Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, July 25, 2012

Cheezy roti popia

Ini berbuka semalam. Buat 20 ketul, habis. Diorang kata sedap sebab kulitnya rangup.
Buatnya senang saja. Intinya apa-apa pun boleh.  Inti ayam kentang, inti sardin atau bubuh sosej pun jalan.
Tapi yang sedapnya sebab bundo bubuh selapis cheese keping di atas roti, membuatkan intinya basah-basah lembab kekejuan.

Nak cuba?



10 keping roti sandwic gardenia atau seumpamanya
Inti karipap
10 keping cheese kraft
10 keping kulit popia
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air



-Tepung dimasukkan kedalam mangkuk dan satukan dengan air hingga sebati.  Ketepikan.
-Ambil sekeping roti gardenia, gelek nipis nipis.
-Letak sekeping cheese di atas roti.  Kemudian letak inti di atas cheese.  Gulung kemas. Buat seperti itu sehingga habis.
-Bentang sekeping kulit popia, bahagian runcing menghadap ke dada.  Celupkan roti ke dalam tepung dan letak di atas kulit popia. Gulung dan kelim di bahagian tepinya. Sapu air tepung di bahagian hujung sebagai perekat.
-Panaskan minyak dan goreng garing.



Sekian.  Selamat berbuka puasa.

ibundo


14 comments:

Nannie said...

asmlkm kak ibundo ,

sedapnya , saya nak cuba buat la besok :)

cikmanggis said...

salam kak pah.idea yang bijak:)nanti nak buat jugak yum yum

kasihredha said...

bestnya
ada 2 lapis kulitlah ye bonda...roti dan kulit popia.

adda syuhada said...

sedapnya nampak...buat masa sahur pun ok gk nih...

Bicara Kak Noor said...

resepi baru lagi ni Bundo cayang,nak tiru jugak saya ni pasti anak2 kat sedap jugak nnti heeee

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam bonda....pasti nak cuba buat ni. Bila ya?????? jangan pagi raya dah ya.

FnF Simple Life said...

alahai Bundo...best nye...tapi nak kena buat inti karipap le plak kan...hmmm... kena try juga 1 day...ehehe

CitarasaKu said...

salam ibundo ...saya sangat suka pada resepi yang simple dan cepat nie. Hehe terima kasih daun keladi ye...tak sabar nak cuba kat dapur.resepi kat bawah tu pun saya sukaa..comel sangat.

ibundo said...

Salam semua. Bundo jawab sekali harung je lah ya hehe..
Roti ni bila dah digulung dan dibalut, sebijik tu kira-kira besar jugaklah. Makan seketul dah cukup. Tang inti tu kalau nak cepat, buat je inti sardin campur dengan bawang potong dadu campur dengan cili merah sebatang dadu kecik-kecik. Bubuh daun bawang dan daun sup sikit. Perah air limau sikit. lepas tu goreng sekejap bagi air sadin tu hilang. Pun sodappp..
Lagi satu kalau buat inti karipap tu, buat lebih-lebih supaya inti yang belebih tu boleh buat projek lain macam yang ini.
Sekian. ai lap yu all.

ibundo said...

ooops..silap cakap. sardin tu tak payah goreng. Masuk je dalam kuali, kacau kacau bagi air sadin kering.

Chevy said...

Idea yang bagus ni.Terima kasih bundo atas resepi ni..kena cuba ney.

Mamasya said...

Salam Bundo, menarik resepi cheezy roti ni...ada cheese...sedapppnya

Rohah said...

sedap berganda bayangannya ni...fuhh, bagai nak merasa..

ASH said...

bagus bagus...aku boleh cuba yang ni juga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...