Friday, June 15, 2012

Urap

Salam hari Jumaat.  Dah hari jumaat lagi kan? Bulan Rejab pun dah nak habis.  Shaaban dah nak menjelma. Dan tak lama lagi masuk pula bulan Ramadhan. Cepatnya masa ni berlalu. Macam dah tak terkejar dah. Apatah lagi macam bundo ni yang dah termengah-mengah dan semput nak main kejar-kejar.

Bila badan dah makin nak dimamah usia, banyaklah spring dan skru yang dah longgar. Sparepart susah nak cari.  Hormon pun dah tak sestabil dulu. Kalau salah makan je, siap kau menanggung azab.

Pagi ni bundo ala-ala zombie. Malam tadi semalaman otak bukan main aktif dan mata tak mahu lelap. Bundo hanya dapat tidur beberapa menet saja sebelum berbunyinya azan subuh. Halnya? Petang semalam semasa berbuka puasa bundo minum air teh ais satu gelas besar gedabak yang bila digelogok airnya perut jadi besar bulat macam ikan buntal. Bundo memang tak boleh minum air teh lewat petang sebab nanti malam tak boleh tidur. Tapi sebab tekak kering punya hal, haus punya hal, bundo boleh terlupa..

Tulah macam yang bundo cakap tadi, bila hormon dah tak stabil ni, bukan boleh makan minum sembarangan. Banyak dah nikmat Allah yang kena tarik balik ni.




Sebab tu kalau boleh nak makan benda-benda yang hijau hijau macam ni je.
Hmm.. bundo mengurap lagi tapi kelapa gorengnya tak berapa nak cukup. Tu yang nampak daun je yang lebih tu.
Bahan urap bundo ni:
Tauge
pegaga
daun selom (selom ek?)
Kelapa sangrai ditumbuk kasar
 air asam limau nipis
garam

Bahan tumbuk halus:
udang kering yang telah disangrai
bawang merah
serai



Bundo takde main sukat-sukat. Sayur tu semuanya mentah.  Kemudian gaul je dengan bahan-bahan yang lain.  Siap. Makan ratah ratah je macam tu krap krup krap krup..

Sekian.  Terima kasih sebab sudi tengok resepi mudah ni.


ibundo

13 comments:

Kak Rose said...

sama la kita, semalam kak rose buat jugak kerabu ni.... sedap meratah sayur mentah cenggini... mmg krup krap krup krap!

myda_ahmad said...

saya nie pun jenis hantu urap jugak!kt umah jarang wt bcoz x de sapa yg mkn,tp kalau mkn kedai,tulah satu2nya menu yg penting dlm pinggan saya.....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Makn urap tu banyak2 tapi jangan sampai keluar urat ya bundo.Kita jeles tengok oreo chocolate hari tu makanya semalam kita buat untuk little laling.Mai tengok ya

Amie said...

Kalau dah semua sayur tu mentah, memang banyaklah bekalan khasiatnya ye bundo...

Unknown said...

sedao bundo saya pun suka urap ni nnti boleh lah buat dpt makan krup krap krup krap best macam ni Bundo tk banyak kelapa I likeeeee

GREENJADE said...

sejak pegnen ni saye sukeeee sgt ulam-ulaman bagai ni bundo..tgk urap bundo bikin hati nangis woooOoo.. i like like

Cik Azz said...

Itu kigho rajin gak kak buek urap sogalo ni.. Kok sey la, makan pucuk selom tu camtu yoo.. Kalah kambing... hehehe...

anymz said...

kak samo lah cam se kak.tak boleh minum teh sojuk potang2..kalau minum mmg siap lah mlm tu tak boleh tido..buntang mato kak kan?..bia minum kupi takpo..

Shahriah Abdullah Novelis said...

as'kum Bundo cayangg... sedap ni bundo.. sha ni pun tengah dok syiok rajin memetik pokok2 tepi rumah ni hah.. dah tak payah beli sayur.. modalnya nak kena rajin cikittt aje hehee.. kekadang tu nak melangkah keluar tu yang malasss... ya gitewww...

ibundo said...

ros,
ratah sayur banyak khasiat

myda,
hantu urap tak per jangan hantu kopek hihihi..

ros, kita dah pegi tengok. Jeles tau!!!

amie,
gitulah kan? lemak pun kurang.

noor,
jom kita mengurap lagi..

greenjade,
ha.. orang ngandung kena makan banyak sayur.

azz,
bulehlah belumbo2 makan mo kambing hahaha

anim,
akak ni minum kupi pun tak buleh gak. Makno e kono minum air kosong yo lah. Tu yang bagus kan?

sha,
kalau ada ulaman tepu rumah lagi senang. Nak makan petik je fresh. Sedappp..

Rohah said...

sedap tu kak, ada daun selom, harum je..

FnF Simple Life said...

hmmm...sedapnye mkn ngn nasik panas...ada lak sambal belacan ngn ikan goreng...aduh...best...terbayang2 dah ni!!

Sheery Dream Cakes said...

Dah lama diana x buat sayur mcm nie.... Sedap nie ratah2 gitu jer... Sedap2x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...