Latheefa's Muslimah Collections

Sunday, November 13, 2011

Rainbow Agar-agar Pudding

Dalam masa yang sedikit terluang ini bundo masukkan satu resepi mudah untuk dikongsi.  Semuga anda yang datang menjenguk sentiasa berada di dalam dakapan kasih sayangNYA.




Recipe by Jamie Jong

Bahan A:
10 gm agar-agar
200 gm gula castor ( bundo kurangkan 150 gm)
1000 ml air
4 helai daun pandan
Pewarna merah, hijau, kuning, biru

Bahan B:
10 gm agar-agar
200 gm gula castor (bundo kuranngkan 150 gm)
1000 ml air
1 peket serbuk santan
4 helai daun pandan
Pewarna merah, hijau, kuning, biru

1. Didihkan bahan A kecuali pewarna sehingga gula dan agar-agar larut.
2. Didihkan bahan B kecuali pewarna sehingga gula dan agar-agar larut.
3. Ambil 250 ml bahan didih B, bubuh pewarna kuning dan masukkan ke dalam acuan.
  Biarkan sehingga hampir beku.
4. Ambil 250 ml bahan didih A, bubuh pewarna kuning . Tuang ke atas lapisan pertama. Biarkan sehingga hampir beku.
5. Buat langkah yang sama dengan warna seterusnya.
6.  Apabila sudah habis melapis, biarkan benar-benar beku baru terbalikkan ke dalam pinggan.



Kesilapan bundo:
1. Masukkan lapisan kedua terlalu awal menyebabkan lapisan pertama masuk sedikit ke dalamnya.
2. Acuan agak pendek dan bundo tidak dapat masukkan lapisan biru sebab dah melimpah.  Jadi, warna biru bundo masukkan ke dalam acuan kecil saja.

Sekian.  Selamat berhujung minggu. Acara hujung minggu bundo padat dengan kenduri kendara.

ibundo

16 comments:

kaklong said...

ni lah kelobihan akak,raso kaklong puding ni ado dlm hantarn basyir kan...tak yah beboli doh kak?
kaklong pun nk try nanti.





kak,nak tanyo..
pagi ni kaklong buek nasi lomak hijau(pandan) tu,tapi tak buh stok ayam,tak po ko kak?

ibundo said...

kaklong,
haah.. tak dapek nak raso sodap ko tak. tapi diorang cakap sodap.

Nasi lomak hijau tu takdo stok ayam pun takpo.

kaklong said...

ok,thanks kak
:)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Ibundo...kat sini asyik hujan pas tu panas..hujan lagi..panas pulak..memang patut pun ada rainbow....cantik.

Liza said...

salam ibundo....cantik nmpk kaler puding tu, mmg meriahhhh...

Yat Maria said...

Kak Pah

absolutely beautiful 1st pic!!

~ Cik Azz ~ said...

Nak try la nanti...

Nampak mongancam boto puding akak ni... Dongan gambar yg superb lagi tu..

ibundo said...

ros,
kat sini baru teduh hujan. Takderlah pulak pelangi kat langit.. uhu..

liza,
kaler kaler ceria

yat,
hehe

azz,
tutup mato leh buek azz. Cewahh..

quinnie said...

cantiknya kak pah..sungguh rajin sekali...:)

Ummi said...

Assalam kak Pah, cantiiiiikk sangat laaaa agar2 tu....perrggghhh...mengancam habis...!!

Gee® said...

nak rainbow bundo...!!

ibundo said...

q,
dah beli bukunya gee. kalau tak buat kang rugila pulak..

ummi,
salam. pelangi pun sememangnya cantik kan ummi.. hehe

gee,
amek le..

Sally said...

Salam bundo!kejadian agar2 yang sangat cantik..sayang nak makan ni!.

ibundo said...

sally,
memang rasa sayang nak makan..

Yatie said...

cantiknya puding ni..gambar pun memikat hati...

CT Delima said...

As'salam ibundo

suka pada agar2 puding ni..cantik sangat2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...