Latheefa's Muslimah Collections

Friday, June 22, 2012

Badak Gemuk Berendam Sakan

Masak apa untuk berbuka harini.  Bundo teringin sangat nak makan badak. Badak yang berendam tu...
Panas berbahang macam ni kalau boleh kita pun nak tumpang berendam sama. Kalaulah rumah bundo ni ada kolam, uish.. memang sampai kecut bundo berendam dalam air.

Tapi apakan daya.  Yang ada kolam plastik empunya cucu bundo tu. Takkanlah nak numpang sama. Yang ada satu lagi tu, kolam ikan. Kolam ikan koi dan ikan tilapia.  Kang berendam dalam tu mau kena ekor dek kucing-kucing sebab satu badan berbau ikan haha..

Apa-apa pun, mehlah makan badak berendam ni.  Badak yang ada dalam gambar ni comel sebab bundo yang gentel. Badak yang bibik buat ya rabbi gemuknya....... Makan sekor je boleh tahan tak payah makan nasi lagi dah.



Macamana nak buat badak berendam ni? Bundo pasti ada anak-anak dara yang tak reti nak buat. Maklumlah, main beli kat pasar malam je.  Kalau nak tau, ha.. meh sini bundo ajarkan.

Mula-mula kena ada inti dulu. Inti ni mudah je. Cari kelapa yang tidak berapa tua.  Parut putihnya saja. Kemudian campur dengan gula merah.  Kalau kat kampung bundo, banyak orang jual gula anau. Gula anau yang asli rasanya sedap dan lemak.  Gula yang dijual di kedai tu kebanyakannya dah ditambah dengan gula pasir.  Dah tak asli lagi dah.
Kelapa, tambah gula merah, tambah santan sikit kalau nak lemak.  Kalau taknak, bubuh air saja dalam setengah atau satu cawan terpulang banyak mana kelapanya.  Koyakkan daun pandan.  Bubuh garam dalam secubit. Lepas tu masaklah sehingga kering.  Kalau ada durian, tambah seulas dua. Dah..



Nak buat badak berendam:
Tepung pulut
Air daun pandan
secubit garam

Campurkan tepung pulut denngan air pandan dan garam. Agak-agaklah sebab bundo pun main campak-campak je. Kita boleh rasa samaada adunan itu lembek, keras atau okay.
Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bola kecil.  Leperkan dan isi dengan inti. Tutup dan bulatkan.
Panaskan air. Bubuh sedikit garam.  Rebus badak yang telah dibubuh inti tadi.  Tunggu sehingga dia terapung di permukaan.  Ha.. tu tandanya dia dah masak.



Untuk kuahnya:
1/2  biji kelapa diambil santannya
1 sudu kecil garam.
1 helai daun pandan dikoyakkan
1/4 cawan sago bewarna hijau.

Rendam sago dalam air pandan sehingga kembang.  Kemudian rebus dalam air rendaman tersebut sehingga kembang.  Kalau tak cukup air, tambah air.
Bila kembang, tapis dan cuci dibawah air menngalir untuk membuang kanjinya.  Ketepikan.
Masak santan dengan garam dan daun pandan.  Selalunya kalau bundo tak bubuh sago, bundo tambah santan dengan 1 sudu besar tepung pulut untuk memekatkan kuahnya.  Tapi oleh sebab kali ni bundo campur dengan sago, maka tak tambah tepung.
Kacau selalu kuah santan supaya tak pecah minyak. Apabila kuah masak, masukkan sago dan padamkan api.

Masak kuah dulu baru rebus badak ya..  Sebab bila badak tu masak, angkat dan terus masukkan ke dalam kuah.  Kalau tak, nanti badak tu melekat sesama sendiri jadi kembar siam.  Susah nak bedah haha..

 Sekian.

ibundo

18 comments:

Nina Mirza said...

As'salam Ibundo ...

Tergoda lah tengok ibundo punya badak berendam. Gemok pun gemok laaaa..
Comel gitu~~ Hehehe . . .

Amie said...

Lawalah badak ibundo...selamat berbukan Bundo!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam..habis brapo ekor badak tu?????

Bicara Kak Noor said...

salam Bundo..
lagi gumok lagi best ooo banyak lomak tu,tapi kena potong2 lah tak dpt sebiji terus heee

Nuridah said...

Assalamualaikum Bundo

cantik2 badak tu berendam...hmmm bila tiba Ramadhan nanti lagi sedap buat dijamu....dh mcm kat tekak rasanya.

cikmanggis said...

hahaha badak gemuk?patut lah nampak badak tu gelak besar hingga terngagnga mulutnya.

cantik seni "persembahannya"..nnt nak buat jugak lah:)cm suka bila gigit kenyal kenyal badak tu:)

leen said...

bundo...kuih kesukaan leen nie...tapi versi kuah sago nie...belum pernah rasa lagi..mesti sedap wooo

Acik Erna said...

kak pah..sekotol dah konyang kok badak tu gomok2 kak pah..he he'kak pah tak ponah pulak boh sagu kek kuah he tu..nampak cantik pulak lam gambar bilo ado sagu ijau tu

Rohah said...

hehe kak, tersenyum saya tgk kuih badak tu ternganga..cute macam hippo ..kreatif akak..mesti sedap kan..

Chah said...

aiii terasa ai bila ada badak2 tu posing...rasanya yang bibik gentel tu saiz saya la bundo...hehehehe...
lawa lak tu posing dalam sagu2 aka rerumput la tu yer?


yang benar,

Gloria - hippo madagascar 3...:D

ain sweet thots said...

takut tgk mulut badak yg menganga cam batu belah tu

CT Delima said...

AS'salam Ibundo

ct ni pernah makan bulan puasa tapi memang tak pernah buat, kalau dah jumpa resipi ni nak gak cuba harap2 anak2 dan suami sukalah makan nanti :)

Gee® said...

cutenya badak Bundo...

zila norazila said...

salam bundo..kecur tgok inti tue..gemuk2 cantik:)

Ayu said...

Assalam bundo,
kuih badak berendam ke puteri berkubang ke, kita belum pernah cuba..satu hari nak cuba juga, tengok kuih yang bundo buat ni, rasa TERINGIN pulak..

Qasey Honey said...

asslm Bundo..hehe..bkn ank dra aje yg xtahu ni...QH pon sma jugak...nmpk mcm sng juga yer nk buatnye..nti cuba la...nmpk sedap tu...nak smgkuk tu bleh x..hihi

Shahriah Abdullah Novelis said...

Ibundo cayangg gemuk betul badak tu betul sebijik dah sendawa heehhee.. tapi lazatnya hadoiii belum berpeluang nak buat.. Insyallah inti dah ada.. anytime je tunggu giliran.. macehh bundo cayanggg

Mamasya said...

Salam Bundo.alahai cute nama badak gemuk berendam sakan..hi..hi..
kalau bdak berendam teringat bulan puasa..antara menu yg jrg miss..sedapp..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...