Monday, June 25, 2012

Cekodok mee maggie

Salam pagi isnin. Apa kabar semua.  Sejak badak mengamuk sakan bundo terus menyorok takut kena sondol dengan badak lagi. Harini ni baru berani nak keluar hehe..
Itupun bawak cekodok je. Cekodok megi.  Siapa yang tak suka megi kan? Dari yang muda sampai ke tua, ramai yang kemaruk dengan megi.



Harini badan tak berapa sehat.  Rasa macam lemah-lemah. Begitulah kan kalau barang yang dah lama pakai ni. Nak kena overhaul selalu. Duduk depan lappy ni lama-lama pun rasa macam berada di awangan je. So, bundo skip la pembebelan yang overdose ya..



Nak letak resepi jugak.  Mana tahu kot kot ada yang berkenan.

bahan:
1 bungkus mee maggie perisa kari.
1/2 cawan carrot yang telah diparut halus
1/2 cawan ubi kentang yang telah diparut halus
3 batang daun sadri dipotong kecil
2 sudu besar majerin
1 biji telur
1 1/4  cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan nasi sejuk*
1/2 cawan ikan bilis*
1 biji bawang besar (sederhana besar)*



Cara:
1.  Mee maggie dipatah-patahkan dan rebus sehingga lembut.  Toskan air dan ketepikan.
2.  Blender semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air.
3.  Gaul tepung bersama majerin, telur dan 3/4 cawan air. Masukkan rempah mee megi dan secubit garam.  Gaul rata.
4.  Masukkan ke dalam adunan tepung itu mee megi, carrot, kentang, daun sup dan bahan blender.
5.  Kacau sebati dan biarkan sekejap selama 10 minit.
6.  Panaskan minyak.  Jemput dengan tangan adunan ke dalam minyak panas. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana besar.



Bundo kalau masak jemput-jemput atau cekodok, suka ambil tepung adunan itu dengan tangan.  Nanti cekodok nampak bulat dan cantik.  Lagipun, bila lagi nak merasa air tangan bundo ni kan?

Ambillah cekodok tu sorang satu.

Sekian.


ibundo


11 comments:

asyifamustaffa said...

As salam Ibundo, selamat pagi....:)
kretipnya...cekodok maggi tu...bole dibuat nnti nie...:)

Gee® said...

Wadduh! pasti enak ini cekodok megi... bagus cuba nih...

norhanim md zain said...

As salam ibundo..kreatif..sedap di cicah gan sos nie..nak cuba nak cuba..

Unknown said...

resepi Bundo memang malatopp saya pun nak cuba jugak macam semua yg kat atas tu nampak sedapp kalau dpt makan air tangan Bundo pasti lebih sedapppp kan

Kakzakie Purvit said...

Kakak tak terfikir langsung megi boleh baut cekodok kakpah. Terliur kakak dibuatnya. Cecah dgn sos sedapnya:)

psst: pinggan kakpah tu dapat dari mana? kakak teringat pinggan kat rumah arwah atok kakak. sayangnya tak tahu kemana sekarang.

Liza said...

salam bundo...Liza pun pernah tgk resepi guna makaroni utk buat cekodok..mst sama2 sedap kan...

kasihredha said...

nampak sedap kak...
walaupun saya tak makan maggi :)

ibundo said...

Asyifa,
cicah dengan sos cili. kalau tak pun gigit dengan cili api.

Gee,
cepat dimasak, sedap dimakan hiii..

hanim,
sos cili pedas bagi power sikit

noor,
air tangan tu yang buat sedap tu noor.

kak zakie,
piring tu peninggalan arwah mak. Daripada duduk dalam almari dapur kat kampung tu, kakpah bawak balik.

liza,
ada juga bundo jumpa makaroni dibuat kroket.

kasihredha,
hilang satu niikmat dunia tu hahaha..

Cik Puan Izan❤ said...

kreatifnya...budak2 mesti suka ni...

Rohah said...

wah Bundo, nampak lembut di dalam & rangup kat luar..cicah ngan mayonis, adusss!!! sedap tu rasanya..

Alynn Azman said...

sedapnyeeeee ! nk try :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...