Latheefa's Muslimah Collections

Sunday, April 29, 2012

Taruang Balado

Terung memang feveret bundo.  Terung berlada lagilah feveret. Kalau kami makan di restoren wong solo pastinya terung balado salah satu daripada menu pilihan. Selalunya bundo makan sampai air hidung meleleh sebab menahan pedas.  Pedas tapi sedap.

Resepi ini bundo suaikan supaya rasa pedasnya tidak menyengat. Agak sedang-sedang saja.



5 biji terung di potong ikut suka
1 genggam ikan bilis
10 tangkai cili besar merah *
5 tangkai cili kering yang telah direndam dengan air panas *
6 ulas cili api *
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 cube stok ayam
1 sudu besar air perahan lemon
garam secukupnya



Blender halus bahan yang bertanda* .
Panaskan minyak dan goreng terung.  Angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak yang sama untuk menggoreng ikan bilis.  Ketepikan.
Tumis bahan yang telah diblender sehingga naik bau dan masak. Masukkan stok ayam, perahan lemon dan sedikit garam.


Setelah masak, susun kesemuanya di dalam pinggan mengikut kreativiti anda. Selamat makan.


ibundo

10 comments:

ijayuji said...

Salam kak pah! mekaseh dtg singgah :-) kita suke terung :D masak apa pun mmg laju jer kat tekak kita ehehe...

Amie said...

Assalamualaikum Ibundo,
memang Amie sudah tahu betapa sedapnya taruang belado tu Ibundo... tambahan pula Ibundo gunakan terung taiwan yang lemak manis tu...mmmm memang tambah mengancam!

~~zana@pb~~ said...

Sedap ni kak pah....hubby n famili dia suka sgt.

ummiaisyah said...

salam bunda...sy pon suka terung...mmg pembuka selera!

ibundo said...

ika,
tapi ramai juga yang tak suka terung.

amie,
hmmmm.. memang mengancam hehe

zana,
kat rumah ni cuma beberapa orang je yang suka terung. yang lain ambil sambalnya saja .

ummiaisyah,
sama lah kita.

Nur-nba said...

Salam. Kak Pah, cantiknya gambar akak.. Sedap tengok menu ni..

Rini Jy said...

salam bundo,
bundo orang minang ke?
menarik tul taruang belado bundo tu :)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Bundo..

terung mmg fav hawa n hubby buat lah sambal manis belado grg g2 semua kite suka... sedap nyer

Norzie hany said...

Salam kenal bundo.
Feveret saya ni...sedap makan dengan nasi panas2.

ogyep yummy mellow said...

salam kena ibundo... lama tak masak terung... sedap buat sambal, lagi2 kalau pedas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...