Tuesday, November 29, 2011

kerabu mangga

Salam.  Macam dah lama bundo tak masuk sini.
Bundo balik kampung bundo di kuala pilah sempena cuti awal muharram dan kebetulan pula line internet tersangatlah lembab.

Mangga muda ni bukannya bundo dapat di kampung tetapi di kedai sini semasa bundo mencari sayur.  Nampak mangga muda ni terus bundo teringatkan kerabu mangga yang adik ipar bundo buat semasa kenduri di rumahnya hari raya haji lepas. Terus meleh-leleh air liur ni mengenangkan kejadian kerabu mangga yang teramat sedap itu.

Ada sesiapa yang sukakan kerabu mangga?  Tak semua orang suka makan kerabu mangga ni sebab ia agak masam.


Bahan:
4 biji buah mangga muda (sebiji mangga yang bundo beli ni dah bewarna kuning)
2 kuntum bunga kantan sederhana besar.
1biji bawang besar
3 sudu besar penuh kelapa parut
2 sudu besar udang kering
10 biji cili api dihiris nipis (kalau suka pedas, bubuh 20 biji pun  tak apa)
garam secukupnya


Cara:
-kelapa parut dan udang kering digoreng tanpa minyak hingga kekuningan. Blender kering atau ditumbuk.
-mangga diparut halus
-bawang dibelah dua dan dihiris nipis
-bunga kantan dihiris nipis
-gaul rata semua bahan. Rasakan garam.  Ada orang suka bubuh gula.  Bundo tak bubuh. Kalau suka bubuhlah gula atau bahan perasa.



Siapa yang tak suka makan kerabu mangga, maka rugilah orang itu haha..

ibundo

11 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Bundo kita bawa pinggan ni.

sue-ab said...

huh saya sangat suka..maka tak rugi la yep hehehhe..

Chah said...

Bundo, saya suker!!! mmg 'lugila' sapa tk suka kan..kalau saya suka buh kacang tanah tumbuk. dulu penah makan kt vietnam diorang buh daun kesum bundo...sedap gak..

kaklong said...

suko suko sukooo..!

Cik Azz said...

Dah abeh pulak musim manggo ni kak.. Hari tu punyo la melampuh buah ehh.. Kono tunggu buah tahun dopan lak kok nak buek kerabu ni.. hehe...

Acik Erna said...

adui kak pah ikut samo meleleh air liur ni ha..

ibundo said...

ros,
bawak besen pun tak per

sue,
hehe.. tak rugi

chah,
memang lugila sapa yang tak suka makan.
Bundo dah teringat dah nak bubuh kacang tanah tapi kacang takder pulak. Yang banyak, tanah haha..
Taruk daun kesumek. Lenkali nak cuba la

ibundo said...

kaklong,
ingat tak suko..

azz,
umak ai lamo e lai..

erna,
mosti meleleh punyo na.

Unknown said...

wahh kerabu mangga ni my fav ni ibundo..suka bangat.kalau mkn nasi ngan kerabu ni maunya bertambah nasi ni:)

ibundo said...

nieza,
tapi anak2 bundo tak gemar uhuuu.. sebab tak tahan masam mangga

cahya indah said...

family Cahya semua suka makan kerabu mangga ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...