Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, June 6, 2012

Cake pop

Salam pagi rabu.  Hari ni hari rabu kan? Bila sekolah cuti ni, hari pun dah tak berapa nak ingat haha..
Kat luar sini hujan. Terdengar guruh dan deruan hujan yang turun agak mencurah-curah. Hujan rahmat. Supaya hujan yang turun  menghilangkan sama baki-baki bahang panas semalam.

Petang semalam bundo mengepop. Sama pula dengan si puan ros kita tu ha. Sehati sejiwa pula buat benda yang sama. 
Tapi bundo harini tak ada resipi nak bagi sebab kek yang bundo guna ni adalah kek yang dah tiga empat hari dalam peti ais dan jangka-jangka orang dah tak nak makan lagi dah. Bundo cuma buang deco dan ambil keknya saja.



Sebenarnya nak buat kek pop ni pun sangatlah mudah. Info ni untuk anak-anak yang baru nak jinak-jinak dengan sudu senduk kuali periuk bagai. Apa yang diperlukan adalah:
kek
cream
cooking chocolate
tangkai lolipop kalau ada. Kalau tak ada memadai kertas cupcake yang kecil.
hiasan



Kalau malas nak buat cake, beli saja kek yang dah siap.  Kek biasa yang tak ada cream dan deco.
Kek itu diramas-ramas bagi hancur. Kemudian campurkan dengan sedikit cream (cream hiasan kek tu).  Kalau tak ada cream campurlah dengan jem ke, dengan peanut butter ke, dengan whipping cream ke.  Gunanya supaya bila kita kepal kek tu jadikan bebola, ia tidak berderai.  Agak-agaklah kelembapannya.  Janganlah sampai terlalu banyak cream sampaikan ia jadi lembik.

Kemudian kek yang dah kita hancurkan tu, kita ambil sedikit sedikit jadikan bebola sebesar satu inci atau lebih sikit diameternya. Agak-agak lah.



Bebola ni simpan dalam peti ais beberapa minit.  Sementara tu, cairkan coklat masak.
Bila bebola dah set, keluarkan.  Ambil sebatang tangkai lolipop, celup hujungnya sedikit dalam coklat dan cucukkan bahagian yang dicelup itu ke dalam bebola. Jangan pula cucuk sampai tembus. Agak-agak setengah atau 3/4 bahagian saja.
Buat semua dan masukkan ke dalam peti ais sekejap nak bagi coklat keras.



Keluarkan semula dan celup dalam coklat cair.
Hiaslah ikut selera masing-masing.
Senang je kan? Tapi nak cari masa nak membuatnya tu yang susah. Leceh.



err.. silalah ambil sorang satu.


ibundo


17 comments:

Qasey Honey said...

asslm Bundo...nk 1...nmpk sedap tu...kecur dh ni...pepagi tgk pop cake tu...

ejaMaria said...

bagi tak ikhlas... huhuhu... kecit ati... T_T

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

hidup kek pop!!! hahaha

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'Kum Bundo wahhhhhh suka! suka! suka! yang macam ni... idea yang bagus ni sesuai untuk sha dan nellysha main pepondok heehee.... cute laaa.... dan nampak cantik sangat!! wow! coklat yang Bundo celup tu pun kemas aje.. rajin sungguh! cayalah!!!

rahel said...

Selamat pagi Bundo...daku terpegun tengok kek pop yang sememangnya menawan hatiku..nampak sangat cedap..tak tahan tengok lama2..

Rohah said...

wahhh..anak guarnty suka ni..mewah coklat

kasihredha said...

kalau dapat kat anak2 saya sekali ngap je ni kak

Bicara Kak Noor said...

salam Bundo,tergodalah dgn kek pop tu ingat kan lagu je ada pop rupanya kek pun pop jugak jommm!!!!

norhanim md zain said...

Bestnya ..kreatif le..senang pulak nak buatnya.amat sesuai utk birthday party..thanks bundo fr sharing the receipe..i like:))

sabar dubai said...

salam bundo....nmpk mcm sedap gile aaaa..renyah tak mase nk bulat2kan die bundo..nk try..tp tak yakin..kalo kite buat takut hancur jeee kek tuh hehee

khairiah khaizu said...

salam bundo.....sedapnya kek pop tu....nti nk buat juga la...menarik n senang je....wallllaaaaa!!!!!

Nur-nba said...

Sedapnya kak.. Kalau anak2 saudara Nur nampak ni, sure sekejap je dah selesaiiii.. :)

~ Cik Azz ~ said...

Kalau sey buek kek kat ghumah ni, sokojap yoo dah abeh.. Takdo belen untuk buek kek pop ni..

Apopun, mokasih kak kongsi tips.. Hari tu ado tengok kek tv tapi tengok sokali imbeh yoo.. Tak tau ujung pangkal ehh... hehe..

CT Delima said...

As'salam Ibundo

SAlam dipagi Khanis, indah cuaca pagi ni, tak panas dan tak redup sedang2 aje. Harap biarlah macam ni sampai kemalam hehehe

maaf dari semalam dah mengidam nak masuk blog Bundo ni sebab tak tahan dengan kek POP alah2 Kpop gitu hehehe. Tapi tenet ni kadang2 menduga juga Bundo. Sangat2 cantik bagi idea yang sangat bagus walaupun ada kek kadang2 yang terlebih tu ct buang aje sebab tak tahu nak buat apa hehehe

Gee® said...

adussss...cantek pulak kek pop tu... eiiii Bundo ni tak aci tau buat org terlior....

FnF Simple Life said...

salam ibundo... tengok kek pop yg dah tinggal separuh tu...hwaaa...nanges rasa...tapi tu laaa...nak tunggu ada kek tak habis makan baru boleh buat...huhu

Norzie hany said...

Lepas ni baki kek tak habis boleh cuba buat cake pop....best idea.Tq bundo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...