Sunday, July 29, 2012

Mee Ayam

Selamat berhujung minggu kepada semua. Mungkin ramai yang balik kampung minggu ini mengambil kesempatan berpuasa dan berbuka puasa bersama ibu dan juga ayah. Beruntunglah mereka yang masih mempunyai orang yang disayangi.

Bundo sudah beberapa bulan tidak menjenguk rumah kampung. Banyak sangat benda yang menghalang.  Lagipun rumah sudah lama kosong sejak emak tiada. Abah bundo pula tinggal bersama bundo di sini. Cuma bila ada masa terluang dan keinginan untuk menjejaki kenangan lalu, bundo akan pulang juga.

Apa plan untuk berbuka hari ini? Bagi yang bekerja hari inilah peluang untuk ketuk ketuk kuali dan belanga di dapur.  Kalau selalunya singgah di pasar ramadhan kerana tidak punya masa untuk memasak, hari inilah nak tunjuk bakat.  Betul?




Pagi ini bundo ingin berkongsi resepi mee ayam. Tapi cuma orang rajin saja yang ingin membuatnya kerana persediaan yang agak banyak. Sebelum membuatnya anda perlu sediakan stok ayam terlebih dahulu untuk membuat kuahnya.

 
Bahan:
1 bungkus mee kuning dicelur sebentar
Gaul rata mee bersama:1 sudu kecil kicap masin,1 sudu kecil sos tiram,1 sudu kecil minyak bijan dan ketepikan.

Bahan kuah:
2 ulas bawang putih dicincang halus
3 ulas bawang merah dihiris nipis
1 cm halia diketuk
1 sudu besar serbuk stok ayam
½ sudu teh serbuk lada  sulah
1200 ml air stok ayam hasil rebusan tulang ayam, dua tangkai daun seleri, 1 batang lobak.
Cara:
1.       Untuk stok ayam, rebus tulang ayam bersama daun seleri dan lobak bersama 1500 ml air. Biarkan bahan direbus selama 20 minit.  Tapis dan ambil airnya sahaja
2.       Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga wangi.  Masukkan ke dalam air stok ayam bersama serbuk stok ayam, garam dan lada sulah. Masak sehingga mendidih dan ketepikan.







Bahan tumisan ayam:
4 ketul peha ayam dipotong dadu besar
2 ulas bawang putih dicincang kasar
3 ulas bawang merah dihiris nipis
1 cm halia dicincang halus
8 biji cendawan butang dalam tin dibelah dua
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
½ sudu teh serbuk lada sulah
200 ml air
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1 sudu besar air
Garam secukupnya

Cara:
1.       Untuk tumisan ayam, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.  Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan cendawan butang berserta sos tiram, kicap, serbuk lada sulah dan air. Tambah tepung jagung dan garam secukupnya.  Masak sehingga kuah pekat. Ketepikan.






Bahan pelengkap:
100 gm tauge
100 gm sawi dipotong dan dicelur
2 batang daun saderi dihiris
2 batang daun bawang dihiris
2 biji cili merah dihiris

Cara hidangan: Letak mee ke dalam mangkuk. Bubuh kuah.  Letak tumisan ayam dan bahan pelengkap di atasnya.

Well... bundo cuma kongsikan di sini. Terpulanglah kalau nak mencubanya tapi rasanya agak enak.

ibundo


8 comments:

Unknown said...

Salam bundo n selamat berhujung minggu...
terliur plak tgk mee ayam nie pagi2 nie..asz pnh jgk buat stok ayam..tp jenuh jugak la nak menyediakannya...hehe

ibundo said...

Asmah,
salam kembali. Masakan yang perlukan stok ini memang ada sedikit leceh tapi bebaloi sebab rasanya sedap.

Kak Rose said...

Salam n selamat berpuasa bundo...tengok mmg terliur tp x rajin la kak rose nak buat yg renyah2 ni... tp makan mau jer!

Marsita Yahya said...

salam ibundo, ada alternatif lain tak kalau tak nak buat stok ayam..kat Mesia ni tak jual stok ayam ek?

ibundo said...

kakrose,
hehe.. terutama dalam bulan pose ni ye. Kalau boleh nak yang rengkas je.

mymintroom,
ada jual stok ayam dalam botol. Nak pakai yang cube pun boleh juga. Cuma tambah air. Tapi bundo prefer buat sendiri sebab rasanya lebih ori.

ASH said...

Rasa macam boleh buat ni..tapi bukan hari ni laa sebab semalam baru je buat mee kari..

Ayam said...

Salam Bundo...nampak sedap sangat saya nie mmg suka makan mee hehe...berbaloi jika nak makan susah pun tak terasa asalkan sedap.

quinnie said...

wow..wow..wow...sedap ni bundo..hehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...