udang sebab harganya 25 ringgit sekilo....
Post a Comment