Latheefa's Muslimah Collections

Tuesday, May 1, 2012

Chicken mayo

Selamat bercuti dan bersenang lenang. Mahunya kita ni para isteri aka ibu nak bersenang lenang. Yang cuti kerja di pejabat tapi yang di rumah ni kerja tetap kerja.

Anak bundo dah lama dah nakkan chicken mayo ni. Beli croissant bawa balik rumah belum sempat nak letak inti dah habis kena makan. Ada tu pulak beli croissant tak berusik-usik tapi bundo pulak yang malas nak buat inti. Padahal bukan susah mana pun nak membuatnya.



Bahan:
Croissant secukupnya (kalau rajin buat sendiri.  Kalau tak rajin beli je yang dah siap)
Beberapa ketul dada ayam. Agak-agaklah.
mayonis
lada hitam ajishio
cheese spread
beberapa biji kentang
kubis
carrot
daun salad
timun dihiris nipis
tomato dihiris nipis


Cara:
1.Rebus ayam dengan sedikit air (paras ayam). Bubuh sedikit garam di dalam air. Bila masak, ketepikan biar sejuk.
2.Kentang dipotong wedges dan di rendam dalam air yang dububuh sedikit kapur dan garam. Kemudian cuci bersih dan goreng sehingga kekuningan.  Kalau malas, beli saja wedges yang dah siap di pasaraya.  Tinggal goreng saja.
3. Potong kecil kubis dan carrot. Gaul dengan mayonis,  black pepper dan garam.
4. Setelah ayam sejuk, koyak-koyakkan kecil dan masukkan ke dalam blender.  Bubuh sedikit air rebusan dan blender halus.  Keluarkan dan campur dengan mayonis secukupnya.  Mayonis perlu banyak sehingga dapat kita rasa sebatinya dengan ayam.  Tambah lada hitam ajishio dan sedikit garam.
5. Belah croissant tidak putus.  Sapukan cheese spread.  Susun daun salad, ayam, tomato dan timun.
6. Hidang bersama coleslaw dan kentang wedges.



Kalau buat sendiri, kita boleh letak inti banyak-banyak.  Macam yang bundo buat ni sampaikan termuntah-muntah isinya.

Sekian.

ibundo

8 comments:

ijayuji said...

Salam kak, sedap tgk ayam tu kak, kita yg tak ank2 akak tgk pun nak jugak ehehehe... ibu2 yg tak bekerja pun bekerja jugak kat rumah non stop :-) oleh itu, selamat hari pekerja juga buat ibu2 n isteri2 dirumah yg tak kerja di pejabat :D

Gee® said...

Bundo, ada lagi tak chicken mayo tu... gee nk dtg bertandang nih...

Amie said...

Hai Ibundo... bertuahnya anak ibundo! Memang puas makannya tu kalau bubuh chicken mayo banyak2!

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam Ibundo inilah yang simple dan tersedap! memang sedap!

ibundo said...

ika,
hajat hati nak bercuti harini tapi apakan daya.. bibik cuti uhuu..

gee,
dah habis. Tunggu next round haha

amie,
tu untungnya buat sendiri kan?

Sha,
makan sepinggan je dah kenyang.

ummiaisyah said...

sy pminat no 1 croson ni...tp reti nk buat...takut fail bab lipat2 tu...kita bli siap je la..buat camni...beshhh

ibundo said...

ummiaisyah,
kalau nak sedap, buat sendiri tapi selalunya bundo pun beli je kat kedai. Senang....

Norzie hany said...

Sedapnya...nanti nak cuba la resepi ni.Tq berkongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...