Latheefa's Muslimah Collections

Tuesday, June 12, 2012

Mee kari bebola daging

Salam.
Dua tiga hari ni badan bundo rasa tak sedap. Lesu semacam. Terasa macam nak terbaring je atas katil. Nak kata demam, tak demam. Cek blood pressure pun okay je. Tapi tu lah.  Bila badan lesu macam ni buat apa pun tak jadi.  Malas.  Semua malas. Tapi life has to go on.  Dapur kena berasap. Kerja tetap kena pergi kerja walaupun sendiri bos.

Harini dalam lesu-lesu tu sempat juga buat mee untuk makan malam. Kalau ikut hati malas buat nasi goreng je senang.  Tapi hasben ada usrah di rumah ni malam ni. Buatlah sikit untuk makan-makan lagipun tak adalah se renyah mana pun. Buat something simple saja.



Di tempat bundo ni ada kedai daging.  Kedai ni khusus menjual daging tempatan beku dan fresh. Selain tu ada juga segala produk hasil daging ni, termasuklah bebola daging yang besar-besar macam dalam kuah bakso tu. Bila besar dan penuh dengan daging baru terasa puas makan.  Jadi, mee yang bundo masak ni memang mewah dengan bebola daging sesuailah dengan nama yang bundo beri tu.



Bahan: (bundo downsize bahan)
2 bungkus mee
1/2 kilo tulang lembu
400 gm daging lembu
20 biji bebola daging (kalau tak ada, beli saja meatballs yang dijual di pasaraya. Bubuh lebih sebab saiznya kecil)
1 bungkus fish cake
Santan dari 1 biji kelapa
2 biji keledek saiz sederhana
4 sudu besar rempah kari
1 cube stok ayam
beberapa helai daun kari

bahan kisar:
1 inci lengkuas
1 inci hali
3 batang serai
5 biji buah keras
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
15 biji cili kering

bahan hias:
tauge dicurah dengan air panas sekejap
sawi dicelur
tahu digoreng kemudian dipotong
cili merah dihiris
telur rebus
bawang goreng
daun sup/bawang dihiris



Cara:
1.Rebus tulang dan daging sehingga lembut.
2.Rebus keledek sehingga empuk dan blender hancur/halus
3.Campurkan bahan kisar dan rempah kari dan gaul rata.
4.Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar+kari serta daun kari sehingga wangi. Masukkan ke dalam periuk rebusan daging/tulang.
5.Apabila daging empuk, masukkan santan, bebola daging dan juga keledek yang telah diblender.
6.Bubuh cube stok ayam.
7.Tambah air asam jawa dan garam secukupnya.



Bila nak makan, taburkanlah bahan-bahan hiasan.
Nota: rebus tulang tu pastikan daging lembut sehingga tertanggal dari tulangnya.

Sekian.  Jom!!!

ibundo


16 comments:

Chah said...

Bundo! windu banget sama kamoo....sedapnya mee kari...ada bebola daging besau nau tu...tk sopan ai nanti kalau tonyoh seketoi terus ngap masuk molot kan...so ai geget sikit2 la sambil menikmati kuahnya yg mengancam tu...terbaik bundo...

errr demam orat kot teeeheeee...Bundo, jgnla stop blabber, org lain tk baca, tp saya suka baca...:)

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Ibundo sedap ni.. ada bebola daging dan mee kat peti sejuk tu tapi yang lain tak de.. aduhaii kena postpone dulu lah jawabnya ni... bestnya.. kecurrr aje ni taw grrrrrrr heheehehh

Asyifa Mustaffa said...

Salam Ibundo,
aduh kak...cam tau2 jer....sy 2 3 mnggu nie mcm nak mkn mee kari...tp x dpt2....x tau la nape....
tetiba nmpk pulak mee kari kat sini....adehhh.... mmg leleh lagi ler jwabnya....

Qasey Honey said...

asslm Bundo...ade kelainan sikit mee kari ni..mnarik la pulak bile buh bebola daging tu..rasanye dh tentu sedap ni..

kasihredha said...

salam
dah lama x mkn bakso
bila tengok bebola daging akak...terus teringin nak makan mee bakso :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

mee kari bebola lesu ke???bila makan ni terus segar kot seperti bebolanya tu.

Amie said...

Bundo cayanggg.... kalau dah jumpa menu sesedap ini, sampai ke titisan kuah terakhirlah nak dihirup slurrppp slurrpppp apalagi bebola dagingnya tu nampak memanggil2 kita untuk mengunyahnya!

Gee® said...

hisy...!! dasat betul la mee kari Bundo tu...tang bebola daging yg tak tahan tu.... teringat spagheti meatball...aww!!

Rohah said...

Cukup2 tergoga saya tengok mewe ni Bundo, lebih2 lagi tgk bebola daging yang mulat2 tu..tangkap leleh ni
!!!

ibundo said...

chah,
depan orang geget sopan sopan. Orang tak nampak je ko ngap je la apa yang patut. Owang pun windu ar.. ko slalu je ilang kan?

sha,
jemput-jemput ada lagi tak. Jom kita tukar pinggan hehe

ashifa,
ada apa-apa ke dik haha .. sampai ngidam ngidam ni.

QH,
haah.. memacam aku taruk. Tu yang lain tu hiii..

kasih redha,
bakso.. kita pun lama tak makan bakso. Dulu ada jual mee bakso sdap kat pasar malam tapi bila tengok dia ambil bahan main copot dengan tangan, langsung hilang selera nak makan.

ibundo said...

Ros,
memang lesu. Dah makan mee pun masih lesu sampai ke malam sampai ke pagi ni ha.. ish..

Amie,
gerenti hirup kuah sampai ke titisan terakhir..ngeee...

Gee,
alamak bebola dah habis. Kok tak boleh buat spageti meatballs petang ni.

Rohah,
cekutlah sebijik dua hehe..

FnF Simple Life said...

salam ibundo...mungkin terlalu kuat bekerja...badan pun bagi signal suruh rehat dulu...

sedapnya mee kari bundo ;)

Acik Erna said...

salamm kak pah ado keledek pulak..tak samo dongan mee kari nyonya tu yo.

rahel said...

Salam Bundo..
memang memikat selera mee kari ni..perghhh...

ibundo said...

FnF,
tu lah pasal. Minda kata go go go tapi badan kata slow down.

erna,
lain. versi lain ni. Cubolah yang ni pulak. pakai tulang lombu.

rahel,
hehe.. nak bagi pun dah takde ni.

Mamasya said...

Salam Bundo.mmg cepat semboh dan cergas kembali. nampak sedap mee meatball yg bundo hidangkan ni...terliur pula dibuatnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...