Latheefa's Muslimah Collections

Friday, September 21, 2012

Labu lomak spesel

Nak menghabiskan labu sebiji cukuplah lama.  Beli pun yang kecik je. Bukan besar mana pun.  Tapi oleh sebab sekali pakai guna sikit maka terperuklah selebihnya dalam peti ais.  Apatah lagi bila angin nak buat itu ini agak merudum akhir-akhir ini.

Bila abah buka peti ais mencari dadih yang dah tak ada lagi, dia ternampak akan labu yang tinggal lebih daripada separuh itu. Terus dia meminta supaya dibuatkan gulai labu. 



Gulai labu yang ini lain daripada yang bundo selalu buat.  Cubalah intai-intai resepi ni.

Bahan:
Labu yang didadu besar
15 ekor udang
santan 
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 cm kunyit *
10 biji cili api (kurangkan kalau tak suka pedas) *
2 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit dihiris kasar-kasar
Garam
1 keping asam gelugur

Cara:
1. Kisar bahan yang bertanda *.  Masukkan ke dalam periuk bersama santan dan serai. Masak sehingga mendidih. Bubuh garam.
2. Apabila mendidih, masukkan labu.  Masak sehingga empuk. Bubuh asam keping.
3. Masukkan udang dan daun kunyit. Kacau seketika sehingga udang bertukar warna dan masak.  Padamkan api.




Nak tahu rasanya cubalah..


ibundo

11 comments:

Chik Mimi said...

sedap ni bundo kalau saya lepas makan labu confirm kena angin

kasihredha said...

saya sgt suka labu
dan selalu buat masak lomak labu dan udang ni bundo...mmmm mmg terbaik

Chah said...

angin kuskus makan itu labu..tapi ada aku kesah sbb sedap kan bundo...errr lauk kampung mewah gitu dapat jodoh ngna udang...ada suku lagi tu, apa projek?

Aziela said...

Bundo, labu tu kalau dah masak, nampak cam sikit yo kan. Kojap yo abihh losap.

Qhaifa Nur said...

mmg special...ada udang lagi baru ada semangat nak makan bundo...

Ayu said...

Assalam Bundo,
sedap labu masak lemak & udang ni..kita kalau tak ada idea nak buat apa dgn labu kita masak lemak aje ler..hehe..sedappp..

Shiela said...

Bundo.. baru jer beberapa hari lepas ckp kt hubby teringin nak makan masak lomak labu. tiba tiba arini nampak bundo masak.. duhh.. terlior saya bundo.. :P

zila norazila said...

telan air liur jew bundo bila tgk udang pose camtue..he hehee melampau..mmg fav kita masak camnie..sedappnyyaaa:)

mama sara nur said...

assalam bundo
sedap tu...labu sentiasa diminati he he
masak lemak kuning feberetlah kami 3 beranak, kalu campur udang encik suami kutip udang dulu he he

rahel said...

Bundo kalau hidang sayur labu lemak spesel mcm ni konpem gue mkn byk tau...sedap tu

nOOrsha said...

Nasaj lemak labu mmg sodap bundo..ada pula sambal belacan...perghhhh..bertambah nasik:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...