Latheefa's Muslimah Collections

Tuesday, May 15, 2012

Ayam Udang Gulung

Bundo sampai di rumah petang tadi dah nak masuk waktu asar. Oleh sebab bundo dah sembahyang jama' bundo terus naik atas rehat-rehatkan badan.  Lagipun bundo tengok bibik dah ada benda yang nak dimasaknya untuk makan malam. Dapatlah bundo rehat sekejap.

Tapi orang perempuan ni (bundo lah tu) kalau ada kat rumah, otak tu ligat je pikir nak masak apa walaupun dah ada orang yang masak. Lama-lama bundo turun juga ke bawah nak merealisasikan apa yang bundo dah rancang nak buat. Lagipun bundo malas nak makan nasi.  Bundo tak makan ratah-ratah je.

Maka bundo keluarkan ayam dan udang dan juga bahan-bahan lain.



Masakan ni bundo namakan ayam udang gulung sebab bahan utamanya ayam dan udang dan digulung pula.
Masa bundo mula buat intinya, bibik dah hampir siap masak.  Bila bundo menggulung, abah bundo dah duduk di meja untuk makan. Bundo pun terkial-kial juga nak menyiapkan memandangkan hari dah dekat pukul 6 petang. Takut nanti hari gelap dan gambar bundo tak menjadi sebab bundo mengharapkan natural lights seratus peratus. Jauh nun di langit kedengaran pula bunyi guruh macam nak menghambat bundo supaya buat kerja laju-laju.




Akhirnya siap juga tetapi abah bundo dah selesai makan dah. Bila tunjuk masakan ni dia cakap; abah dah konyang...


Bahan-bahan:
kulit tahu yang nipis (ada terdapat di tesco/giant/carefour)
2 ketul dada ayam sederhana besar
6 ekor udang saiz agak besar
1/4 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk lada putih
garam secukupnya
1/2 sudu teh serbuk ayam knorr
1 batang daun sadri dihiris/cincang halus
1/2 biji cili merah dicincang halus
2 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur





Cara:
Potong ayam dan udang kecil-kecil.  Masukkan ke dalam blender bersama bawang besar dan bawang putih. Tambah sedikit air.  Blender halus. 
Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama dengan bahan lain.

Potong kulit tahu anggaran 4x5 inci.  Boleh juga ikut saiz sendiri.
Letak inti. Gulung sekali, lipat di bahagian tepinya.  Kemudian gulung sampai habis.





Panaskan kukusan.  Kukus kulit tahu berintikan ayam dan udang yang digulung tadi sehingga masak.
Angkat dan sejukkan. Kemudian dipotong-potong mengikut citarasa.
Bundo cicah dengan sos cili saja sebab masa dah terhad untuk membuat sosnya.







Rasanya? Kena buat sendiri nak tahu rasa macamana.
Jadikan salah satu bahan yong taufu sedap ni. Cicah dengan sos yong taufu versi amie tu pun mesti sedap.
Amie! Bundo dah buat dah yong taufu resepi amie tu tapi tak sempat nak ambil gambar.  Masing-masing dah berebut-rebut nak makan.



Ish... banyak pulak gambar kali ni.  Bundo dah tak tahu nak bebel apa dah ni. Oh ya... dinner bundo tu lah dua ketul yang belum berpotong tu.  Kenyang.



Sekian dari bundo.
Selamat mencuba.


ibundo

16 comments:

Bicara Kak Noor said...

salam Bundo,sedapnya nampak ayam udang gulung ni selalu nampak kat supermarket yg dah siap balik kukus je,boleh lah try nanti thnks Bundo resepinya..

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam Ibundo.. sedap sangattttt.... teringat masa di dapur MCM.. Chef Joe pernah tunjuk macam mana nak masak guna kulit tauhu.. tapi Ibundo punya dah tentulah sedap dan terbaik!! kecur niiiiiii

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Bundo...Selamat hari Ibu ya.Peluk cium dari kita.Tentunya ramai anak2 diluar sana yang sayangkan bundokan??
Ni dia...makanan kegemaran kita!
sedapnya...

ibundo said...

Nor,
cuba la nor..

sha,
salam..
air tangan sha lagi sedap. Bundo suka tengok mcm tu. Sha ajarlah cara chef joe tu pulak.

ros,
dah memang anak kita ni ramai kan ros? haha..
Selamat hari ibu dan selamat hari guru in advance.

Qasey Honey said...

Bundo...sedapnya QH tgk ayam gulung udang tu...memula tgk tajuk entri agak pelik juga dgn menu ni...tp skali tgk terus nak amik resepinya...heheeh...tq

hazila said...

Sedapnya, macam dalam young tau foo tu ke?

Gee® said...

Adoyaiii Bundo... terlior anakanda dibuatnya... nyam2x

Chik Mimi said...

Kak pah sedap ni iskhhhhh kecur liur

Puan Hazel said...

Salam ukhuwah Bundo.. menu sihat nie, nt leh try.. tq sharing

zila 4ever said...

bestnyaaa..rupanya pakai tahu nipis..pernah makan tp x tau ada tahu nipis...nnt nk cuba jgk bundo..tq resepi yer..:)

Mas said...

salam kak pah...
kretiff...
nampak pun sangat menyelerakan la..

norhanim md zain said...

As salam kak pah..belum pernah try ni..sedap nampaknya...

ibundo said...

QH, tajuk pelik haha.. bundo kan suka yang pelik pelik.

hazila.
salah satu bahan yong taufu.. sedap sebab buat sendiri.

Gee,
kesian anakandaku..

cikmi,
hmmm..

Puan hazel,
salam dari bundo. Ya.. sama-sama kita berkongsi

Mas,
bolehlah try

hanim,
tak salah cuba kan? lepas tu buat verdict sendiri hehe

zifyzaza said...

salam akak, sy da follow blog nih.. dari semalam asyik godek resepi kat sini, abih terliuhh tgk masakan2 kak bundo nihh .. nyumm nyuummmm ~

Wattie said...

Salam dan selamat hari ibu Bundo,
Kita kat sini dah terliur sakan menengok udang gulung tu....klu dapat rasa kan best

ibundo said...

zifyzaza,
yelah dik.. kalau ada yang berkenan tu, cubalah ya..

wattie,
salam. kalau nak rasa, kena buat dik oi haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...