Thursday, June 30, 2011

kuih lapis marble kopi

Sudah agak lama juga ibundo memiliki buku resepi talam dan kuih lapis ini. Buku ini adalah keluaran alaf baru dan resepinya disediakan oleh puan hanieliza. Belum banyak yang ibundo cuba sebab anak-anak tidak berapa gemar makan kuih lapis dan talam. Kalau buat satu adunan boleh tahan dua tiga hari dalam peti ais sebab tak berapa ramai yang nak makan.

Ibundo cuba buat kuih lapis marble kopi ini dan rasanya sedap walaupun ada rasa pahit-pahit koko dan nescafe. Dah namanya pun kopi, mestilah ada rasa macam tu.





Di sini ibundo turunkan resepi kalau ada yang nak cuba.

Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh garam


Bahan B
1 sudu teh coklat pes / emulco
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan serbuk nescafe
1/4 cawan air suam
     Dibancuh semua dan ditapis.


Bahan C
1/4 cawan air suam.



Cara:
1. Gaul semua bahan A hingga sebati.  Tapiskan. Bahagikan adunan kepada dua. Masukkan bahan B ke dalam satu adunan. Kacau rata.

2. Adunan yang separuh lagi masukkan bahan C.
3. Masukkan adunan koko ke dalam loyang dan kukus 5 minit.
4. Masukkan pula adunan warna asal, kukus 5 minit.
5. Lakukan berselang seli sehingga adunan habis.


 Selamat mencuba.

ibundo

Tuesday, June 28, 2011

Smoothie mangga

Bundo buat smmothie mangga ni dua hari lepas. Berebut-rebut merasa. Kalau ada mangga harum manis lagi sedap.  Tapi dapat mangga yaang ini pun jadilah.  Itupun kena bubuh gula sikit sebab mangganya tak berapa manis.


 Untuk anak-anak bundo, resepinya simpel kalau lain kali nak buat.

Fresh milk 300 ml
100 ml yogurt perisa asli  (kalau tak suka masam, kurangkan sikit)
2 biji mangga.
2 atau 3 sudu besar gula

Mangga di hiris dan masukkan ke dalam blender.  Masukkkan juga bahan lain.  Kisar sehingga halus.
Masukkan ke dalam gelas yang sesuai.  Picitkan whipping cream. (Bundo punya seciput saja sebab tak cukup) dan hiaskan dengan potongan buah mangga.



Sekian.

ibundo

Monday, June 27, 2011

lempeng mi segera

Mi segera ni makanan yang tak berapa bagus dimakan tetapi kita tetap nak makan. Apa lagi anak-anak. Asal lapar cari megi. Sebab megi memang senang dimasak sedap dimakan. Tapi tak boleh diamalkan sangat makan mi segera ni. Sekali sekala untuk menghilangkan gian bolehlah.


 Pagi semalam selepas sarapan bundo  buat lempeng megi. Buat ni untuk sesiapa yang nak mengulang sarapan. Siap melempeng satu, bundo letak atas piring.  Siap satu lagu bundo letak atas yang dah siap tadi. Sehinggalah dia jadi tinggi macam yang dalam gambar tu.  Kirin tanya bila boleh makan.  Bundo cakap tunggu sampai siap ambil gambar hehe..

2 bungkus mee perisa kari
4 biji telur
beberapa ekor udang
1/2 biji bawang besar didadu kecil.
1 biji tomato didadu kecil
sedikit capsicum merah dan hijau didadu
sedikit daun sup dan daun bawang dihiris nipis


1. Mee direbus, ditoskan airnya dan dikerat-kerat pendek.
2. Udang dibuang kulit dan dipotong kecil
3. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk berserta dengan dua bungkus perasa mee megi.
4. Goreng di dalam minyak panas dengan api sederhana besar.

Bundo cicah dengan sos cili api agromas.  Kalau tak ada cicah dengan sos cili apa pun boleh.




Sekian.

ibundo

Sunday, June 26, 2011

Sambal cencaluk

Kalau makan sambal cencaluk, mesti orang lalu lalang kita tak nampak.  Macamana nak nampak sebab mata berair dek menahan pedas. 

Untuk anak-anak ibundo yang tak tahu buat sambal cencaluk dan tahu makan je, ni ibundo turunkan resepi.


1/2 botol cencaluk
2 biji bawang sederhana besar (ataupun 6 - 10 biji bawang kecil)
10 biji cili api merah (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
5 biji cili api hijau (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
5 biji lima kasturi
petai (ikut suka banyak mana nak bubuh)

Bawang di hiris halus.
Cili juga dihiris halus.
Petai di belah dua dan dipotong dua sekiranya besar.  Kalau petai kecil tak payah potong.
Gaul semua di dalam mangkuk.  Perahkan asam limau.  Kalau kurang masam, boleh tambah limau.




Sekian.

ibundo

Saturday, June 25, 2011

Moist Yogurt Chocolate Cake

Berjalan rumah cikmanggis, terkedu aku tengok cake nya yang cantik dan menyelerakan. Terus aku ambil inisiatif untuk membuatnya tengahari tadi. Memang berkecah dapur aku dengan ganache. Dan belum sempat nak lama duduk dalam peti ais, diaorang dah tak sabar-sabar nak potong.

Aku punya dekorasi tak mampulah nak lawan sifu.  Oleh kerana ada budak kecik di rumah ni, dekorasi lebih bercorak kebudak-budakan.  Tapi rasa... hmmmmm... yummy.  Sedap sungguh.





Resepinya aku copy and paste saja dari rumah cikmanggis.  Sori CM, kita malas nak taip semula.

Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk koko.
1 cawan air mendidih.
1 cawan butter-suhu bilik.
4 biji telur.
2 1/2 cawan gula halus.
2 tsp esen vanilla.
3 cawan tepung kek*
2 tsp baking soda *
1 tsp baking powder *
1/2 tsp garam halus * (*ayak)
1 cawan fresh yogurt.

Cara-caranya:
  • Bancuh serbuk koko dengan air mendidih hingga rata.
  • Pukul gula dan butter hingga kembang dan ringan.
  • Kemudian masukkan telur satu persatu,esen vanila,yogurt,tepung yang diayak bersama baking soda,baking powder dan garam tadi.Pukul hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan serbuk koko dan pukul  lagi hingga rata dan sebati.
  • Bakar dengan menggunakan loyang bulat berukuran 9".Jangan lupa sapukan butter pada loyang dan alaskan dengan baking paper.
  • Bakar hingga masak.
  • Biarkan dalam loyang selama 10 minit baru keluarkan kek.Biarkan kek betul-betul sejuk baru di salut dengan coklat ganache.
Chocolate ganache

450 gm Coklat masakan-potong kecik.
300 gm cream(Cm guna whipping Cream)

  • Masukkan semuanya kedalam periuk yang sesuai.Masak dengan menggunakan api yang kecik sehingga coklat cair.kacau hingga sebati




Tak rugi mencuba.  Terima kasih sekali lagi CM.

ibundo

Telur sambal hitam

Di rumah aku ni hari-hari telur pun tak kesah. Memang semua hantu telur.  Tapi kalau makan telur terlebih had, tak elok pula.


Kali ni aku buat sambal telur goreng hitam. 

5 biji telur direbus.
1 senduk masak cili kering yang telah diblender.
(kalau suka pedas, boleh lebihkan)
1 batang serai *
3 helai daun limau purut *
sedikit halia *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
sebesar ibu jari belacan *
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kcap cair
air asam jawa
1/2 cube stok ayam
1 sudu kecil gula (kalau suka)

Telur dikupas kulitnya dan digoreng hingga kekuningan.  Ketepikan.  Blender bahan bertanda *.
Ambil sedikit minyak gorengan untuk menumis bahan yang telah diblender. Masukkan cili.  Goreng sehingga cili betul-betul masak.  Masukkan kicap, stok ayam, gula dan air asam jawa.  Rasakan masinnya.  Sekiranya kurang, tambah dengan kicap.
Akhirnya sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi.  Siap.

ibundo

Friday, June 24, 2011

Ayam rendang kari

Salam jumaat.  Kejap dah datang jumaat.  Jumaat yang ni pergi dan kejap lagi dah datang jumaat yang lain.  Cepat sangat rasanya masa berlalu.  Tahu-tahu rambut yang hitam di kepala dah tumbuh uban. Anak-anak yang dikendong dah besar panjang dan dah layak jadi mak dan bapa orang. Tapi yang tak berubah, hari-hari mahu masuk dapur.

Buat rendang ni ada banyak cara.  Buang bahan ni, tambah bahan yang itu, akan menerbitkan rasa yang ada kelainan. Asalkan bahan utama merendang tetap ada. Ayam rendang yang ini aku bubuh rempah kari sedikit. Rempah kari daging. Rasa rendang masih tak lari jauh.



1 ekor ayam dipotong kecil
Santan dari sebiji kelapa
3 batang serai dihiris *
3 labu bawang besar * (sederhana besar)
4 ulas bawang putih *
Sepotong halia *
Sepotong lengkuas *
6 biji buah keras *
15 biji cili api *
kunyit hidup secukupnya *
1  senduk gulai cili kering giling
3 sudu besar rempah kari ayam
1 cube stok ayam
sebungkus kecil kerisik
beberapa helai daun limau purut
2 batang serai diketuk
3 lembar daun kunyit di hiris halus
air asam jawa

Blender bahan bertanda *.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali.  Tumis cili kering sehingga garing.  Masukkan rempah.  Tumis lagi hingga naik bau.  Masukkan bahan yang diblender. Tumis hingga masak.
Masukkan ayam.  Masak sehingga ayam kering. Barulah dimasukkan santan. Bila kuah setengah kering, masukkan stok ayam, kerisik, daun limau purut dan serai yang diketuk.
Bila kuah hampir kering, masukkan air asam jawa secukupnya dan daun kunyit yang dihiris.  Jangan lupakan rasakan garam.  Kalau suka boleh juga dibubuh sesudu kecil gula.  Aku tak bubuh sebab dah terbiasa dari kecil tak masukkan gula dalam masakan.



Sedap dimakan dengan nasi impit atau roti arab.


ibundo

Thursday, June 23, 2011

Donat Sosej

Dua tiga minggu lepas aku tengok bibik aku terkial-kial buat donat. Aku biarkan je.  Saja nak tengok kemahirannya. Hasilnya?  Kalau mak aku yang komen mesti dia cakap; ni baling kat dinding pun dinding boleh retak ni..hehe.

Dia tanya pada aku macamana nak buat donat yang lembut.  Aku cakap kena ikut resepi.  Tak boleh main campak sesuka hati.  Lainlah kalau memang dah mahir masak.  Aku tunjukkan buku Alan Ooi.  Dia belek-belek dan bagi balik kat aku; mana saya tauk bahasa ingris.

Pagi tadi aku teragak  nak buat donat sosej. Resepi yang sama juga boleh buat donat biasa. Resepi ini aku ambil dari buku Alan Ooi. Alhamdulillah menjadi.  Lembut pula tu.


Bahan:
A
300 g  tepung high protein
200 g tepung gandum
80 g castor sugar
5 g garam
20 g susu tepung
1 peket(11 g) instant yeast

B
230 ml air
1 telur grade B

C
40 g shortening

D
sosej
1 biji telur untuk sapuan
100 g breadcrumbs

1. Satukan bahan A dalam mangkuk. Gaul rata speed slow.
2. Masukkan B dan pukul high speed.  Masukkan C.  Pukul sehingga dough menjadi lembut.
3. Tutup mangkuk dengan cling wrap selama 20 minit atau sehingga saiz menjadi dua kali ganda.
4. Tumbuk dough untuk keluarkan angin.  Bahagikan dough seberat 70 g setiap satu.
5. Untuk setiap bahagian, gelek dengan tangan supaya ia menjadi satu strip memanjang. Lilit di sekeliling sosej.  Celup ke dalam telur dan golekkan ke dalam pinggan berisi breadcrumbs.
6. Biarkan dalam dulang selama 20 minit lagi.  Kemudian goreng dalam minyak tenggelam menggunakan api perlahan.









Sekiranya ingin membuat donat biasa, keluarkan bahan D.  Ambil dough dan gelek lebih kurang setebal 1 cm.  Terap dengan penerap donat.  Biarkan dalam dulang selama 20 minit dan kemudian goreng dalam minyak tenggelam menggunakana api perlahan.  Keluarkan apabila kekuningan dan tabur dengan gula castor atau boleh saja di celup dengan coklat yang dicairkan.




Selamat mencuba.


ibundo

sardin masak kari

Sardin ni lauk emergency.  Tapi kalau bukan emergency pun selalu juga buat lauk sardin especially sambal sardin. Memang laku makan dengan nasi putih tengah panas-panas.  Makan dengan nasi impit pun sedap.

Arwah mak aku dulu selalu buat sardin masak lemak cili api. Dicampurnya dengan bacang muda.  Adui sedapnya. Teringatkan itu je dah boleh buatkan kecur air liur.

Aku tak pernah buat sardin masak kari.  Kali ni aku terai dan rasanya agak boleh tahan juga.



2 tin kecil sardin
2 atau 3 biji kentang dipotong ikut suka
4 sudu besar kari ikan
1 sudu besar cili kering giling
bawang merah dan bawang putih untuk menumis
beberapa helai daun kari
rempah 4 sekawan
santan dari 1/2 biji kelapa
sebiji limau kasturi

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan penumis dan daun kari sehingga naik bau.  Masukkan rempah kari dan cili. Kacau sampai masak. Kemudian masukkan pula santan. Apabila mendidih, masukkan kentang.  Masak sehingga kentang hampir empuk, baru masukkan sardin berserta kuahnya sekali. Kemudian perahkan llimau.  Sekiranya tidak cukup masamnya, boleh tambah sedikit lagi.

Sejak uric asid aku tinggi, aku dah tak makan sardin dan apa-apa je makanan yang berkaitan dengan sardin. Tapi tak bermakna aku tak masukkan sardin dalam menu keluarga.

Sekian.

ibundo

Wednesday, June 22, 2011

Chocolate Chip Biscuits

Kelmarin kirin buat biskut.  Dia kata dia ambil resepi dari rancangan master chef australia.  Aku tengok biskut yang dimasaknya banyak yang terlebih masak. Dia menyalahkan oven.  Padahal aku pakai okay je. Apa pun, thumbs up for her effort.  Biskut sedap rangup tetapi agak manis.  Next time kalau buat aku suruh dia kurangkan susu pekat tu .  Okay gak kalau buat untuk raya nanti ni.


 250 gm butter, softened
1/2 cup castor sugar
1/2 cup sweetened condensed milk ( next time reduce it to 1/4 cup)
2 1/2 cups self raising flour, sifted
1 cup white choc chips
1 cup dark choc chips

1. Preheat oven at 180 degrees c.  Line baking trays with baking paper
2. Mix the butter, sugar and condensed milk and beat at high speed until pale and creamy.  Reduce speed to low, add the flour and mix until the dough almost come together.
3. Remove the bowl, add choc chips and stir until well combined. Roll heaped tablespoon of mixture into balls and place onto baking trays.  Flatten slightly with fingertips or fork.
4. Bake 14 - 16 minutes.  Stand 5 minutes on trays.




It is really crunchy.  Try it.

ibundo

Tuesday, June 21, 2011

Ayam sambal ibundo

Sambal adalah antara menu wajib dalam keluarga.  Kalau tak ada sambal masing-masing akan tercari-cari. Kelmarin aku buat ayam goreng sambal.  Kalau lain daripada sambal yang anda selalu buat, dan nak cari kelainan cubalah yang ini.



Beberapa ketul ayam dipotong kecil
3 sudu besar cili kering yang digiling
1 biji bawang besar dihiris bulat
10 biji cii api ditumbuk lumat
1 sudu besar rempah kari
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang kecil *
sedikit halia*
1 sudu besar cuka
1 biji tomato dibelah 6

Bahan yang bertanda  * diblender
Ayam di gaul dengan sedikit garam dan kunyit.  Goreng tetapi jangan terlalu garing.
Ambil sedikit minyak dari gorengan ayam.  Tumis bahan yang diblender sehingga naik bau.
Masukkan cili kering, cili api dan rempah kari.  Kacau hingga masak.
Masukkan cuka.
Kemudian masukkan ayam dan bawang hiris.  Gaul.  Sebelum dimatikan api, masukkan tomato.  Kacau kacau sekejap dan matikan api.




Ibundo

Monday, June 20, 2011

Kubis gulung ayam

Hari Sabtu kenduri.  Hari Ahad kenduri. Walaupun makan sikit-sikit tapi yang masuk dalam perut banyak yang berlemak-lemak dan berkolesterol tinggi. Suami cakap untuk dinner buatkan dia ulam-ulam je. Tapi takkan nak makan ulam je kan. Jadi aku buatkan ayam digulung dengan daun kubis.



 Untuk seorang makan
1 keping dada ayam. Nipiskan dan diketuk leper
(Perap dengan sedikit lada hitam, virgin olive oil dan garam)

2 batang kacang panjang, potong agak-agak sepanjang 3 inci.
1/2 batang carrot, potong agak-agak sepanjang 3 inci dan di belah halus memanjang

1 kelopak kubis.  Buang batangnya dan rebus dalam air yang dibubuh sedikit garam.
Bila kubis layu, angkat.

Letak ayam di atas kubis, susun kacang panjang dan carrot di atasnya. (Kalau ada asparagus, bubuh asparagus).  Kemudian gulung ketat. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus sehingga ayam masak.

sos:
2 sudu virgin olive oil.  Panaskan.  Masukkan 1 sudu kecil tepung gandum.  Kacau selalu. Bubuh sedikit stok ayam dan daun parsli. Bubuh sedikit saja air sekiranya kuah kering.

Apabila ayam masak, susun dalam pinggan dan tuang kuah di atasnya.


ibundo

Sunday, June 19, 2011

Pajeri betik ikan masin

Mungkin ramai yang tak pernah buat pejeri betik ni.  Aku pun tak pernah.  Inilah pertama kali.  Dan percubaan pertama ini mendapat thumbs up dari abah yang memang suka makan pejeri nanas.





1 biji betik yang mengkal
santan pekat daripada sebiji kelapa
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit halia
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar cili kering yang digiling
rempah tumis 4 sekawan
ikan kering secukupnya (ikan jenahak atau ikan merah)
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula
air asam jawa


1. Betik dibelah empat, dibersihkan dalamnya dan potong anggaran setebal 1 inci.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan rempah empat sekawan.  Bila naik bau, masukkan rempah dan cili. Kacau hingga masak.
3. Masukkan santan dan ikan masin.
4. Biarkan mendidih seketika dan masukkan betik, kerisik dan gula.
5. Bila betik separuh masak, masukkan air asam jawa.
6. Rasakan manis, masam dan masin. Masak hingga kuah pekat.


Makan panas-panas bersama nasi.  Makan dengan roti pun sedap.

ibundo

Saturday, June 18, 2011

sosej keju ala sushi

Sebenarnya tak tahu nak bagi nama apa. Sebab sosej dibungkus dalam seaweed untuk buat sushi tu, aku namakan je lah ala-ala sushi.
Tak ada apa istimewa pun.  Cuma anak aku suka sosej dan aku pelbagaikan cara nak makan je. Kebetulan sosej keju ada dan seaweed pun ada lebih buat sushi tempoh hari.


6 batang sosej keju, direbus dulu hingga masak. (masukkan bersama air. Bila mendidih, angkat)
6 keping roti gardenia,potong tepinya dan gelek nipis
6 keping seaweed
sayur salad

Bentang seaweed. Letak roti yang telah digelek.  Letak salad atas roti.  Letak sosej dan gulung.  Potong ikut suka.  Anak aku makan dengan cili sos je.



Sesekali ada kelainan, mesti anak-anak teruja nak makan.

ibundo

Friday, June 17, 2011

chicken mushroom brocolli soup

Sup ini rasanya ala-ala mushroom soup yang kat kedai tu.  Sedap dimakan dengan roti biasa atau roti garllic atau apa-apa roti pun.  Hirup macam tu pun sedap.


Hidangan untuk dua ata tiga orang:

Sekeping dada ayam.
3 cawan air (boleh tambah air kalau tak cukup)
1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
10 biji cendawan butang (lebih pun tak apa )
1 kelopak besar brocolli
1/2 biji bawang besar didadu kecil
1 cube stok ayam

1. Ayam didadu kasar dan direbus dengan tiga cawan air. Masukkan cendawan dan brocolli. Bila masak, padamkan api dan tapis. Ketepikan.
2. Panaskan butter.  Masukkan tepung dan kacau sentiasa.  Bila berbuih, masukkan air ayam tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Kacau sentiasa supaya tidak berketul.
3. Masukkan bawang, cube stok ayam, ayam, cendawan dan brocolli yang ditapis tadi.
4. Bila kuah agak pekat, padamkan api. Biarkan seketika.
5. Bila agak suam, masukkan kesemua ke dalam blender dan kisar halus.
6. Masukkan kembali ke dalam kuali dan panaskan sehingga sampai kepada kepekatan yang diingini.  Sekiranya terlalu pekat, boleh ditambah air.
Rasakan masinnya.

Boleh juga dibubuh sedikit daun parsley.


ibundo

Thursday, June 16, 2011

Jelawat masak lemak tumis

Ikan jelawat jarang masuk di dapur aku sebab ikan ni jenis yang banyak tulang.  Kalau ikan yang jenis banyak tulang ni, anak-anak aku biasanya diorang kuis-kuis ikan dan ambil kuah je. Tapi ikan ni rasanya sedap lemak-lemak.


Seekor jelawat sederhana besar
1 senduk cili kering yang sudah diblender
1 sudu kecil kunyit
Santan dari sebiji kelapa
10 biji cili api yang ditumbuk (boleh kurangkan kalau tak mahu pedas)
4 ulas bawang merah ditumbuk lumat.
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat.
sedikit halia muda dihiris
sehelai daun kunyit (kalau kecil bubuh dua helai)
beberapa batang bendi
1 asam keping

1. Tumis bawang dan halia muda.  Bila wangi masukkan cili.  Goreng hingga cili masak. Masukkan kunyit.
2. Masukkan santan, ikan dan daun kunyit.
3. Biarkan mendidih dan kuah pekat.
4. Masukkan bendi dan asam keping.
5. Rasakan garamnya.

Bubuh sedikit minyak saja bila menumis.  Aku dah terlebih minyak sebab terlupa yang ikan ni sendiri mengeluarkan minyak. Santan juga bila pekat akan berminyak.

Sekian.

ibundo

Wednesday, June 15, 2011

Sosej belado

Kalau sosej ni, masak apa pun mesti anak aku suka makan terutamanya siadik.



Sosej ayam atau daging (sosej yang pendek-pendek) - suka hati nak buat banyak mana. Potong dua menyerong setiap satu.
2 biji ubi kentang dipotong wedges
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
4 sudu besar cili kering giling
2sudu besar sos tomato
1 biji tomato dipotong ikut suka
daun bawang dan daun sup sebagai hiasan.
2 batang cili hijau dihiris

1.  Goreng ubi kentang sehingga kekuningan.  Ketepikan.
2. Tumis bawang.  Apabila wangi, masukkan cili.  Masak sehingga cili masak.
3. Masukkan sosej. Gaul.  Masukkan sos tomato. Gaul.
4. Apabila sosej masak, masukkan ubi kentang.
5. Masukkan cili hijau dan tomato. Kacau sekejap dan padamkan api.
6. Masukkan daun hiasan.




Sekian.

ibundo

Tuesday, June 14, 2011

Sambal daun kayu

Masa arwah mak masih kuat, pasti aku akan meminta dia buatkan aku sambal daun kayu setiap kali aku nak balik ke kampung. Itu pun kalau musim tempoyak tengah banyak. Aku tak tahu orang tempat lain panggil apa.  Tapi kalau di tempat aku, sayur sayur kampung yang dipotong macam bunga rampai dan dimasak menggunkakan tempoyak yang banyak, kami namakan sambal daun kayu.  Cukup rasa pedas, masam, manis, lemak dan terutamanya cukup rasa tempoyak.

Kalau aku makan lauk ni, separuh aku punya sebab suka sangat.  Dan mak aku pun cukup paham.



Kalau di kampung, sayur-sayur senang nak dapat. Di bandar ni nasib-nasib.  Kadang-kadang ada dijual di pasar.  Kadang-kadang tak ada. Kalau tak ada, aku tangkap je apa-apa sayur kampung yang ada.  Tapi nasib baik sekarang ni ada pasar tani.  Selalunya di pasar tani banyak dijual sayur-sayur kampung.

Yang penting mesti ada:
pucuk ubi
serai 3, 4 batang dihiris
daun kaduk(sedikit)
poucuk mangun ( sedikit)
pucuk labu sikit
boleh juga tambah daun tu sikit, daun ni sikit kalau suka (jangan beli daun yang pahit, dah)
petai
tempoyak
udang atau ikan bilis
cili api.  Lagi pedas lagi berdesing
kalau ada terung pipit pun boleh juga bubuh.  Tumbuk sikit supaya dia pecah-pecah.
santan secukupnya.
garam dan gula secukupnya

sayur dihiris macam buat bunga rampai.  Masukkan santan dan bahan lain kecuali tempoyak dan petai. Bila sayur layu, masukkan tempoyak dan petai.  Tempoyak kena banyak, baru ada rasa.

Anak aku adik dan basyir suka makan lauk ni.  Yang lain-lain ada yang suka, ada yang jamah-jamah je.

ibundo

Monday, June 13, 2011

Pisang goreng oat

Pisang goreng ini dah pernah aku tulis dalam secawan kopi panas beberapa bulan lalu.  Aku salin semula di sini supaya resepi aku terkumpul dalam dapur.




Bahan:
6 biji pisang yang sudah boleh digoreng. Potong ikut selera sendiri.
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung goreng rangup
4 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
1 biji telur
Oat. Bubuh je oat dalam pinggan. Kalau tak cukup, tambah lagi.
Butter

Telur dikocok dan ketepikan.
Semua bahan tepung dan garam digaul sebati.

Pisang dicelup ke dalam telur. Kemudian digolekkan ke atas tepung. Celup lagi sekali ke dalam telur. Golek pula ke dalam oat. Goreng.

Bila masak, angkat. Belah sedikit di tengah-tengah pisang semasa masih panas dan massukkan sedikit butter. Letak ke dalam pinggan dan makan ketika masih panas.

Sedap dimakan bersama kopi o atau teh tarik semasa minum petang.

ibundo

Udang Goreng Cencaluk

Kalau ada kenduri kendara di rumah aku, cencaluk mesti tak tinggal. Buat sambal cencaluk campur dengan petai, pergh... orang keliling lalu lalang pun tak nampak. Cakap pasal sambal cencaluk yang lengkap rasa masin, manis, masam dan pedas ni pun dah cukup untuk membuat air liur aku berkecur.



Tapi hari ni aku nak cerita pasal sambal petai yang dibubuh cencaluk. Rasanya pun pergh jugak.

Udang saiz besar agak-agak 1/2 kilo
sekuntum daun kantam dihiris
petai.  Lagi banyak lagi ummph
20 tangkai cili api ditumbuk.  Kalau tak tahan pedas, kurangkan
1 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang merah dicincang halus
3 ulas bawang kecil dicincang halus
2 biji limau kasturi. Boleh tambah kalau kurang masamnya.
1/2 mangkuk cencaluk ditoskan airnya
1 sudu gula kalau suka
2 tomato di dadu besar

1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan cili dan cencaluk. Masak hingga nampak kering.
3. Masukkan bawang besar dan bunga kantan. Kacau sebentar.
4. Masukkan udang, petai dan perahkan asam limau.  Tak payah bubuh garam kerana cencaluk dah cukup masin.
5. Bubuh air sedikit kalau nampak terlalu kering. Masukkan tomato sebelum diangkat.

Sekian.

ibundo

Sunday, June 12, 2011

ayam asam podeh

Mak mertua aku kalau boleh hari-hari mau asam pedas. Macam mak aku lah dulu, hari-hari mau masak lomak cili api. Bila dah separuh jadi orang melaka aku dah boleh pelbagaikan rasa asam pedas.  Kalau campak bahan tambahan lain, rasanya akan lari sedikit jadi lain.


1/2 ekor ayam di potong kecil
1 atau 2 senduk cili kering yang sudah diblender. (ikut pedas yang suka)
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia muda *
1/2 inci kunyit* ( kunyit tepung agak sesudu kecil )
1 sudu kecil halba
1 sudu besar rempah kari
sebatang serai dititik
beberapa helai daun limau purut
asam jawa yang dibancuh dengan air
air

Blender bahan yang bertanda *.  Panas minyak dan tumis bahan yang diblender tadi. Masukkan rempah kari, halba dan serai.  Biarkan cili masak. Masukkan ayam.  Biarkan air ayam kering, baru masukkan air asam jawa. Kacau dan tambah dengan air dan daun limau purut.  Masak sehingga kuah agak pekat. Rasakan garam.

Anak aku kata sedap sebab ada rasa kari sikit.  Bila merasakan  kuahnya, kita boleh agak-agak mana rasa yang belum cukup.  Kalau kurang asam. tambah asam. Aku tidak tambah gula sebab hasben tidak berapa suka rasa manis dalam masakan.

ibundo.

Saturday, June 11, 2011

Puff Gardenia

Ingat dulu aku buat karipap high 5? Kali ni teragak nak buat puff gardenia pula. Malan tadi datang idea ni.  Pagi ni terus buat.


Bahan:
Beberapa keping roti gardenia.  High 5 pun boleh juga.
Inti ikut suka.  Kalau suka sardin, gunalah sardin.  Kalau suka ayam, buatlah ayam. Suka hatilah.
1 sudu tepung gandum bancuh dengan sedikit air untuk buat gam.

1. Buang tepi roti.  Gelek nipis.
2.  Letakkan inti di tengah.


3. Sapukan air tepung di sekeling tepi roti untuk dibuat pelekat.
4. Cantumkan ke empat-empat bucu seperti dalam gambar.


5. Sapu dengan telur yang telah dibancuh dengan sedikit air di permukaan roti kalau roti itu mahu dibakar.  Aku bakar.  Kalau nak goreng, tak payah sapu telur.  Goreng terendam. Sedap lagi digoreng.  Ia lebih rangup.

Makan panas-panas biar berkipas lidah tu kepanasan.

kakpah

Friday, June 10, 2011

Ayam lada hitam


Ini resepi biasa.  Anak-anak suka makan ayam.  Kalau nak pelbagaikan masakan ayam kamu, ini salah satu daripadanya.

1/2 ekor ayam potong kecil
1 biji bawang besar potong dadu
2 ulas bawang merah hiris nipis
3 ulas bawang kecil hiris nipis
1 inci halia dihiris nipis memanjang
3 sudu lada hitam serbuk kasar
kicap cair, agak-agak
kicap pekat, agak-agak
1 batang carrot di potong memanjang
3 batang kacang panjang  dipotong ikut suka
1 batang celery, dipotong kasar
1/2 biji lada benggala hijau
1/2 biji lada benggala merah
sedikit kacang peas
1/2 cube stok ayam
sedikit air

1. Ayam diperap dengan sedikit garam dan lada hitam.  Goreng 3/4 masak.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia
3. Masukkan ayam dan kacang panjang dan carrot. Bubuh kicap dan lada hitam.  Kacau dan tambah air.
4. Masukkan bahan-bahan yang lain.
Siap.


ibundo

Wednesday, June 8, 2011

puding strawberi

Aku tengok dalam peti ais ada beberapa biji strawberi lebih kirin buat tart haritu. Kena pula dengan hari panas, tekak mengidam nak makan yang sejuk sejuk.  So, bila keluar beli makanan untuk dibuat lauk tadi, aku beli susu perisa strawberi sekotak.  Bahan-bahan yang lain dah cukup.



Lapisan bawah:
Agar-agar serbuk satu peket (100 gm)
(Pastikan beli yang ada logo halal jakim)
Susu segar perisa strawberi 1 liter (1 kotak besar tu)
Air 2 liter
Gula  1 cawan.
Strawberi beberapa biji ikut suka

Blender strawberi dengan sedikit air (ambil sedikit daripada 2 liter air itu). Masukkan ke dalam periuk bersama bahan yang lain.  Masak sehingga agar-agar dan gula larut. Matikan api. Apabila agak suam, masukkan ke dalam bekas.

Lapisan atas:
1 liter susu segar
100 gm coklat masakan
2 sudu besar agar-agar serbuk


Masukkan semua ke dalam periuk dan biarkan larut.  Matikan api bila dah masak.  Letak atas lapisan strawberi yang dah keras tu.  Jangan lupa cakar sikit lapisan bawah tu dengan garpu.


 Anak-anak ibundo jangan tau nak makan je.  Sesekali rengankan tangan tu.

 ibundo

Nasi daging

Isnin lepas masak nasi daging.  Biasalah kalau ramai yang berpuasa di rumah ni. Mesti aku buat nasi ala-ala special sikit daripada biasa. Nak buat tak ada lah susah mana pun.




Perlukan:
Daging dihiris nipis. Agak-agak 300 gm.
Beras basmati
6 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia muda di hiris
kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pala
3 sudu mentega untuk menumis
1 sudu besar rempah kurma 
sedikit daun ketumbar
kacang peas
kismis

Rebus daging sehingga empuk. Air mestilah cukup untuk menanak nasi. Bila sudah masak, tapis dagingnya.
Panaskan mentega di dalam kuali.  Tumis bawang, halia, rempah empat sekawan sehingga naik bau. Masukkan rempah kurma.  Ketepikan.

Sediakan beras. Setelah dicuci bersihkan toskan airnya. Masukkan air rebusan daging secukupnya. Kemudian masukkan bahan yang ditumis tadi berserta daging.  Masukkan juga daun ketumbar. Apabila air nasi kering, masukkan beberapa titik pewarna kuning dan gaul. Hiaskan dengan kacang peas dan kismis. 


Selamat mencuba wahai anak-anak.


ibundo

Monday, June 6, 2011

cupcakes

Tangan dah mula gatal nak decorate cupcake. Dah lama sangat rasanya tak main cream.  So, pagi tadi buat cupcake.  Pakai resepi yang simpel dan semua orang dah tahu tak payah bagi resepi.








Kemudian mula main buttercream.








Selamat menjamu mata.

kakpah

Ayam kampung rendang nanas

Dulu mak aku ada bela ayam.  Bila teragak nak makan ayam, pagi-pagi mak tak lepaskan ayam dari reban. Mak tangkap dulu sekor dua, baru mak lepas yang lain-lain.  Menggelupur ayam ayam tu bila kena terkam.

Ayam kampung ni unik rasanya. Kalau yang dah tua, rasanya memang keras yang amat. Terpaksa dimasak berjam-jam lamanya.  Kalau digoreng gerenti gigi yang elok pun boleh tercabut.  Apatah lagi yang palsu. Tapi rasa ayam kampung lebih sedap daripada ayam town.

Nanas, selain daripada menambah rasa pada masakan, mempunyai fungsi melembutkan daging yang keras. Kalau masak ayam kampung, masukkan nanas supaya ayam cepat empuk.




Bahan:
1 ekor ayam kampung
1 biji kelapa, asingkan santan pekat dan santan cair

B.
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai dihiris
5 biji buah keras
cili api ikut suka pedas
2 sudu besar cili kering
2 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih

C.
4 sudu besar kerisik
1/2 biji nanas dipotong ikut suka
daun limau purut


Cara:
Blender bahan B. Masukkan ke dalam kuali.  Panaskan. Masukkan ayam dan keringkan air ayam. Masukkan santan cair dan nanas. Masak sehingga kuah hampir kering baru masukkan santan pekat, dua batang serai tambahan yang dititik dan daun limau purut.   Bila kuah hampir pekat, masukkan kerisik.




Matikan api sebelum kuah terlalu kering. Biarkan sedikit berkuah.


kakpah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...