Tuesday, September 25, 2012

Rendang kepayo

Bundo orang negeri semilan.  Asli.  Bukan celup-celup. Masa bundo kecik belum sekolah bundo tak tahu pun wujudnya mendaalah yang bernama betik. Sebabnya semua orang di sekeliling bundo kata buah betik tu buah kepayo. Semua yang berkenaan dengannya disebut dengan kepayo. Batang kepayo.  Buah kepayo.  Pucuk kepayo (pergh!! cicah belacan pucuknya yang pahit-pahit ni alangkah nikmatnya).

Emak bundo semasa hayatnya cukup gemar membuat rendang kepayo ni. Pelik? Sebelum ni bundo pernah buat n3 tentang rendang ni tapi masa tu bundo belum berapa terkenal (hikhikhik...). Kali ni bundo tayang sekali lagi dengan gambar yang lebih menggiurkan ahak.

Kalau tak cuba belum tahu rasanya macamana. Pada bundo, sedap sebab rasa lemak, manis, pedas, berbaur.  Kalau takut nak cuba banyak, buat sedikit saja. Cuba rasa, orang kata.  Tapi bundo agak adik-adik, anak-anak yang asli nisemilan memang tahu masakan ni.



Mula-mula kena cari betik yang mengkal. Jangan yang terlalu muda yang warnanya masih hijau.  Cari yang sudah ada kemerahan tetapi masih keras. Tu yang dikata mengkal. Bundo buat tak sampai sebiji pun sebab buahnya agak besar.  Kalau besar, buatlah separuh.

Bahan:
1/2 atau 3/4  biji betik mengkal
10 ekor udang
1/2 cube stok ayam
1/2 kilo santan (beli santan siap. Tak perlu dicampur air)
1cm  halia *
1cm lengkuas *
5 ulas bawang merah *
6 ulas bawang putih *
12 biji cili api *
2 cm kunyit *
2 batang serai dititik
6 helai daun limau purut dibuang tulang
1 helai daun kunyit dihiris pendek
1 atau 2 keping asam keping




Cara:
1. Betik dicincang/hiris kasar.
2. Blender bahan yang bertanda *
3. Masukkan santan di dalam kuali bersama bahan yang diblender. Jerang sehingga mendidih.
4. Masukkan betik, serai, daun limau purut, stok ayam dan garam.
5. Apabila hampir empuk, masukkan asam keping dan daun kunyit.
6. Padamkan api apabila betik empuk dan kuah pekat.



Berani cuba? Lebih kurang macam masak labu jugalah.

(lima nam hari ni dapur bundo tak akan berasap sebab bundo nak makan angin)

ibundo

15 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Bundo...rendang kepayo tak pernah dengar apa lagi makan.Tapi kalau kerabu kepayo pernah la makan sebab ianya kerabu betik...muaahhh..nak gi mano??? nak ikut!!!!

Mas said...

tak pernah makan lagi rendang betik..
klu gulai letak betik memang pernah makan..
sedapnya tengok kak..

Qasey Honey said...

Bundo..1st time dekat menu asam kepayo..kreatippp namnya...nmpk sedap n myelerakan..

Cheq Sue said...

saya jugak yang tak pernah dengar perkataan kepayo ni... tapi maaf la bundo, memang kalah dengan makanan nogori ni... melihatkan cilinya dah cukup menyeramkan..

kaklong said...

hahah,akak buh namo kepayo pueh lah org lain yg tak paham mikea an ea...
oghang nismilan yo pangge kepayo..ayo lahaaiii...kihkihkih....

Rohah said...

buleh buat rendang bagai ye kak...biasenya mak saya dulu buat tumis beti muda ni..di sagat gitu...macam2 buleh buat kan..

Chah said...

Asik mkn angin je...wah kepayo...nmpak menggiurkan la bundo...harem saya x penah dengar word kepayo tu bundo...

Shiela said...

selamat pagi bundo.. festaim saya dgr ni bundo tp nampak sungguh sedap.

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam bundo
hubby sy dibesarkan kat N9 jg, arwah FIL lama menetap disana sb Polis kan, SIL, BIL ramai sedaro kat sanun,kak ipar sy duk Pilah , abg ipar duk Tampin... MIL dia pun panggil kepayo he he
kita org Perak betik ni wat rebus ulam takpun masak lemak suka la he he

psttt..Bundo N.9 kat mano ye, kot2 g Pilah ke Tampin ke Seremban ke leh la singgah he he

asyifamustaffa said...

As salam Bundo...
adoi...nogori boto la nie yo....sey nie nogori colop yo....
duk betapo kek nogori nie...dri umur 6 bln lah....hehe...

podeh2 nie..mmg dah jadi peberet dah nie...kalau makan x do podeh eh..mmg x leh masuk la jwab eh...!

tp kepayo mmg x ponah la dongar eh....nmpak sedap lak resepi tu...adoiii...x tahan le tgknya....

Mamasya said...

Aslmkum Bundo.pertama kali dengar pktn kepoyo ni...betik rupanya.betikpun boleh masak rendang....nampak menyelerakan pula tambah campur dg udang....

rahel said...

Salam bundo...kita pun suke mkn sayur ni....bila bundo nak belanja kite mkn? Hehe..

zila norazila said...

zila pun pestime nie bundo dgr lauk camgini..amboii klu lemak2 gini mmg fav zila..nnt zila try jgk la:)

Unknown said...

Assalamualaikum Kak..
Sey pun oghang N9 gak.
Lamo dah nak buek ghondang kepayo ni tapi tak ghoti.
Ni dah jumpo resepi ni.. buleh la try..
Tapi nak tanyo la.. memang kono bubuh lengkueh, bawang merah & bawang putih ko?
Sobab omak sey masak kalau buek ghondang tak ponah lak masuk tu sumo..
Jgn marah yo.. sey budak baru nak blajar..

Unknown said...

Asalam..suka sayur betik..mohon share ok akak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...