Salam jumaat. Dah hari jumaat kan? Kejap je masa berlalu.
Minggu depan dah cuti sekolah. Mungkin anda telah membuat perancangan untuk berlibur bersama anak-anak. Ataupun duduk-duduk saja di rumah sambil mempertingkatkan aktiviti masa memasak.
Apa yang nak dipot pet pot petkan harini? Terpaksa dikurangkan sebab masa sungguh-sungguh tidak mengizinkan. Dari pagi sampai ke petang dan sampai ke hujung minggu, ada-ada saja yang nak dilakukan.
So, layan je lah puding ni ya..
Bahan:
500 gm mangga , blender.
400 ml jus mangga
3 sudu kecil serbuk agar-agar
100 ml whipped cream
sos:
200 gm buah strawberi
1/2 cawan air
80 gm gula
1 sudu teh tepung jagung dilarutkan dengan sedikit air
Cara:
Campurkan mangga yang telah dihaluskan, jus mangga dan agar-agar ke dalam periuk. Masak sehingga larut.
Di dalam bekas lain, pukul whipped cream sehingga kembang.
Apabila adunan mangga sudah hilang wap panasnya, massukkan whipped cream. Gaul rata.
Tuang ke dalam mold.
Sos:
Strawberry diblender halus bersama air.
Masukkan ke dalam periuk dan rebus bersama gula dan air tepung jagung. Masak sehingga pekat.
Sekian. Silalah ambil sepotong.
ibundo
12 comments:
yummy!!
wow....! Mewah dgn mangganya !
salam bundo..sedapnya..tgok pic pun dh kecur.:P
salam bundo, ramai yg bermangga2 ni tak tahan lah tengok mesti nak kena cari mangga jugak ni sedap sangat tengok tu....
Salam Bundo hadoiii sedapnya nampak mudah nak membuatnya tu... Insyallah nanti nak cuba.. buah mango memang banyak kat esbok tu... tq Bundo.. muahhh
sungguh memikat ^_^
Bundo ai makin lap u la lately sbb bundo masak makin sedappp... Sukanya puding stail otel gitu... Bundo guna mangga apa? Now dh ujung2 musim, byk jenis mangga yg dh xde... Lebiu muah...
Terguda nampak puding Bunda yg mengancam tu
Salam Bundo...
sejuk nyer lalu kat tekak hehehe
sedapnya tgk puding bundo ni...terliur..:)
Terima kasih bagi kami sepotong puding mangga sos strawberry yang lazat ni... oleh sebab nampak sedap sangat, Ibundo kena buat lagi, buat banyak lagi supaya kami dapat 3 potong seorang he he he hehhhh
Cantiknya puding mangga ni...nyaman bah..
Post a Comment