Sunday, June 10, 2012

Jala Hijau

Assalamualaikum.  Dah lama benar rasanya dapur bundo ni terbiar.  Dua tiga hari ni bundo agak sibuk (siapa yang mengaku tak sibuk kan). Tapi sekurang-kurangnya bundo tak menyibuk haha..

Semalam kami adakan kenduri kecil-kecilan aqiqah cucu bundo yang baru berumur sebulan ni. Jadi dua tiga hari sebelum tu, bundo dan mak sedaranya yang sorang ni beriya-iya menyediakan benda-benda yang nak dimasukkan dalam goodie bag.  Ala.. saja nak bagi gift pada tetamu.  Dalam pada tu cuba promo kek dan coklat oreo pada tetamu.  Mana tahu kok ada yang nak menempah hehe..

Oleh sebab sibuk tu lah bundo tak sempat nak snap gambar dan tak sempat nak update. Terima kasih sajalah pada mereka yang masih setia lalu lalang di tepi dapur ni walaupun tak berasap. Dan maap juga pada rakan-rakan yang tinggal komen tetapi tak berbalas.



Semalam tumbang kambing sekor.
Kambing untuk kekah pun sekarang ni mahal yang amat. Satu ekor kambing siap dengan upah masak dah seribu. Mula-mula nak buat dua ekor tetapi oleh kerana memang nak buat kenduri kecil takut pula tak habis makan. So, buat sekor dulu.  Lagi sekor nak buat kekah di mekah melalui agen umrah dan dagingnya dikendurikan di dewan makan.



Yang sekor ini pun lauknya berbaki sampai ke pagi ni.  Sedap masakan orang ni.  Kata mereka lah.  Sebab bundo tak makan kambing. Kuahnya pun bundo tak jamah. Mengikut kata mereka memang kaw sampai jilat jari.

Sebab kuah masih banyak, daging dan tulang pun masih ada, bundo buatkanlah roti jala sebagai kawannya untuk breakfast pagi ni. Menjala kambing bundo pagi ni haha. Tu yang hijau tu sebab terjala dengan rumput-rumput sekali hahaha..



Tak payah resepilah ya.  Dah ramai sangat orang pandai buat roti jala.  Resepi bundo ni pun resepi campak-campak. Cuma perlu tepung dalam dua cawan, santan pekat dan air pandan, pewarna hijau sikit, telur sebiji dan garam.  Pandai-pandailah adun supaya adunan tak pekat dan tak cair. Nak tau pekat ke cair, kalau pekat nanti dia keluar dari lubang acuan tu tersekat-sekat.  Kalau cair sangat, dia keluar dari lubang acuan macam air.. Kalau masuk dalam kuali leper tu, dia jadi macam lempeng dan tak nampak jaring-jaring tu.  Okay? Pandai-pandai lah agak.

Selamat berhujung minggu.  Besok anak-anak dah masuk sekolah dan mula baliklah episod hantar dan mengambil anak ke/dari sekolah.

Sekian.

ibundo

12 comments:

Cik Azz said...

Sey memang tak pandai buek roti jalo ni kak.. Fail abehh... huhuhu..

Nanti nak cubo resepi akak lak... Kok monjadi, sey tempek gambar ehh kek blog... kok tak jadi, sey ontok2 yo laa.. hahaha...

sey pon tak makan kambing.. Tp hr tu kek kenduri kawen anak jiran sey ni, boleh pulak terambil dan termakan lauk kambing tu... Mujur la takdo apo2 yg jadi.. Cumo sakit poghut yoo...

Ayam said...

Salam ibundo....lama lah tak makan roti jala dan terlepas pandang entri cake pop tu adus saya suka laa.Nanti saya masuk list dulu yee.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Dah lama tak menjala.Gulai tu....adoi..sedapnya nampak bundo ooiii...

ummiaisyah said...

salam bonda...cantik jala tu...kalernya sejuk mata memandang!

Liza said...

salam bundo...bestnya mkn roti jala ngn kari kambing....perggghhh

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Ibundo waduhh kecur dah nampak gulai kambing akikah tu.. Syukur Alhamdulillah dah selesai semuanya yaa.. bolehlah bundo rileks kan..:))

pulak roti jala tu bukan main hijau aje.. sejuk mata memandang :))

norhanim md zain said...

wah istimewa nie makan roti jala hijau gan kari kambing..terbaik:))

Norzie hany said...

Sedapnya roti jala cicah kari kambing.

Acik Erna said...

se pun tak pandai menjalo ni kk pah
kalau nak makan boli yo..

Unknown said...

best bundo kari kambing dan jala hijau ni mesti terbaik punya kalau bundo yg buat macam teringin je nak buat lah..

Nina Mirza said...

As'salam Bonda...

sanagat terliur melihatkan roti jala hijo bonda itu. Tambah-tambah kalau dapat cecah ngan kari kambing!!!
perghhh ..... nak minta sikit gerenti dah licin
huhuhuuu . . . .

Unknown said...

Bundo..mahal kan kambing? Dah mcm lembu pulak harganya. BB Bangi lagi la....oh ye, udang ketam kat Sabah mmg geram tengok ibundo, sekilo yg sedap dan elok RM25 keatas. Kalau bundo dtg nanti kita tengok eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...