Latheefa's Muslimah Collections

Tuesday, June 5, 2012

Coklat Oreo

Assalamualaikum anak-anak bundo semua. Semuga semuanya berada dalam limpahan rahmat Allah.
Sudah beberapa hari bundo tidak ke dapur kerana berjalan-jalan makan angin ke seberang tambak. Habis satu universal studio bundo dan dua orang anak bundo jelajahi. Jalan-jalan makan angin memang seronok kan? Yang tak seronoknya, sambil makan angin, makan pula nasi briyani segala macamnya. Rasa-rasa macam dah naik dua tiga kilo dah ni.



Coklat oreo ni bundo ambil bulat-bulat dari ita masam manis.  Kali pertama tengok coklat oreo ni di rumah ita, hati bundo telah jatuh cinta. Apa lagi bila tengok cara nak membuatnya cukuplah senang.  Orang kata, buat sambil lelap mata pun boleh.  Tak percaya? Cubalah haha..




Tapi bundo tak berani nak buat sambil lelap mata.  Takut bersememeh.  Dah tu pulak main dengan coklat panas.  Jangan memain.  Ada yang tangan melocot nanti.




You all tak tergoda ke tengok coklat ni. Bundo rasa kan, kalau buat untuk hantaran bertunang atau kahwin pun okay.  Buat untuk gift pun okay jugak. Buat untuk isi perut sendiri lagilah okay.  Letak depan anak-anak, berebut-rebut tak sampai lima menet pun boleh habis. Betul!!!



Errr.. bundo nak bagi pun dah habis ni.  Kalau berkenan, buatlah sendiri ye.  Pergi kat dapur ita masam manis  dan ambil resepi.  Cara-cara macamana nak buat, semua ada ita nyatakan dengan penuh detail sekali. Tak rugi kalau buat.  Yang ruginya kalau tak buat.  Mmmmm... masih terasa kesedapannya ni.





Selamat mencuba ya!!!

ibundo


10 comments:

leen said...

bundo...memang teringin nk cuba..tapi bekas coklat tu..belum ado lagi....mesti sedapkan...yum..yum..bundo pakai coklat jenis apa?..

laskar pelangi said...

memang kalau budak2 tengok ni.mau seminit dua dah habis sepinggan.ekekehh;)

ummiaisyah said...

rajinnya bonda wat cekelat..sy penah dpt doogif camni..mg sedap..pasti nk buat ni..

Qasey Honey said...

asslm Bundo...QH pon ade buat jugak hrtu...tp xsmpt nk amik gmbo dgn kne ngappp dlu...hehe...penangan Kak Azlita la ni kan...tp sgka ekk mudah aje nk mbuat coklat tu...hehe

Yani said...

sedapnya kalau dapat ni kompem sedar2 habis di kunyah2

rahel said...

Salah satu coklat kesukaan gue..rajin betul ibundo buat cokelat..cantik kejadiannya..

zila norazila said...

salam bundo
cantik2 coklat tue..:P

Mamasya said...

Salam Bundo. biskut oreo salut coklat...yummmy sudap pasti sedap.ada gambar Dora ni....kalau Syakirah girl sy tengok tentu dia suka...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Bundo kita tunggu nak tengok yang mengepop tu..yang coklat tu pulak..teringat ros masa belum jadi blogger order berpuluh-puluh biji untuk hari jadi little laling..pong masih tak cukup.Sebenarnya masa tu kita jakun lagi..hahaha

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wa'salam Bundo cayang muahzzz muahzzz kiss dulu ni.. waduhh bundo cantiknya... kemas aje.. boleh berniaga ni Bundo memang cantik sangat! sha suka laa... :)) nak 3 boleh heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...