Wednesday, May 23, 2012

Tulang Lembu Lemak Cili Api

Siapa boleh bagi petua macamana nak bagi pokok cili api berbuah lebat? Bundo tanam pokok cili api belakang rumah hidupnya macam nak tak nak. Dahlah buahnya cekeding, belum sempat nak pungut hasil banyak-banyak dah mati.

Dulu bundo ada bibik dari semarang.  Dia ni kalau tanam apa-apa mesti menjadi punya. Kalau tanam cili api, buahnya sampai tak termakan-makan dek banyaknya. Pokok pun elok rimbun. Bundo yang tanam? Cekeding. Taruk baja pun tak menjadi juga. Apehal ya? Tangan bundo ni panas kot.



Dulu, tersangat lama dulu, bundo ada bibik dari sumatra. Dia ni pelik sikit. Bundo lagilah pelik sebab tengok dia makan nasi berlaukkan cili api. Nasi putih sesaja.  Takde kuah.  Tak ada lauk. Sambil suap nasi, sambil gigit cili api. Bundo tengok selamba je dia makan.

Mungkin orang indon ni memang suka gigit-gigit cili api.  Bundo cakap macam tu sebab kalau diorang hidang cekodok ke, karipap ke, mesti letak cili api di sebelahnya. Mulanya memang heran sebab kita kat sini mana ada letak cili bulat-bulat macam tu dengan kue. Tapi kan, bila bundo cuba.. makan karipap segigit. lepas tu gigit hujung cili api.. hehe.. sedappp.  Bagi orang yang tahan pedas sedaplah. Bagi yang tak tahan, jangan kau buat kerja.  Mahu berasap-asap keluar tang hidung dan telinga tu.



Tulang lembu ni pulak, orang selalu buat sup je kan? Selain tu bundo buat masak kari.  Bundo buat masak lemak cili api. Rasanya sedap sebab ada rasa lemak-lemak gitu.  Tapi tak boleh diamalkan selalu makan tulang lembu ni.  Kolesterolnya..hmm tahu-tahu sajalah. Buat sesekali saja ye anak-anak ye.

Cuba perhatikan sup tulang ni kalau sejuk pasti lemaknya melekat di sudu, di pinggan, di senduk, di periuk.  Ha.. macam tu jugalah rupanya dia melekat kat dalam badan kita ni. Takut?



Jom tengok cara bundo masak lemak tulang lembu ni:

2 kilo tulang yang berdaging (kalau sekilo je nanti kita makan tulang je, daging tak ada)
Santan dari sebiji kelapa
15 biji cili api *
1 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci lengkuas diketuk
1 inci halia diketuk
3 batang serai diketuk
1 cube stok daging
beberapa helai daun limau purut dibuang tulangnya
3 biji ubi kentang dibelah 4
1 keping asam gelugur

Cara:
Asingkan santan pekat dan santan cair.
Bahan yang bertanda* ditumbuk lumat atau diblender.
Masukkan tulang ke dalam periuk dan bubuh bahan kisar. Tambah air sehingga paras tulang.  Bubuh garam,  dan rebus. Tulang mestilah diebus sehingga benar-benar empuk. Apabila air berkurangan, masukkan santan cair.  Masukkan juga halia, lengkuas dan serai yang diketuk.
Apabila daging empuk (sekiranya belum empuk, boleh tambah sedikit air lagi), masukkan santan pekat.  Juga kentang, cube stok daging dan daun limau purut.
Bubuh asam keping apabila kentang empuk.
Angkat apabila kuah pekat.



Kadang-kadang bundo kurangkan tulang dan bundo tambah dengan daging. Misalnya 1 kilo tulang dan 1/2 kilo daging. Bagi yang belum tahu, janganlah terperanjat kenapa bundo selalu masak banyak.  Famili bundo besar. Masak banyak ni pun, sekali ngap saja habis.

Sekian.


Ibundo

13 comments:

adda syuhada said...

eh! eh!! menarik betul..tulang lembu masak lemak cili padi..mintk copy resepi yer..

ibundo said...

adda,
silalah. Kita memang nak kongsi pun kan..

Chah said...

mesti terasa lagi lemak dia tu kan berbanding kalau letak daging je kan..errr semua anak bundo stay bershama-shama ke? ari2 kenduri arr itu mcm...

Aziela said...

Adduuhhh....sodap eh Bundoo.... Hubby kita dengan anak tak berapa makan daging2 lembu and tulang serta yang seangkatan tu.. Terpaksalah buek utk diri sendiri yo agak eh...

asyifamustaffa said...

Aduh hai....
lapar yg amat Bundo sy nie....mcm sedap jer...eh2..konpem ler sedap ye x? hehe....

GREENJADE said...

wah bg saya resepi baru ni sis..selalu bikin sup jek. Harus try nnti ni.

sy pun suka cili api sis..masak apa2 pun mesti nk taruk cili api..

tp tgn panas lah..tanam tak pernah menjadi. mak saya nk kasi rimbun selalu tgk dia siram air basuhan ikan je. segar bugar cili2 dia.

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Bundo :)

wah ptg2 gini ada lemak tulang lembu...

Oh Hawa tak tanam pokok cuma yg ada pokok perhiasan jer spt pokok daun pandan berduri & money plant :)

Azura Mendezz said...

Ah ha..selalu buat sup dgn kari jek tulang ni..
nak try la wat masak lomak cili api peh ni..
mesti terangkattttttttt!hehe!

kasihredha said...

Betul kak...org sana suka makan dgn cili padi...rilex je diaorang gigit dgn tempe atau bala2(cekodok)..lama2 saya pun terikut kak...saya ppernah 5 thn di Bandung.
Bestnya gulai akak :)

Unknown said...

sedapnya kalau dapat merasa masak lomak ibundo ni..memang menyelerakan mkn tulang lembu dgn lemakx2nya sekali tu.:)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Bundo sedap ni sedap ni.. pedulikan lemak yang melekat.. janji sedap.. pastu kita puasa yaa... :))

Rohah said...

meriah betul nengok..bikin lapar je ni...nampak sedapp..sangat

illa rahman said...

mmg nampak best... ni mesti air hidung smua kuar skali...janji sedap...

mak saya, slalunya dia siram ngn air basuhan beras ngn air basuhan ikan...gumuk2 cilinya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...