Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, September 19, 2012

Jemput-jemput jagung

Jagung lebihan buat campuran nasi goreng tempoh hari ada lagi setengah tin. Macam-macam yang datang di otak untuk dibuat apa jagung itu sebelum tarikh luput sampai.  Dan biasalah.. bundo akan pilih yang senang dan yang tak banyak menggunakan masa bundo ni.
Maka jadilah jemput-jemput ala cekodok basi.



1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 tin jagung manis cap adabi
1 tangkai daun bawang hiris halus
1 tangkai daun sup hiris halus
1 biji cili merah cincang halus
1/2 biji bawang besar*
1 kepal nasi *
1/2 genggam ikan bilis *
1 biji telur
air secukupnya



1. Blender bahan yang bertanda *
2. Campurkan semua bahan.  Tambah air secukupnya.  Kacau sebati dan biarkan10 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng.



Cara makan:
1. cicah sos cili
2. cicah sambal kicap
3. makan sambil gigit cili api

Bundo pilih yang no 3.

Ha.. jemput.. jemput.. jemput makan!!!

ibundo


12 comments:

Bicara Kak Noor said...

wah ada jemput2 ni Bundo kalau panas mmg larisss snagat apa lagi cicahnya nyaman enak bangat tu huh....

Gee® said...

Nak sikit cekodok Bundo nak cicah no.3 jugak...

Shiela said...

selamat pagi bundo.. nak tumpang sarapan, boleh? :-)

Chik Mimi said...

sedap ni bundo ,dah lama tak buat cekodok jagung

Leah said...

Salam perkenalan Bundo.Sedap ni cekodok cecah sambal lagi ummp :)

rahel said...

Salam pagi Bundo..
Rahel suka makan cekodok jagung..sedap tu...
Bundo memilih cara yg terbaek...tidak membazir kan..

Qhaifa Nur said...

teringin Nur nak buat jemput2 ni...
sedapnya makan panas2...

ijayuji said...

Salam ibundo!!! suke jemput2, apa pun di letak dlmnya mmg kita suke :D kalau kosong pun kita suke tp kena mkn ngan sambal kicap lerrr hihihi..

Norzie hany said...

Kalau saya buat jemput2 jagung ni selalunya cicah sos....sedap.

zila norazila said...

salam syg bundo,
hari nie kita pun wat jemput2 jgk ..x sempat nk pose lg nie..jemput2 jagung mmg zila suka..sedappp.

Rohah said...

waa..sedap, sedap!!..sy kalau mengadap jemput2..memang pakat tak sedar dah berapa ketul yg dah masuk mulut..

Kak yon said...

wow..cicah no tigo..berasap telingo.cekodok jagong paling sedap mkn tengah panas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...