Friday, September 14, 2012

Gulai Rusa

Semasa bundo berada di dalam darjah 3 disekitar tahun enam puluhan, abah bundo berpindah mengajar di tanah felda ayer hitam Bahau. Masa itu tanah tersebut baru diterokai. Masih banyak hutan dan belukar di sana sini.  Malah di belakang kuarters guru yang yang kami duduki masih tebal dengan kayu kayan.

Ayam denak berkeliaran sampai di belakang dapur. Untuk menangkapnya abah cuma perlu memasang jerat atau menembaknya. Kami mewah dengan daging pelanduk, daging kijang, daging rusa dan daging landak. Ayam denak lagi tak usah dicakap selalunya makan.

Ada kalanya pelanduk ditangkap hidup-hidup dan dimasukkan ke dalam sangkar di belakang rumah. Memang ketika itu abah bundo sering sangat masuk ke dalam hutan memburu binatang-binatang tersebut. Setiap kali pulang dari berburu, ada saja hasil yang dibawa.

Kini semua itu hanya tinggal kenangan.





Baru-baru ini sepupu bundo membawa daging rusa dan bundo menggulainya mengikut permintaan abah.

Bahan:
1 kilo daging rusa
2 inci lengkuas *
2 inci halia *
6 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
4 biji buah keras *
2 batang serai *
15 biji cili api *
2 inci kunyit hidup *
1 kilo santan
1000 ml air
2 biji kentang dibelah 4
2 keping asam gelugur




1.  Blender bahan bertanda di dalam periuk*.  Perap bersama daging lebih kurang 1 jam. Letak juga garam.
2.  Letak di dapur dan nyalakan api.  Biar ke semua air daging keluar.
3.  Masukkan air dan masak dengan api perlahan sehingga air hampir kering baru masukkan santan.
4.  Tambah kentang apabila daging agak empuk.
5.  Masukkan asam keping bila kentang empuk.

Abah makan dengan berselera.  Bundo makan sikit saja.  Bukan tak suka tapi setiap kali makan daging, mesti nak kena cungkil gigi hehe.

Sekian.

ibundo


13 comments:

Gee® said...

walla... tumpang semangkok!

Chah said...

Wahhh...skrg mmg susah nk dpt daging rusa...rusa pun dh bandor...payah nk dpt anak rusa nani baru kembang ekor....;)

hannah said...

sedapnyer gulai rusa x sangka dulu bundo tgl di air hitam bahau, mak saya tinggal di lui muda bahau dekat je dgn air hitam kalau blik kg mesti mak gilai ayam denak.....

Kakzakie Purvit said...

Daging rusa mahal Kakpah. Hari itu hubby kakak bawa balik dari Sarawak kawan dia bagi. Kalau tahu kakak masak macam ini - mesti sedap.

cikja said...

saya selalu masak kicap, black peper jer..mak saya bela rusa tu yg selalu makan,,masak cili padi pun best..letak rebung..huhu.:)

Unknown said...

salam Bundo
sampai kini saya masih belum terjumpa daging rusa ni aduii terliur lah tengok Bundo punya ni dah meleleh lah heee

Amie said...

oooh Bundo.. di Sabah pun sekarang ni susah nak dapat daging rusa, apalagi kijang pelanduk semua tu... nak dapat sekilo dua pun kenalah tempah berbulan2 lamanya!

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Bundo
dulu2 je penah makan daging rusa bila cousin kat kg tu dpt kat bukit he he
tp mak sy panggang je daging tu
kalu wat masak cam bundo ni lglah sedapkan....bertambah nasinya nanti

kasihredha said...

tengokpun dah tau sedapppp.

Norzie hany said...

Waduhhhh....nampak sedap sangat gulai rusa tu bundo.

Rohah said...

dah lama sy tak mkn daging rusa..

Shiela said...

woww.. Bundo masak ruso.. Sedapnyerlahh..

Orked said...

wahhh!! sedapnya daging rusa, lame da x mkn daging rusa, dulu pnah makan mase bos lama ade, HBnya mmburu...

Mase ngandung aritu ngidam nk makan rusa, alhamdulillah dapat gak makan, walaupun burger rusa...heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...