Wednesday, March 27, 2013

Marble cupcake

Sejak kebelakangan ini kerajinan berada di tahap merudum paling melampau. Sungguh tidak rajin. Tidak rajin untuk berlama-lamaan di dapur. Masak lebih kurang, dah.. Peliknya keinginan tekak dan perut untuk diisi tidak pernah pula berkurang. Malah makin menjadi-jadi.

Kejadian melihat lemak-lemak yang berlengkar di sekeliling pinggang dan bergayutan di perut ketika mencuba baju sambil membelek-belek keserasiannya dibadan di butik Anugerah Klasik petang tadi benar-benar menginsafkan. Arghh.. otak kata kurangkan makan.  Hati berdalih kalau tak makan macamana nak buat kerja... argh...

Jomlah kita tengok apa yang bundo buat ni.


Resepi paling sempoi.  Bagi yang tak pernah mencuba buat kek, bolehlah cuba. Senang banget deh.
Antara yang ramai-ramai datang ke sini mestilah ada yang tak pandai dan tak pernah buat kek kan? Bundo dulu pun antara yang ramai-ramai itulah. Betul cakap.  Tak pandai langsung. Buat mesti jadi lempeng ataupun jadi batu.



Bahan:
150 gm self raising flour
130 gm gula castor
150 gm majerin
3 biji telur grade B
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar air suam

Cara:
-Panaskan ketuhar.
-Pukul majerin dan gula hingga kembang.  Masukkan telur satu persatu.  Pukul sebati.
-Tepung diayak. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Tambah esen vanila. Gaul.
-Bancuh serbuk koko dengan air. Keluarkan anggaran 1 senduk adunan tepung dan gaul bersama bancuhan koko.
-Sudukan adunan asli dan sedikit adunan koko ke dalam acuan cupcake. Corak-corakkan dengan lidi sate.
-Bakar sehingga masak.
-Sejukkan dan hias ikut kreativiti.


Bundo buat cream hantam-sajalah-laboo. Namanya pun orang malas.
Ooops.. bundo makan seketul je tau.

ibundo


14 comments:

cikmanggis said...

seketoi mana cukup...makan kakpah..makan..nanti
jika tak makan mano ada tenaga nak buat kerja..nada menghasut sebab tak adil jika kita sorang je gemuk kkihkih...

Shiela said...

Aduhh.. Chumelnyer bundo.. Saya pun ada gak bekas silikon ni.. Tah bilalaa jadi keknya.. Nengok bundo buat teruja sangat..

Marsita Yahya said...

ashehsheh...kalau bundo makan 2 pun bukan org nampak;)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kaki kita warna merah..hehehe

Rohah said...

cute cup cake ni haa..setia mennati ngan kakinya..

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum gemmm menarik cantik pulak deco kek ni....

Cik Azz said...

Mano akak dapek kaki cupcake tu...? Sey ingatkan kaki tu kono bakar sekali.. huhuhu..

rahel said...

Dulu jd lempeng n batu...skarang gebus macam span....hehehe...

Gee® said...

Cumil cupcake Bundo... bak mai 2 ketoi...

Unknown said...

saya langsung tak pernah buat kek kalau cuba jadi kott bak kata bundo "senang banget" deco kek tu cantik :)

miss yatie said...

sedaplah Bunda, tapi tak pandai nak buat..

Unknown said...

Assalamualaikum Bundo,
Sham tongah membayangkan ni.. tetibo lak bokeh biru tu bejalan sendiri. Kaki dah siap bekasut tu..

ibundo said...

cm,
haha.. tak adil.. tak adil. memang tak adil ko hasut kpah camtu.

shiela,
bekas tu beli dah lama gak tapi tak pakai pakai.

mar,
haha..

puan ros,
boleh le kita tukar tukar kaki ye

rohah,
cute kat bekas tu

shiela,
hentam keromo je

azz,
memanglah kaki tu melokek. bekas tu memang berkaki.

ibundo said...

rahel,
haha..

gee,
4, 5 ketul pun boleh

Azma,
kena biasakan. Kalau tak biasa buat memang kita rasa susah.

ky,
cuba je.

sham,
memalam jumaat ni janganlah pike camacam haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...