Latheefa's Muslimah Collections

Thursday, May 3, 2012

Ikan sambal udang kering

Di rumah bundo ni mesti ada sambal. Sambal merah, sambal hijau, sambal kuning apa-apalah janji ada sambal. Kalau tak ada sambal adalah yang meroyan mencari bawah tudung saji, dalam tupperware, dalam periuk sambil tarik-tarik rambut bertanya takde sambal ke!!! haha..

Hubby bundo memang tak makan pedas.  Mancis api Cili api tak makan. Cili yang tak berapi pun tak makan. Sebab katanya dulu masa kecik dah puas makan sambal. Hari-hari berlaukkan sambal. Kalau dia bercerita pasal susah dia masa kecik mau meleleh air mata mendengarnya. Anak-anak bertanya kenapa makan sambal.  Tak muak ke. Dia cakap dah lauk lain tak ada.  Itu je yang ada.



Bundo ni pulak memang hantu cili. Kalau tak pedas, tak berasap, rasa tak puas makan. Kalau dapat cili api belakang rumah tu bundo buat ulam je krap krup krap krup hehe.. Kalau makan megi, mesti bundo taruk cili dua tiga biji.  Ambil pedas. Sesekali pekena megi ni nikmatnya tak payah cakap. Kena megi kari bubuh sawi, telur sebijik, cili api tiga biji... heaven..



Bahan A
5 potong ikan tenggiri dibubuh kunyit dan garam,goreng.

Bahan B
20 biji cili api hijau
10 biji cili api merah
5 biji cili besar hijau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji buah keras
2 batang serai
1 inci halia
2 sudu besar udang kering
1 sudu kecil belacan
2 sudu besar cuka



1. Blender bahan B kecuali cuka.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblender sehingga masak dan keluar minyak. Bubuh cuka dan garam secukupnya.  Terpulanglah kalau ingin bubuh serbuk perasa.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng.
4. Hidang bersama nasi panas.
5. Pergh!!!!



Silakan...


ibundo


16 comments:

zila 4ever said...

salam bundo
boleh geng la kita..klu x meletopp mmg x sah..tp pastu sakit perut..he hehheee..alahaiii sedapnya tgok ikan tue posing menggoda..:)

ibundo said...

zila, haha.. kita kena hati2 gak dengan cili ni.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Ibundo... waduhh tiba dah lewat malam dah ni.. mana tahan tengok lauk yang enak tu... huarrrrr... pulak Ibundo duk ulang2 cili padi cili padi... wahhhh sedap nyaaa...............

ibundo said...

sha.. orang negeri semilan maacam bundo ni memang dari kecik dah dihidang denngan cili padi haha

ijayuji said...

Salam ibundo, ooooooo, ibundo org nogori ya? hihihi.. kita org2 jawa pun dah biasa dgn cili padi, itu belum dgn kicapnya ehehe... guna ikan tongkol pun boleh kan ibundo? ikan tenggiri kat sini mahal jugak lah, kalau beli 2 potong tp besar jugak lah dah puluh2 harga dia :D tp tongkol ni bermusim pulak, skrg ni belum musim dia lagi :)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Bundo!!!
waduh2x manyak betul cili api tuh!!!!
tak pedas ke???
berasap lah teliga Hawa bila mkn hehehe...
tapi kan... nmpk sedap tau ikan tenggiri buat sambal kalau dibandingkan msk gulai..

Qasey Honey said...

slm Bundo...sedap nmpk lauk tu...QH pon suka jugak masakan yg pedas2...baru la syok...bru la puas kan...tp mcm yg Zila ckp la...pastu sakit perut...hehehe...

Chah said...

aipun bundo dulu tk makan pedas maklumlah mak org ganu..tp bila kawan ngan geng2 dr pahang n utara, kawen lak ngan orang utara gak, duhhh xde cili api x sah...lagi pedas lagi glamer rasa..hahah xde kena mengena... tapi sambal tu buat saya jadi loya2 la...err maksud ai..ngidam..kekekeke..
* bundo gi mano? windu tau!

AzeedA said...

fuuuhhhh fuuhhhh..
tahan ayorliyorrr tahan ayorliyorrrr..

SakuraDaisy said...
This comment has been removed by the author.
Gee® said...

Kita boleh gang ye Bundo, kaki pedasss...ops kaki pulak, hantu laaaa...

Anna Qawina said...

waaaaa,,sedapnya tp kita tak blh lg mkn belacan..anak tgh gatal2..huhu

ibundo said...

ika,
salam. Bundo memang asli orang negori semilan tapi dah bertukar jadi orang town haha. Kat sini tenggiri pun mahal ika. Sekarang ni apa benda pun mahal. Telur turun harga. Jadi, lebihkan makan telur dan kurangkan yang lain-lain hehe..

Mamahawa,
Kalau tak pedas takdelah nama dia sambal dek oi. Tapi kan.. bundo bubuh banyak tu tak rasa pun pedasnya.

QaseyH,
jangan asek bekejar ke jamban dah la ek.

ibundo said...

Chah,
betul ke ko tengah ngidam ni. Ala.. orang masih muda belia. Kilang masih power gitu kan..
Bundo kemana? Sebenarnya baru balik umrah ni.

Azeeda,
Fuuh kiri Fuuh kanan... Jangan sampai air lio ko merecik dah lah ye.

Gee,
ngeee... give me 5

Anna,
Takyah letak belacan.

Rohah said...

salam kenal & ziarah kak,
mengancam tengok lauk ni,lazat gituu

ibundo said...

Rohah, salam kenal. Terima kasih datang jenguk dapur bundo ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...