Friday, May 11, 2012

Opor Ayam Tahu

Bertemu kita kembali setelah beberapa hari bundo menghilangkan diri.
Hmm.. tekak bundo ni masih teringat-ingat akan jus alpokat yang sejuk dan enak. Ada sesiapa yang tahu bagaimana nak buat jus alpokat (avocado) yang sedap itu? sebab setiap kali bundo mahu mencubanya sendiri, rasanya tak sama dengan yang selalu bundo minum di negara seberang.

Okay.. kali ini bundo nak kongsi resepi yang bundo dapat semasa bundo ke jogja baru-baru ini. Tahu sumbat seperti ini bundo sering buat cuma kali ini ia berkuah. Agak enak juga.



Ia boleh dimakan bersama dengan nasi atau diratah begitu saja.  Bundo ratah.  Tak payah makan nasi. Hirup dengan kuah-kuahnya sekali.



Bahan:
5 keping tahu
Tahu digoreng dan dibelah dua.  Keruk setengah bahagian dan masukkan bahagian yang dikeruk itu ke dalam bahagian inti.

inti:
200 gm daging ayam cincang
isi tahu
2 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu makan lada sulah
1/2 sudu makan serbuk stok ayam knorr
1/2 sudu garam
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit daun sadri
Cara membuat inti:
Cincang kecil bawang merah, bawang putih dan daun sadri.
Gaul bersama bahan inti yang lain.



Masukkan ke dalam tahu yang telah dikorek. Masukkan sehingga kembung kalau mahu asal jangan terkoyak.
Kemudian masukkan ke dalam kukusan dan kukus sehingga isi padat dan masak.



Setelah tahu masak, ketepikan.  Siapkan pula kuahnya.

Bahan kuah:
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 biji buah keras*
1 sudu teh ketumbar*
1/2 sudu teh lada sulah*
5 biji cili ap*
1 helai daun salam
4 helai daun limau purut dibuang tulangnya
2 cm lengkuas dititik
1 batang serai dititik
2 sudu besar perahan lemon
1 liter santan dari 1/2 biji kelapa



Kisar bahan bertanda *.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar.  Masukkan juga lengkuas, serai, daun limau purut dan daun salam. Tumis sehingga wangi dan masak.
Kemudian masukkan santan dan garam. Masak sehingga mendidih.  Masukkan tahu yang dikukus tadi. Bubuh perahan lemon. Masak sehingga kuah pekat.
Angkat dan taburkan bawang goreng. (Bundo tak tabur bawang goreng sebab terlupa nak beli.)



Selamat mencuba.


ibundo


13 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kita ketuk pintu tengah malam ni....resepi yang tak pernah makan.Ajak le kita makan sekali lain kali ya...

ibundo said...

maria,
tekejut?

Ros,
mari le masuk. Jangan le malu.

Unknown said...

salam bundo,nampak sedap lah resepi ni saya tk pernah buat pun mesti sedap kan nak kena try lah..

ibundo said...

Nor,
salam. Cubalah nak tau kena dengan selera ke tak sebab kadang-kadang kita rasa sedap tapi tidak pada tekak orang.

zila norazila said...

salm bundo
biasa makan tahu sumbat dgn kuah kacang jew..st kelainan nie..bole lah cuba nnt..thnks share resepi..:)

Unknown said...

insyaallah Bundo mesti nak cuba jugak sbb kuah nya tu merah agak lain dari biasa thanks Bundo ya..

Qasey Honey said...

asslm Bundo...nmpk myelerakan la opor ayam tauhu ni...lain dr yg lain...biase makan tauhu sumbat n tauhu bakar aje...tq berkongsi resepi ni...simpan masuk list...

Gee® said...

Owwww...ada kelainan ni... opor dan tauhu sumbat... pergh!! gerenti sedap...boleh try ni...

norhanim md zain said...

As salam..satu menu baru ni..kena cuba..tap dah save dah.. thanks for sharing the receipe

Mas said...

perhhh....sedapnya tengokkkk

ibundo said...

zila,
ada lebihan lauk ni bundo panaskan. Rupanya lagi pekat kuahnya lagi sedap.

noor,
insyaallah semuga menjadi

QH,
salam. Bolehlah cuba kan?

Gee,
tak rugi cuba ni gee

hanim,
salam. Kita ni macam tu lah kan? Saling kongsi apa yang kita tahu..

Mas,
pergh...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Ibundo... wahhh sedap ni.. tak pernah cuba.. memang best! best! kecurr dah niii

ibundo said...

sha.. Hehe tapi tak lawanlah tangan sha yang pro tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...