Latheefa's Muslimah Collections

Friday, July 13, 2012

Sambal ikan bilis petai

Ada orang suka makan petai.  Ada orang tak suka makan petai. Ikutlah kehendak dan kesukaan masing-masing kan? Tapi kalau buat sambal bubuh petai, pergh... kalau makan gerenti tak nampak orang lalu lalang.

Ada adik-adik atau anak-anak yang tak tahu buat sambal petai? Ni bundo perturunkan ilmu.



2 senduk gulai pes cili kering (cili kering yang telah diblender)
1 cawan ikan bilis
2 papan petai
1 biji bawang besar dihiris bulat
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih*
1 cm halia *
sebesar guli asam jawa dibancuh dengan 1/4 cawan air
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk stok ayam (tak apa kalau tak bubuh)

1.  Ikan bilis dibersihkan dan direndam sebentar.  Toskan air.
2.  Petai diambil isinya dan dibelah dua.
3.  Bahan yang bertanda* diblender.
4.  Panaskan sesenduk minyak. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.  Masukkan cili dan goreng sehingga garing/masak.
5.  Masukkan ikan bilis dan santan.  Kacau sebentar dan masukkan air asam, gula dan garam.
6.  Apabila hampir masak, masukkan bawang.  Rasakan masam, masin dan manis serata.



Sedap juga dimakan bersama dengan nasi lemak.

Sekian.

ibundo


11 comments:

Qhaifa Nur said...

sedapnya sambal ikan bilis........

mama sara nur said...

assalam ibundo
sedap ni sambal ikan bilis nak lg ada petai tu emmm memang sedapp

Yat Maria said...

Salam K Pah

kita pejam mata imagine keenakkan sambal petai ni ya... :)

Aziela said...

Bundooooo....tengkiuu! Muaah..peluk cium Bundo..heheheheh. Saya pasti akan try resipi nie. Selama nie, saya punya sambal tumis asyik gagal jer. Jadilah juga, tapi selalu sangat tak dapat mencapai rasa yang memuaskan. Betul2 ada sukatan asam jawa dan berapa banyak air...baru confident nak try. Letak santan pekat tu nak kasi rasa lemak yer, Bundo..? Saya akan cuba juga nanti...

ibundo said...

Qhaifa,
mmm.. bolehlah tahan

mamasara, sebab ada petailah tu sedap

Yat,
pejam yat.. pejam..

Aziela,
Santan tu nak bagi lemak. Emak bundo dulu kalau buat sambal ikan bilis dia taruk santan sikit. Asam jawa tu, rasa rasalah ye. Kalau tak cukup rasa masam, bubuh sikit lagi.

Amie said...

Kalau dah bubuh santan tu, memang tak berhentilah makan sambal petai ni Bundo! Sedap....

hazila said...

Salam Bundo,
Semalam nampak sambal petai Bundo, itu yg tiba tiba teingin nak makan sambal petai....

rahel said...

Sedapnya..nak mkn nasik byk2

laskar pelangi said...

Adessssssssss..Dari tengok gambar pun dah rasa nak makan cepat cepat.Makan ngan nasi je pun dah cukup,tak payah nak tambah lauk lain.Tapi,cam lebih mnyak tu,nanti termakan minyak pulak kan,kena kurangkan minyak sikit.wuhuuu~ Suka sangat menu berasaskan petai ni,udang masak sambal dengan petai pun sedap..Yumyum:)

man said...

membuka selera..

ibundo said...

amie,
resepi mak bundo bubuh santan sikit.

hazila,
haha

rahel,
makan nasi lomak

laskar pelangi,
petua bundo kalau masak sambal minyak kena bagi lebih sebab nak bagi cili garing. Kalau tak cukup minyak nanti sambal macam tak masak. Haha.. petua bundo lah. lepas tu keluarkan minyak yang berlebih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...