Dalam majallah sedap bilangan 41 baru ni, ada resepi lempeng oat. Tengok gambar, ia macam menarik. Lagipun ada dimasukkan oat sebagai salah satu bahan. Tentu bagus untuk orang yang pentingkan diet kesihatan.
Serius cakap, setelah dibuat, rasanya ia bukan sesuatu yang disukai oleh semua orang dalam famili terutamanya anak. Dengan adanya oat, adunan agak likat dan lempeng tidak berapa lembut. Untuk bundo, ia okay sebab bundo memang makan oat.
Anyway, bundo letak jugalah resepi di sini. Sesiapa nak rasa, buat sekeping dua cukuplah.
Bahan:
200 gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk penaik
1/4 teh garam
50 gm oat
1 1/2 sudu makan gula
3 biji telur, pukul rengan
125 ml susu cair
35 gm majerin, cairkan
bahan sos keju:
1 sudu makan mentega tawar
2 sudu makan tepung gandum
200 ml susu cair
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
50 ml krim pekat
50 gm brokoli, rebus dan potong kecil
25 gm keju cheddar parut
1. Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan garam
2. Campur telur dan susu cair. Kacau rata. Masukkan majerin sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan.
3. Tuang satu senduk kecil di kuali rata tanpa disapu majerin. Terbalikkan.
4. Sos keju: panaskan mentega. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga bergumpal. Tuangkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga licin. Masukkan garam, serbuk lada sulah, krim pekat, brokoli dan keju. Masak sehingga pekat.
5. Hidangkan penkek bersama sos.
Bundo makan sekeping. Ada yang makan setengah. Ada yang cubit-cubit. Selebihnya bundo tak tau ke mana perginya.
ibundo
11 comments:
Ops...nak rasa lempeng oat sekeping...
macam tak caye je bundo makan sekeping..betoi ka? hah..tumpang lalu..sambil angkut lempeng..
Assalamualaikum ibundo...
diana x perna makan pankek oat lg... kalau oat tu mmg diana suka makan ... tapi cam nampak sedap gak tu ibundo..
lempeng+broccoli? hmmmm interesting combo.. ;)
As'salam Ibundo
CT pun tak pernah makan lempeng oat, kalau buat air tu sering juga lah. kalau dulu2 arwah mak rajin buat lempeng cecah ngan gula + kelapa lagi sedap..hehehe
Agak2 bundo mana hilang selebih lempeng oat tu erk..? hehehe
Bibik makan kot...diapun nk diet, sbb dh gumuksd asyik mkn yg syedapp2 jer bundo masak...
mmmm...x penah lagi jumpa sos brokoli tu kak pah...nampak sedap aje dengan pankek tu
wow, saya boleh makan 2-3 lempeng skali gus hehe. mmg favourite sgt especially oats and honey penkek
Gee,
dah habis gee..
Anna,
betull.. haha
Diana,
boleh tahan lah tapi tak lembut macam lempeng biasa
Azeeda,
tulah pasal.. rasanya kalau cicah dengan kari lagi sedap.
ct delima,
lempeng dulu cicah gula dengan kelapa muda parut. Sedap kan? Kadang2 mak bundo parut gula kabung. Sedap gak.
Lempeng selebihnya? haha.. adalah tu yang makan.
Chah,
pandai chah meneka. Jawapan pada soalan ct delima gak hehe..
cheq su,
sos brokoli tu sedap. Kalau makan dengan ayam panggang pun sedap kot.
iva,
anak bundo makan penkek tu dengan honey. Diorang kata lagi sedap.
alamak kak pah sedapnya pankek kakpah ni ala ala barat gitu.Saya masak pankek durian..jom makan:)
Post a Comment