Dalam kesibukan bundo membereskan hal-hal berkaitan dengan trip tadika ke sunway lagoon sabtu ni (besok), rumah bundo dimeriahkan pula dengan datangnya seorang lagi ahli keluarga baru. Bertambah lagi seorang cucu bundo. Alhamdulillah di atas rezki yang dikurniakanNya.
Nampaknya tugas bundo yang baru saja tamat menjadi mak bidan, disambung semula. Dan bermula jugalah tugas bundo memasak makanan untuk orang berpantang.
Untuk pagi ni, jom kita pekena kuetiau goreng mesra alam. Haha.. nama masakan bundo ni memang selalu tak boleh tahan. Ada kau kesah? haha..
Apasal mesra alam? Sebab macam-macam sumber alam sudah bundo keceburkan di dalam itu kuetiau.
Jom kita tengok.
1 bungkus kuetiau
10 ekor udang saiz besar
3 keping fish cake
3/4 cawan kerang yang telah direbus dan dibuang cengkerang
10 biji fish balls
2 biji telur
1 cawan stok udang
1 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
segenggam penuh tauge
secekak daun kucai
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos stok ayam maggi
4 sudu besar kicap masin cap kipas
stok udang:
kulit udang
1 kelopak celery
1/2 batang carrot
2 cawan air
Cara:
1. Bersihan udang. Buang kepala dan kulit tetapi tinggalkan bahagian ekor. Belah belakang udang dan buang urat. Kepala dan kulit udang jangan dibuang.
2 Untuk stok udang, bersihkan kulit dan kepala udang. Campur semua bahan dan jerang sehingga air tinggal sehingga anggaran 1 cawan. Tapis, ambil airnya sahaja. Ketepikan.
3. Kerang direbus dan keluarkan isi.
4. Fish cake dipotong dua kemudian dibelah nipis memanjang.
5. Fish ball dibelah dua.
6. Panaskan 3 sudu besar minyak. Tumis bawang yang telah ditumbuk sehingga wangi. Masukkan cili pes. Goreng sehingga cili masak.
7. Ketepikan bahan ditepi kuali. Pecahkan telur. Biar sebentar sehingga agak mengeras. Kemudian kacau telur bersama bahan lain ditepi kuali tadi.
8. Masukkan udang. Goreng hingga kemerahan. Tambah fish cake dan fish balls. Gaul rata.
9. Masukkan semua sos dan air stok udang.
10. Bila mendidih, masukkan kuetiau, kerang, tauge dan daun kucai.
11. Sekiranya belum cukup rasa masin, tambah lagi kicap. Mee ini tak perlu bubuh garam.
12. Masak sehingga semua air meresap dalam kuetiau.
Jeng..jeng.. Dah siap kuetiau goreng mesra alam. Dan sudah semestinya mesra tekak jugak.
Sekian. Nak pergi siapkan breakfast untuk orang baru lepas bersalin.
ibundo
14 comments:
Memang mesra alam Ibundo... alam laut dengan udangnya, alam darat dengan telurnya, alam tumbuh-tumbuhan dengan segala kucai, taugeh, stok yang ada selery & carrotnya....
Tahniah dapat cucu baru!
Sodap nampak ehh...
Tapi sey tak makan kueyteow... huhuhu..
bakmai sepiring...
Memang mesra alam sgt sgt. Best nampak hidangan tu
Glurp.Telan air liur sungguh edisi mesra alam ni kak.Dengan keseksian udang tu haaa..Lapar lapar =D
Bila Rahel tengokbahan-bahan dalam kueh tiau ni memang konfirm sedap sangat...mesra alam tak sesuai...''kueh tiau terkaya'' baru sesuai..hehe..
salam ibundo.....
meleleh ayor lior teman nengoknye.....!!!!!!
Saya silent reader.Hari2 tak miss tgk blog bundo. Kali ni tak tahan nak gak komen sejak bundo pandai2 memberi tajuk. Tak tahan sungguh tgk tajuk resepi bundo..Neway tabik la kat bundo yg selalu bagi resepi2 hebat..
salam bundo.. amboi meriah no rencah kue tiau tu ye.. nampak sgt2 menarik.. mesti cuba nie!
Assalam bonda,
kalau dpt sepinggan lagi mesra alam....hehe...fav nur kuey tiow tu.
sodap ee pulak kak oi..ambik pulak gambar dokek2..terleleh2 air lior dgn kepalo2 sekali terliang lentuk ni hah...hehe
bonda ni masak apa pon nmpk sedap! slmt menjaga org berpantang ye bonda!
Aduhai Bundo... tengok je dah terasa nikmatnye...syedapnye... lagi pulak digoreng basah2 gitu... hmmmm...
Post a Comment