Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, kami singgah sebentar di rumah adik ipar di Ayer Molek. Ketika duduk berbual-bual bundo terpandangkan buah mangga muda yang sedang bergayutan. Mulalah air liur bundo ni kecur teringatkan kerabu mangga. Jadi, dengan penuh rasa tak malunya, bundo pun mintaklah dua tiga biji tetapi yang diberi, satu plastik hampir nak penuh.
Bila sampai di rumah, rehat-rehat sebentar dan bundo pun mulakanlah projek membuat kerabu mangga. Bahan-bahan adalah mengikut kesesuaian. Ada bahan yang tak ada. Tapi apa nak susahkan hati ye tak. Kita yang buat dia. Orang kata, belasah je lah.
Bahan:
4 biji mangga muda
1 sudu kecil kapur sirih
1 biji bawang besar
6 biji cili api merah
1 biji cili besar hijau
1 biji cili besar merah
satu genggam daun kesum yang telah dibuang tangkainya
1 cawan kacang tanah
1 sudu besar udang kering
Sejemput ikan bilis
1 sudu besar sos nampla (sos ikan)
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar kelapa disangrai kekuningan
Cara:
1. Mangga diparut kasar. Rendam dalam air kapur supaya rangup.
2. Kelapa disangrai hingga kekuninngan. Tumbuk kasar.
3. Udang kering dan ikan bilis disangrai dan ditumbuk halus.
4. Kacang tanah disangrai, buang kulitnya dan tumbuk kasar
5. Daun kesum dihiris kasar.
6. Bawang besar dibelah dua dan dihiris nipis
7. Hiris semua cili.
8. Basuh bersih mangga dan toskan airnya. Masukkan ke dalam mangkuk.
9. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk yang berisi mangga. Gaul rata.
Wala... cukup rasa pedas, masam, masin. Manis takde sebab bundo tak bubuh gula. Tapi sebab bundo bubuh kacang goreng dengan banyaknya... mmm.. sedap dikunyah-kunyah.
You all tak terliur ke. .....
ibundo
14 comments:
Bundo....mengancam....terancam dan diancam.Mintak le semangkuk.Meleleh dah airliur.
Dh banjir pon keyboard gee ni.... melampau tau Bundo nih buat orang terlior... bak la sepiring... hehehe
kak pah..maun deh tak terliur..dah okli2 toln air liur dah ni ha he he
tak makan ngan nasik doh..rtah cam tu yo
Sedapnya...terliur sudah.
Asslm Bundo...sedapnye...manalah nak carik mangga muda kat sini.... fev saya ni...letak cili api banyak2 wah terangkat.
Kek ghumah sey ni tongah banyak buah manggo kocik2 tu kak.. Sapo nak, mehh la datang amek..
Tapi sey tak ghajin nak buek kerabu macam akak buek ni.. huhuhu..
ros,
ada lagi ni lima nam bijik.
gee,
haha..nak buat camno.
erna,
kakpah ratah cam tu yo na. Tokinyit-kinyit bijik mato.
cempaka kuning.
hehehe
FnF
Ala siannya. Ganti dengan epal hijau okay kot
Azz,
sodap tu azz duduk bawah pokok kupek manggo mudo cocah mo kicap cili. Bedosing telingo makan e.
Assallamualalkum kak pah..
Ermm..nyumm..nyumm... Meleleh dah air liur di tepi bibir.. Ada tisu tak kak? heheheheee..
Salam Bundo...alahai kecurnya pagi2 ni...
salam bundo.....
kerabu mangga.....mmmmmm.....sedapppp
dimakan begitu saja .....
uh uh...terhingin semacam dngan kerabu ,angga ni..pernah makan kat Restoran terapung kat melaka ari tu, terbayang2 lagi kesedapannya kerabu mangga tu...ari ni dijelmakan lagi kerabu ni utk ditatap...laaaagilah buat ku teringat-ingat...kecut2 air liur ni haaa..
Jahatnya kamoo!!! Suka kerabu yg ada daun kesum!! Versi bundo always terbaik... N part tabur kacang tanah bebyk tu ai like gak mencabar jururerawat bior naik bebyk...tp ngengada xmo kuar plak dia... Cer ngap kacang masa mude2 dulu...harusss nanges. Sebijik kacang = 5 jururerawat...uwaaaa
Salam Bundo..
Hawa mmg tak blh tgk mangga pasti akan kecur!!!
nie resipi lain drp lain mesti cuba nie..mangga oh mangga mana dikau hehehe
Salam bundo, mummy sedang diet ni nak collect for my meal, izin copy ye bunda, mummy nak simpan after puasa mummy nak amalkan makan kerabu hari hari...... dap, TQ bunda
Post a Comment