Thursday, July 12, 2012

Puding Nasi

Pernah dengar puding nasi sebelum ni tapi tidak tergerak hati untuk membuatnya. Kelmarin semasa menyelak-nyelak buku resepi yang bertimbun, bundo terjumpa dengan resepi puding nasi dan keinginan untuk mencubanya datang. Jadi, semasa ke kedai yummy untuk membeli tepung HP, bundo ambil juga satu tin buah ceri.

Ini projek semalam. Nasi tu rasanya lemak-lemak manis berkrim. Bundo bagi rating 6/10 sebab tekak tak biasa dengan nasi yang ada rasa manis ni.




Anyway, bundo turunkan resepi.  Mana tahu kot-kot ada pula yang berkenan.

100gm beras
50gm castor sugar
500 ml fresh milk
200 ml whipcream

1 tin buah ceri
2 gm tepung jagung
20gm castor sugar
3 gm serbuk kayu manis


Cara:
1. Rendam beras selama 1 jam.  Toskan airnya.
Masukkan susu dalam periuk dan rebus bersama beras dan gula dengan api perlahan. Kacau selalu.
Masak hingga adunan berkrim.  Padamkan api. Biarkan sejuk.
2. Pukul whipcream sehingga kembang. Gaul sebati dengan nasi.
3. Masak ceri bersama dengan gula, tepung jagung dan serbuk kayu manis. Masak sehingga adunan pekat.
4. Masukkan beberapa sudu nasi berkrim ke dalam gelas.  Letak adunan ceri di atasnya.  Masukkan lagi nasi dan akhir sekali letakkan adunan ceri. Hias ikut suka.



Sekian.


ibundo

12 comments:

Siti Nadira said...

Salam n selamat pg bundo...hmmm...saye pon x berapa nak masuk nasi manis2...tp...kekadang nasi ngan pengat durian mkn jugak....:)

ibundo said...

siti nadira,
salam kembali dan selamat pagi. Itulah.. tekak tak berapa nak terima.

Unknown said...

nampak sedap lah Bundo sesekali tukar selera dengan puding nasi mesti sedap kot kan belum pernah makan tapi teirngin nak try..

norhanim md zain said...

Salam bundo..kesukaan suami..tapi saya panggil bubur nasi manis.sedap gak :)

K.zai said...

salam ibundo..terliur nya tgk puding ni..mkn sejuk2 sedap...

yan's cottage said...

salam ibundo.......
nampok sodapppp yo....!!!!!!

Ummi said...

Assalam Bundo...waaah x penah dengar dan x penah makan puding nasi...duk makan nasi jek selalu...hehehe.. Rating 6/10 tu kira, sedap sikit laa kan...kalau cuba buat, buat segelas je la kot...kang xda org nak makan lak..

Qhaifa Nur said...

simpan dalam frezer dapat makan sejuk-sejuk sedapnya......

hazila said...

Selalu juga dengar pasal puding nasi ni tapi belum terpanggil untuk mencuba. Looks so yummy....

rahel said...

Bundo...
nak puding nasi satu mug..

ibundo said...

Noor,
bundo pun baru pertama kali makan.

hanim,
bagi yang gemar, sedap kot..

k.zai,
salam. Memang kena makan sejuk baru jalan..

yan,
boleh tahanlah yan..

ummi,
kalau tak yakin, buat sikit je untuk mencuba..

qhaifa,
haah.. makan sejuk

hazila,
hehe..

rahel,
dah habislah yang..

laskar pelangi said...

Wahhh!
first time dengar pasal puding nasi ni.kreatif jugak akak ni :)
buat dessert untuk hari raya ni pon bolehkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...