Thursday, May 31, 2012

Sempoi Olala

Salam pagi khamis. Sudah sarapan? Bundo sarapan nasi lemak pagi ni. Terasa pula beratnya perut bila pagi-pagi dah makan heavy. Tapi mulakan pagi dengan perut yang happy supaya muka terus tersenyum sepanjang-panjang hari haha..

Kali ni bundo sediakan menu sempoi dari dapur terus ke meja. Lepas tu terus cedok masuk pinggan makan dengan nasi ataupun dengan roti.



Bahan:
250 gm daging ayam kisar
2 ulas bawang merah ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
2 biji kentang dipotong dadu besar
1 biji bawang besar dipotong dadu besar juga
1/2 batang carrot didadu
beberapa hiris lobak putih didadu
2 biji cili hijau dihiris kasar
2 sudu kecil cajun
1 sudu kecil serbuk paprika
3 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato puree
1 sudu besar serbuk stok ayam
1/2 tin kidney beans
4 biji telur



Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk. Apabila naik bau, masukkan daging kisar.  Kacau sehingga air daging kering.
Masukkan pula bahan-bahan serbuk dan sos. Kacau.  Masukkan kentang, carrot dan lobak putih. Tambah sedikit air dan masak sehingga empuk.
Sesudah empuk (pastikan tidak berair), masukkan cili dan kidney beans yang telah ditapis airnya. Pastikan anda tidak lupa membubuh garam.
Kemudian masukkan ke dalam bekas tahan panas.
Pecahkan beberapa biji telur dan bakar dalam oven sehingga telur masak.  Boleh juga masak di atas api dapur tetapi bekas mestilah ditutup rapat supaya telur masak cepat dan bahan tidak hangus di sebelah bawah.



Pasti anak-anak suka.  Lebih-lebih lagi kalau ada keju parut yang ditabur di sebelah atas.

Sekian.

ibundo

10 comments:

CT Delima said...

As'salam Ibundo

Alahdulillah...ct pun dah kenyang pagi ni, tapi bukan makan nasi lemak. makan nasi putih dengan asam pedas ayam semalam punya hihi. Jap lagi mesti mengantuklah sebab berut dah berat hehehe

Ibundo, semalam ct ambil resipi burung puyuh grg berempah..sedap sangat2 hubby dok meratah aje..halalkan ya dan tr kasih Ibundo :)

kasihredha said...

sedapnya..sure anak2 suka

Unknown said...

salam Bundo,cantik lah tak pernah tengok lagi menuyg letak telur pastu masuk oven mesti kena try ni anak2 saya mmg fav dia orang telur macam tu menariksss snagattt..
belum sarapan ni nak kena out lah gi dapur cari makanan haha

Qasey Honey said...

asslm Bundo...wah mmg sempoi olala ni..myelerakan la tgk...nk simpan resepi ni...lain dr yg lain sikit ni...tang telur tu yg xtahan tgk...blurppp...tq resepi ni yer..

quinnie said...

sempoi yg sungguh sedap ni kak...huhuhu....ni yg malas ni kalau tak puasa...semua benda nak di makan...huwaaaaa

Gee® said...

waaa...sempoi tp sedap....

asyifamustaffa said...

mmg sempo ola la...lah...!
sedap plak tu nmpk...!

Amie said...

Bundo... telur2 yang setengah masak tu yang tak tahan nak nengok ehhh..
Orang kata elok makan heavy pagi2 sebab boleh kita gunakan (tenaga dari kabohidrat) untuk bekerja, jadinya tengahari makan sedikit, malam pula kurangkan lagi sedikit sebab malam tak berapa guna tenaga...

zila norazila said...

simple jew kan..tang telur tu yg x tahan tgok..slurrppp :)

Rohah said...

salam Bundo, sempoi olalanye menggiurkan, trpandang telur mata kat permukaan tu lg tangkap leleh apa...rasa terhingin semacam aje tauuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...