Menu simpel je hari ni sebab bundo pun nak bedesup pergi keje. Nasib baiklah keje sendiri dan bos sendiri.
Hari khamis lepas bundo makan laksa lemak di alamanda. Meenya mee kering yang telah dilembutkan. Kuahnya lemak-lemak. Rasa tak adalah sedap sangat tapi boleh tahan. Berdasarkan mee tomyam yang bundo makan, bundo reka sendiri kuah untuk mee udon yang telah lama tersimpan dalam peti ais. Bahan pun apa yang ada je.
Bahan:
2 bungkus mee udon
2 ulas bawang merah ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
4 sudu besar (jangan diratakan) pes tomyam
10 ekor udang
2 ekor sotong dipotong gegelang
beberapa kelopak sawi
beberapa kelopak kubis panjang
1 batang celery dipotong-potong
1000 ml air
1000 ml santan daripada 1/2 biji kelapa
Cara:
Tumbuk lumat bawang putih dan bawang merah. Panaskan sedikit minyak dan tumis.
Masukkan pes tomyam. Tumis sekejap. Masukkan udang dan sotong.
Masukkan air dan santan.
Apabila kuah masak, masukkan sayur-sayur dan mee udon. Kacau sebentar dan padamkan api.
Siap. Kalau suka super pedas, titikkanlah cili api sebanyak mana yang mahu.
Perkenalkan Maryam, cucu bundo.
ibundo
12 comments:
salam bundo
alahaiii comelnya sikecik tue..bulu mata lentik lg..suka tgok..mee pun myelerakan..blog pun dh berwajah baru..cantik2..boleh dicuba mee tue..menarik:)
As'salam Ibundo
Salam rindu dari ct. Pagi2 dah terhidang mee undon emm.. buat kecur ajelah Ibundo ni hehehe
cakap pasal alamanda lamaaa dah tak kesana :)
sedapnya Bundo... terlior laa... cumil cucunya
Wah kita berkenan kat bulu mata maryam..... Boleh gitewww.
Salam Bundo... aduhaiii badan ni macam nak demam.. nampak mee udon bundo terus kecur... nampak mudah dan senang.. nanti nak cuba Insyallah..
Comeynya Maryam... aduhaiii geramnya... mata cantik! macam doll.. gerammm.. macam nak kiss dan cubit2...:))
Assalam kak
wah nampak sangat seydappp mee tu
zila,
memang geram kalau tengok mata si maryam ni.
ct,
hmm yang kecurnya sebab tomyam tu. Megi tomyam pun boleh buat kecur jugak hehe..
gee,
menomyam kita gee.
hazila,
haha..bundo pun nak pinjam kalau boleh.
sha,
umi dia kata jangan cubit2 nanti lebam haha
cim mimi,
wkslm.. hmm.. boleh tahanla..
Tak de lah sampai melompat-lompat kesedapan.
fuhhh,nampak menyengat mee dalam mangkuk tuuu, terpampang pulak wajah comel girl yg kiut miut..geram nengokkk
Suka sangat dengan mee udon...kuahnya pekat..emmm..
Salam Bundo.sedapnya tengok mee berkuah gini...tambah2 ada udang.Maryampun tengokpun mcm terliur tu... alahai comei cucu Bundo ni...lentik bulu matanya..
Salam Bundo,
Sedapnya nampak mee udon tu, tp tak pernah makan lg, lg berselera bila ada si cilik di cute sangat kat sebelah menemani
Salam perkenalan Ibundo,
mohon saya share resepi ini di blog saya. Sedap sungguh rasanya...sehingga menjilat siku. Suami dan anak pun puashati makan.
Post a Comment