Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, July 4, 2012

Siakap goreng ala kadar

Bizi. Hujung minggu ni nak bawa anak-anak kindie buat trip ke animal world di sunway lagoon.  Cukuplah exited diorang ni.  Cikgu-cikgu pun excited sama.  Bundo ni jugak yang penat ke hulu ke hilir menguruskannya.

Makan kali ni simpel saja. Tak ada masa nak buat yang luar biasa (alasan?)

 

1 ekor ikan siakap dipotong dua
1 cm halia
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 ulas cili api
1 tangkai daun ketumbar
5 biji tomato ceri dibelah dua
1 sudu kecil serbuk hilal
1/2 cawan air



1. Ikan dilumur dengan sedikit kunyit dan garam.  Goreng. Ketepikan.
2. Bawang putih dihiris nipis.  Hali dihiris memanjang.  Bawang besar dipotong bulat. Daun ketumbar dipotong panjang. Cili api diketuk.
3. Panaskan sedikit minyak.  Tumis bawang putih dan halia. Tambah air, garam dan perisa hilal.
4. Bila mendidih masukkan ikan, bawang dan daun ketumbar.
5. Masukkan tomato ceri dan tutup api.


Sekian menu ringkas bundo harini.

ibundo



11 comments:

Gee® said...

Nampak gayanya ramai blogger yg bizi lately ni kan Bundo... tp apapon menu Bundo tetap menjadi pujaan hati ku....

Nuridah said...

Assalam bonda,

menu bonda ini selalu mmg nampak enak...menyelerakan gitu.

FnF Simple Life said...

Asslm Bundo... walaupun simple tapi sedap sgt tuuu... sy sukaaaa... ;) letak cili api lebih...lagi terangkat ;)

Qhaifa Nur said...

suka sangat masak yang kuah gini...
sedapnya siakap.....

Mamasya said...

Salam Bundo.wpun ringkas tp nampak sedap ikan tu.kerabu mangga kat bawah tu....kecur nengok .
pasti budak2 seronok dibawa ke animal world...

ibundo said...

Gee,
kita ni semua ada real life kan? Yang di sini hanya singgah singgah. Sebab tu kadang kadang, banyak kadang tak ada haha..

Nuridah,
sedap jugak lah kot. Sebab hubby makan habis.

FnF,
Kalau letak cili api lebih memang terangkat.

Qhaifa,
siakap masak apa pun sesap. Bundo suka.

Mamasya,
Kalau nak pergi trip ni, hari-hari tanya...

Puan Hazel said...

salam bundo, kecur nengok menu ni.. simple2 pun mesti sedap nie.. dah save resipi, nt leh try..

kasihredha said...

walaupun ala kadar menurut bondo tp saya tengok sungguh tergoda

norhanim md zain said...

kena dengan nasi panas apa nak kata..sedap nie..:))

CitarasaKu said...

Alahai nampak meyelerakan tekak saya di pagi hari nampak sedap.

Rohah said...

walaupun ala kadar, mantop tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...