Latheefa's Muslimah Collections

Thursday, July 12, 2012

Roti hotdog bungkus

Selamat berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa sunat pada hari ini. Makan apa?
Harini bundo makan nasi impit, rendang daging dan kuah lodeh. Ooops.. makan nasi tiga empat ketul je dan daging sikit. Bundo tak boleh makan daging banyak sebab terselit celah gigi susah nak cungkil hehe..

Bundo buat juga roti hotdog bungkus ini. Makan cicah dengan sos cili campur mayonis atau makan begitu saja. Krap krup krap krup bila dikunyah sebab kulitnya garing.  Nak cuba?



1 bungkus sosej cheese
1 bungkus roti hotdog
1 cawan kubis yang telah dicincang halus
1/2 biji cili merah dicincang halus
1/2 sudu kecil lada hitam ajishio
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar cili sos
12 keping kulit popia bersaiz besar
butter untuk menyapu roti
minyak untuk menggoreng



1. Hotdog direndam dalam air panas.  Toskan dan ketepikan.
2. Kubis dicincang halus.  Masukkan ke dalam  mangkuk dan campurkan sos cili, mayonis dan lada hitam.
3. Roti hotdog dibelah tetapi jangan putus.
4. Sapu nipis roti dengan majerin.  Letakkan sayur kubis dan hotdog. Kemudian roti dipotong dua sama panjang.
5. Bentang sekeping kulit popia.  Letak sebelah roti yang telah dipotong tadi dibahagian tepi berhampiran dengan kita. Lipat kedua-dua tepi ke tengah dan gulung sambil menekan sedikit roti supaya padat (seperti menggulung kuih ketayap). Buat seperti itu sehingga roti habis.
6. Panaskan minyak dan goreng seingga kekuningan dengan api perlahan.



Boleh dijadikan juadah untuk berbuka puasa.

Sekian.

ibundo


11 comments:

kasihredha said...

bila makan kruk kap kruk krap tu yg sedap bundo :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sah-sah sedap.menu bunyi macam nak raya doh kan bonda.

CT Delima said...

As'Salam Ibundo

hehehe...lain kali bila nak makan daging sedia pencungkil gigi tau bundo hehehe. samalah dengan suami ct bila part makan daging aje mulalah lidah tu asaik tersentil nak keluarkan daging terselit hehehe

bila tang bunyi krup2 tu yg sedap!!

Bicara Kak Noor said...

wah bundo ada roti yg krup krap ni besttt kreatif lah bundo ni,saya baru je beli roti hotdog tengk ni macam nak buat jugak tengok klaau mood rajin mesti nak buat macam ni jugak..

Rohah said...

bestnya, kombinasi kulit dan isi yg sedap..

zila norazila said...

salam bundo..kruup krapp2 nampak sedap nie..nk cnp jgk:)

Amie said...

Saya nak cuba jugak Bundo... dah bunyi krup karp krup krap... nak tambahkan lagi bunyinya tu bagi meriah!

FnF Simple Life said...

hmmm...krupkrap2x tu yg best... ni kira popiah roti gulung sosej kan... mmg terbaek lah Bundo. pagi ni anak2 saya pun bekfast roti gulung sosej gak... cuma saya buat style salut breadcrumb sebab takde kulit popiah.

ibundo said...

kasihredha,
haha.. lepas tu siaplah menyapu kerak yang bertabur.

Ros,
dah nak puasa dah kita ni ye..

Ct,
tu yang malas makan daging tu. Selagi tak keluar yang terselit..lidah tu nak menunjal ke situ je hehe..

Nor,
cubalah nor. mana tau kok pekenan hehe

Rohah,
haha

Zila,
silalah..

Amie,
buat tuk minum petang mie..

FnF,
Kalau dah muak dengan roti gulung sosej breadcrumb, bolehlah tukar tukar selera..

laskar pelangi said...

Glurppppp*telan airliur* Hihi:)
Mesti rangup ni, tengok pun dah tau.Aduhai kalau makan dengan sos,mesti sedap.Sedap dijadikan hidangan makan petang.Best best:)
Budak budak mesti suka menu ni :)

nana story's said...

gulpssss..terliur mmbce nyer.. bundo, nk tnye kalau kiter gntikn dgn roti lain boleh? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...