Wednesday, October 3, 2012

Salad buah

Assalamualaikum buat semua yang bertandang ke dapur bundo.
Apa kabar semua? Harap sihat dan sentiasa di bawah lindunganNYA.
Bagi yang tertanya-tanya ke mana bundo menghilang beberapa hari, sila terjah ke blog bundo yang lagi satu kat sini. Bundo pergi makan angin sebab dah kenyang makan memacam di dapur ni haha...(lawak murah)



Hidangan bundo kali ini tak adalah special mana. Cuma nak kongsi cara sempoi untuk buat pemanis mulut.  Tak sampai sepuluh minit gerenti dah siap.




Cuma perlukan:
1 tin besar fruit cocktail
1/2 bekas nata decoco (bekas yang dalam plastik tu.  Tak kisahlah flavor apa)
2 cawan buah anggur hitam
3 potong buah honey dew  potong dadu
1 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat



Masukkan fruit cocktail dengan airnya sekali ke dalam bekas.  Masukkan susu dan bahan-bahan lain. Gaul rata dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam sebelum dimakan.  Sedap dimakan sejuk.
Kalau ada dadih atau lebihan agar-agar, campurkan sekali.




Sempoi dan laku.
Bundo buat satu tupperware besar, kejap je habis.





Sekian n3 malas dari bundo hehe...


ibundo

16 comments:

adda syuhada said...

hadoiiii..hadoiiii...terliur sgt nih...sedapnya...mcm nk wat jgk lah...tp tu la bila nk wat xtau..kihkih

Marsita Yahya said...

salam kenal ibundo...
sedapnyer salad tu
www.my-mintroom.blogspot.com

ibundo said...

adda,
heee.. lima minit je siap..

marsita,
salam kenal jugak.

cikmanggis said...

salam dan selamat pagi kak pah.Banyak borong barang dari Vietnam ?..cantik betok gambar yang kakpah ambik ni.ada kelas banyak yang kak majalah yang diambil oleh jurugambar pro..

Saya tak pi la kak pah srikandi punya dinner...oh ya minggu lps seoramg kwn bekas pelajar stf batch Cm meninggal dunia kat bangi..Arwah Noraini Mohadan.Kak pah kenal ke?


cikmanggis said...

sori kakpah banyak salah eja..cermin mata hilang..alasan hehe

rahel said...

wah..posing sakan...
leh nyam nyam satu glass salad buah..nyaman bah..

ibh_sue said...

Asslmkum Kak.
Salad buah sedap..Lagi2 bila gambo yg diambil tu cantik..Lagi la menyerlahkan kesedapan salad tu.. ;D

Chah said...

Bundo dh kembali yer...sakan ngangkut kain kt ben tanh... Mujur x bentan...saya panggey ni fruit cocktail..kalu buat masa raya...huss mmg laku yg amat...1/ 3 tetamu mkn 2/3 lg tuan umah yg bedell!

MamaFaMi said...

Waduh, dok terbayang-bayang kalau salad buah ni melorot masuk kot tekak mama ni...nyaman sih...

ibundo said...

cik manggis,
Tak kenal. Al fatihah untuk arwah. Batch kakpah pun dah beberapa orang yang dah pergi menghadapNya.

rahel,
boleh.. ganti dengan kek rahel yang cantik.

ibh-sue,
salam. Moral of the story memang nak letak gambar supaya terliur hehe..

Chah,
bentan bejalan adala haha..
Bundo kalau buat ni chah, skru peti ais aku longgar sebab asek bukak katup bukak katup selagi benda ni tak habis.

Mamafami,
uii... memang nyaman kat tekak hii..

Gee® said...

ermmmm...yummy!!! kalau nk mintak gerenti tak dapat punyaaa... bikin sendirikkkkk.... kan Bundo?

hazila said...

Sedap ni... Tambahan kalau baru keluar dari peti ais

Kak Rose said...

menjejeh air liur tengah lapo2 ni... rasa nak ngap je skrin tu.... pelahap kan?

Mamasya said...

Aslmkum Bundo. salad buah...mudah tp sedap sbg dessert....tak susah2 nak hidupkan api jerang periuk kan...

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam bundo
desert sempoi tp berbaloi dpt makan ni tau bundo..
sgt2 yummy he he

Unknown said...

kelihatannya sangat enak !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...