Latheefa's Muslimah Collections

Monday, June 18, 2012

Resoles Ayam

Assalamualaikum dan selamat pagi. Terima kasih pada yang masih sudi datang ke sini walaupun dapur bundo ni kejap berasap kejap tidak.
Pagi ni kita buat resoles, sedap dimakan untuk breakfast ataupun minum petang.  Kalau makan jangan lupa gigit-gigit cili api. Gigit resoles segigit dan gigit cili api.  Kunyah sambil pejam pejam mata untuk menikmati kesedapannya. Jangan kau gigit cili api banyak-banyak.  Mau nampak bintang terus..

Bagi sesiapa yang memang fobia dengan cili api, cicah je lah dengan cili sos.  Kalau tak pun, makan begitu je dah enak.



Jom lah tengok resepi. Bundo ni kelam kabut nak cepat.  Asek nak cepatttt je kan?

Untuk inti:
2 sb majerin
1 biji bawang besar dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
100 gm daging ayam didadu kecil
150gm carrot didadu kecil
1 biji  ubi kentang didadu kecil
2 1/2 sb tepung gandum
1 sk serbuk stok ayam
150ml susu cair
3/4 st serbuk lada putih
3/4 st garam
1 batang daun bawang dihiris halus.

Cara:
Panaskan majerin, tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi. Tambahkan daging ayam, kentang  dan carrot. Tumis sebentar.
Masukkan tepung gandum, kacau rata jangan bergumpal. Tambah stok ayam dan susu dan kacau hingga pekat dan rata. Bubuh lada putih, garam dan daun bawang.
Kacau rata dan angkat.  Sejukkan.


Bahan kulit:
2 biji telur
375 ml air
150gm tepung gandum
1 1/2 sb majerin dicairkan
3/4 st garam

Cara:
Pukul telur dan air sebentar. Tambahkan tepung gandum. Kacau rata. Masukkan majerin dan garam.  Gaul rata.
Buat adunan menjadi dadar nipis dengan memakai pan tidak melekat berdiameter 12 cm.  Kalau tak ada, agak-agaklah.  Pakai jelah apa yang ada.



Pelapis:
2 putih telur dikocok dengan 100 ml air
100gr tepung roti kaasar



 Penyelesaian:
Ambil selembar dadar, bubuh 2 sudu makan adunan ayam. Gulung.  Lekatkan tepi dadar dengan sedikit air.
Celup ke dalam campuran telur putih dan air, guling ke dalam tepung roti hingga rata. Simpan sekejap dalam peti ais lebih kurang 1/2 jam supaya balutan melekat sempurna. (Kalau tak sabar tak payahlah simpan. )
Goreng sehingga kekuningan.



Sekian.  Bundo dah lambat dah ni.... Bye.  Jumpa lagi.

ibundo

12 comments:

Bicara Kak Noor said...

Assalamualaikum Bundo..
terimakasih tinggalkan bekfes yg sedap saya nak amik lah beberapa biji dan nak makan sampai kenyang ya tuan umah dah tkde ni best jugak heeeee

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ibundo...
Sedapnya nie kalau dpt makan tuk bf pagi nie... Terliur diana tgk...

Asyifa Mustaffa said...

Salam Ibundo,
aduhai kak....mudah dan menyelerakan nmpaknya.....:)

CT Delima said...

As'alam Ibundo

jangan tergesa2, pelan2 akhirnya sampai juga kedestinasi dengan selamat hehehe

menu yang sedap untuk bf atau kudap dipetang hari. ct ambil dalam ramekin tu lah ya bundo :)

ejaMaria said...

ohhh... namanya resoles...
tak prnah tahu nama dia... tapi pernah makan... yg saya jumpa lagi la... siap cili padi tu dia bubuh sebiji dlm gulungan... nah bila gigit je terus tergigit cili sekali... tapi sedap... mmg kena makan dgn cili juga baru sdap... ;p

Gee® said...

Aduh Bundo... terliornyaaaa.... bak 2 ketoi nk buat sarapan...!

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Saya suka ni..pepah dengan cili padi..lagi kaw.

norhanim md zain said...

As salam ibundo...mesti terangkat bila makan tergigit cili padi tu..dah teringin nak mencuba nie..:)sedap nampaknya dan senang aja nak buatnye...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Ibundo cayangggg kenapalah mengancam sangat?? hadoii ngencess... :)

Amie said...

Ibundo,
Amie dengan Kak Noor nak tolong habiskan risoles ayam ni di dapur Ibundo... Ibundo jalanlah elok-elok ye, jangan risau, balik nanti dah habis bersih semuanya tu kami makan he he he ehhh

Qasey Honey said...

asslm Bundo...nmpk sedap tu...lg sedap mkn cicah dgn cili sos ni...

Jay said...

looks soooper tasty & inviting..
lovely cliks
new to your space..
happy following you..:)
do stop by mine sometime
Tasty Appetite

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...