Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, November 23, 2011

Sardin goreng labu air

Kadang-kadang bila bibik tanya nak masak apa, bundo garu kepala. Bukan sebab gatal tapi tak dapat nak pikir apa benda nak dibuat lauk. Bila hari-hari pikir nak masak apa nak masak apa, ada kalanya berlaku juga mental block.

Sebab tu harini bundo nak tayang lauk sadin. Sadin yang selalu menjadi mangsa kepada keadaan mental block ni. Sadin ni senang nak dipelbagaikan cara masak. Kau buatlah apa saja, gerenti laku.



bahan:
1 tin kecil sardin
1/2 biji labu air dipotong dadu besar
1 labu bawang merah dibelah dua dan dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 cm halia dipotong nipis dan dihiris panjang
1 biji tomato dibelah enam, dibuang biji dan dipotong dadu
5 biji cili api diketuk sedikit
4 helai daun limau purut
1 batang serai dititik
1 atau 2 sudu kecil perahan air limau nipis



Masukkan labu air ke dalam periuk. Tambah air secukupnya dan sedikit garam.  Rebus hingga empuk. Angkat dan toskan.


Asingkan sardin dan sosnya. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng sadin. Hati-hati apabila menggoreng sadin ini sebab dia akan meletup-letup.  Pastikan sebaik saja dimasukkan ke dalam minyak, cepat-cepat tutup dengan penutup periuk. Goreng seketika. Angkat dan ketepikan.

Gunakan minyak menggoreng sardin tadi dan tumis bawang, halia dan cili api. Apabila wangi, masukkan sos sardin, daun limau dan serai. Gaul rata.

Masukkan sardin, labu air, tomato dan asam limau. Rasakan garam




Sodap weh...


ibundo

7 comments:

cahya indah said...

dah lama tak makan labu air ni, Bundo..nampak sedap lauk ni :)

kaklong said...

baru cadang ari ni nak buek samabl sadin..
ado lak resepi ni..selalu jumpo labu air,yg tau ea buek tumih labu air yo,tak tau lak buleh judu an mo sadin..

mokaseh kak!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Bundo setuju...kita tukang masak ni memang kadang2 ada mental block.Lebih2 lagi cuti sekolah ni nak masak 3 kali 1 hari ke????

@xiiinam said...

Kena cari stok sardin ni...nak cuba!

Yat Maria said...

K Pah

labu air bule campur masak ngan sardin eh? kita nak gugel dulu rupa labu air arr..

ada hajat dihati nak menerai tapikan pat goreng letup2 tu yg ada terbantut sket..I need to get my perisai, tudung periuk besar & sudip panjang sedepa + oven glove sampai ke lengan dulu..

Gee® said...

yes!! memang sodap bundo....

ibundo said...

cahya,
sup labu air pun sedap

kaklong,
sambal sadin mo torung pun okay kaklong

ros,
bundo amek bahagian masak petang je. breakfast ngan lunch bibik masak hehe..

cklah,
kena carik labu air gak

yat,
jangan lupa cari topeng skali...kehkeh..

gee,
lauk orang maleh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...