Kali ini bundo ingin kongsikan satu resepi ayam yang asalnya milik chef wan. Selalunya resepi chef wan yang bundo cuba semuanya menjadi dan sedap-sedap. Begitu juga dengan resepi ini. Bundo makan sambil jilat-jilat jari. Namun ada beberapa bahan yang bundo olah mengikut kesesuaian bundo.
Dalam resepi ini, ayam yang digunakan adalah bahagian dada yang selalunya tidak berapa digemari kerana ia penuh dengan daging. Anak-anak bundo selalu tolak bahagian ini. Bundo sendiri pun tak gemar. Malah kalau makan kfc kami selalu beritahu pelayan kaunter 'tak mahu bahagian dada'. Begitulah tidak gemarnya kami pada bahagian ini.
Peliknya, kalau dipotong kecil-kecil dan tak nampak lagi bentuk dada ayam itu, laku lah pulak...
Okay, resepi:
Bahan
4 ketul dada ayam
2 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili api
2 sudu besar sos tomyam
1/4 cawan air
2 sudu besar mayonis
6 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan
1 biji bawang besar
minyak untuk menggoreng
Bahan perap:
2 sudu besar sos tiram
1 biji telur
3 sudu besar tepung jagung
Cara:
1. Ayam dihiris memanjang
2. Di dalam mangkuk, campur semua bahan perap, masukkan ayam dan perap selama 20 minit.
3. Goreng ayam dalam minyak terendam sehingga kekuningan dan rangup. Ketepikan.
4. Hiris nipis bawang besar, bunga kantan, serai, halia, cili dan daun limau purut yang telah dibuang tulangnya.
5. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
6. Ambil sedikit minyak lebihan menggoreng ayam, panaskan.
7. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk halus sehingga wangi. Masukkan bahan-bahan yang dihiris nipis. Goreng lagi sehingga baunnya naik.
8. Tambah pes tomyam, ayam dan air. Gaul rata.
9. Seketika sebelum padamkan api, masukkan sos mayonis. Gaul.
Sekian.
ibundo
12 comments:
Sedapnya bundo.
Isi ayam bahagian dada sebenarnya menyihatkan. Baguslah resepi nie. Kalau x habis, boleh sumbat dalam roti, buat sandwich. Confirm laku, kan bundo.
menarik juga resepi ni ibundo.. rasa mcm nak cuba skrg.. terasa2 dah kat tekak ni.. hoho
sedapnya letak mayonis...
salam bundo,sama la kita bahagian dada mmg x minat btl..klu dh dihiris2 wt camne rasanya suka kut..h ehee ok thnks resepi ..nk cuba jgk nnt:)nampak sedap la.
nampak sedapnya kakpah...
iols ambik ye resepi kak pah ni... bleh ye kak? :D
Assalam Bundo...amboii sedapnya lauk...anak2 Ummi pun kalau dgn ayam ni suka part tulang2 jerk, termasuk la kita...part isi2 tu wat rencah je laa...potong kecik2...hehe
ada rasa cam tom yam atau paprik tak kak pah?boleh cuba jugak ni..anak anak tak suka dada ayam..kena trick & tipu sket ni hehe.
Salam bundo :)
sama lah kat rumah kalau bahagian dada mmg tolak tepi...
nie mesti best kan sampai bundo jilat2 jari jemari hehehe
kalau Hawa mkn ngan roti arab fuyoo kenyang!!
izin Hawa salin resipi yer Bundo :)
betul tu kak pah..tang dada tu bila dipotong2 baru rasa sedap bila digoreng..kekekek...nasib hari ni saya makan ayam goreng jugak..tapi goreng dgn kunyit je..hehehhe..lama tak makan gitu...:)
Salam semua.
Terima kasih kerana meninggalkan komen dan maaf kerana tak sempat nak balas. Pada yang meminta resepi, ambillah. Buat untuk anak-anak pula...
biasanya isi ayam bhgian ni,bebudak tak suka.bebudak suka yg paha cam gitu jer kan.bagus jugak buat menu ni,mesti laku punya.nanti nak try:)
terima kasi bundo atas resepi yg terbaik ni:)
Post a Comment