Thursday, May 17, 2012

Sup Wanton Sayur-sayuran

Salam hari kamis.  Kepada yang berpuasa sunat diucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurnanya.

Hari ini kita nak mengesup. Sup 'wanton'.  Sebut 'wanton' itu dengan sedikit sengau dan bunyi 't'nya di orang-putihkan..haha.. Atau kalau nak senang, ikut sajalah lidah melayu.. wantan.

Sup ni enak dihirup-hirup dan diratah-ratah begitu saja. Bagus juga untuk dibuat lauk bagi orang yang berpantang. Bukan pantang nampak ya.. Bukan juga pantang jumpa.  Tapi pantang orang lepas melahirkan. Banyakkan lobak putihnya untuk menambahkan air susu. Begitulah kata bidan terjun yang baru terima cucu dua minggu lalu ni.



Untuk buat sup ini, benda pertama yang perlu dibuat ialah pergi beli kulit wantan kerana tapa kulit wantan maka tidaklah juadah ini menjadi seperti namanya. Kan gitu!!!
Maka perlu juga diisytiharkan bahawa kulit popia tidak boleh digunakan ya anak-anak bundo sekelian.



Maka bahan-bahannya adalah seperti berikut:

Untuk wantan
1 bungkus kulit wantan
2 keping ikan tenggiri saiz besar
1/2 labu bawang besar ditumbuk halus
1 biji bawang putih ditumbuk halus
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/4 sudu kecil garam
sedikit carrot dihiris nipis dan dicincang halus
sedikit daun sup/saderi dicincang halus
1 sudu besar tepung gandum

Caranya:
Ikan diambil dagingnya sahaja dan ditumbuk halus. Ramas-ramas dengan tangan sampai hancur pun okay juga.
Ambil sekeping kulit wantan, letak satu sudu inti di tengah-tengah dan bungkuslah mengikut citarasa anda. Rekatkan tepi kulit dengan air supaya tidak terbuka.  Buat sampai inti habis.
Susun di dalam pengukus yang telah dipanaskan.  Kukus sekejap saja. Apabila nampak inti sudah mengeras, angkat. Lebih kurang 5 minit.
(nota:  bundo kukus dulu supaya segala isi tidak bertaburan sekiranya dimasukkan terus ke dalam sup)



Bahan sup:
(bundo tidak bubuh bahan rempah yang terlalu berat supaya rasa rempahnya sederhana saja)
1 sudu besar rempah sup
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada sulah
sayuran seperti:
carrot
lobak putih
kubis panjang
brocolli
etc etc ikut lah apa yang ada dalam peti ais tu.
stok ayam secukupnya (kalau tak ada, gunakan air yang ditambah dengan satu ketul stok ayam)



Tumbuk bawang putih dan bawang merah.  Campurkan dengan rempah sup yang telah digaul dengan sedikit air.
Panaskan minyak di dalam periuk.  Kalau boleh, gunakan extra virgin olive oil.  Kalau tak ada, pakailah minyak apa-apa pun. Bila berbau wangi, masukkan air stok ayam.  Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan sayur-sayuran dan wantan. Rebus sebentar saja.  Padamkan api semasa sayur masih lagi rangup kerana proses masak masih berterusan walaupun kita dah padam api.



Sekian.  Mehlah sini bawa mangkuk.  Mangkuk kecit je tau...


ibundo


14 comments:

Qasey Honey said...

asslm Bundo...sedapnye tgk sup wantan tu...menu ala2 diet gitew..bleh msuk list ni...nti nk cuba jugak...tq

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Ibundo... morning sha memang suka wanton! tak kirah soup ke kering ke.. wahh memang suka!

Sedap betul kalau di gigit.. kuah tu hiruppp... lama tak makan... huaaa

Azie said...

My feveret nih. Nnt boleh buat

anymz said...

kak kulit wantan dah berjoman duduk dlm freezer..ontah elok lai ko tidak..maleh pulak nak buek..po akak tak koba an akak nak buek mondo olah ni..boleh se anta ke bangi...
kemain sodap lagi nampak ee tu..

kak ese ado yo kek sini..sibuk sikit skang ni..kursus tak habih lai..

norhanim md zain said...

As salam Bundo..cantik dan sedap :))

Unknown said...

salam Bundo,waduh wanton!! suka ni tapi tk pernah buat sup gini selalu buat kukus ke goreng ke,boleh cuba nanti sup wanton pulak mesti sedappppp..

rahel said...

My fav soup wantan...

Puan Hazel said...

sedapnya Bundo.. wantan is always my feveret tp x penah buat sndiri..lps nie blh buat sdiri..

Rohah said...

sedapnya, segar tu dpt hirup sup sekali...dah lama tak makan wantan..

kasihredha said...

suka suka...
yg goreng pun saya suka

Cik Puan Izan❤ said...

tak pernah mkn wantan...sedap ker?

Unknown said...

sedapnya tgk sup wantan ibundo ni...lapar lak rasa ni..hehe

zila norazila said...

menarik la bundo..leh try jgk nie..keep resepi yer..:)

ibundo said...

salam pagi jumaat pada semua di atas. Bundo a bit busy cannot reply to every comments.. Sori. And tq very much for dropping by.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...