Saturday, November 26, 2011

Laksa Nyonya

Haritu semasa pergi beli-beli barang, perut pulak buat hal menyanyi-nyanyi.  Terus ajak bestfriend sebelah  singgah makan di food court. Bundo oder mee bandung. Hubby pulak teringat nak makan bakso.
Bila food sampai dan makan, terasa frust sangat sebab rasa kedua-dua hidangan tidak menepati citarasa.

Dua tiga hari bundo tak nyenyak tidur malam sebab teringat-ingat mee yang tak berapa sedap tu (hehe). Baik buat sendiri ye tak. Tapi bundo buat  laksa nyonya.



Bahan
Mee kuning atau meehun

Kuah:
1/4 ekor ayam dipotong kecil
Beberapa ekor udang (bundo tak bubuh sebab terlupa nak beli)
Santan daripada satu biji kelapa
4 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
5 biji buah keras *
10 tangkai cili kering *
5 batang serai dihiris *
sebesar ibu jari belacan *
2 cm kunyit hidup *
1 sudu besar udang kering *
2 cm lengkuas *
2 kuntum bunga kantan
3 tangkai daun kesum
3 keping asam keping

bahan sampingan:
Beberapa biji telur direbus dan dibelah 2
Tauge
Timun dihiris kecil memanjang (dalam gambar tak ada sebab lupa nak letak)
sambal belacan


Blender bahan yang bertanda * sampai halus.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahan yang diblender tadi sampai terbit minyak.  Masukkan ayam dan udang.  Gaul.  Masukkan santan. 
Apabila mendidih, masukkan bunga kantan dan asam keping.
Masukkan pula daun kesum bila kuah masak dan pekat. Jangan lupa rasakan garam.  Boleh masukkan sesudu kecil gula kalau suka.



Hidanngkan dalam mangkuk bersama bahan hias. Sambal belacan itu adalah wajib ada.


Selamat bercuti.
ibundo

16 comments:

quinnie said...

nampak sedap je laksa akak ni...tak dek ayam la pulaksss...adessss

Yat Maria said...

K Pah

memang oringzz kalo dah order makanan tapi tak capai piawaian kan..espeseli bila lagi lapar..in the end, baik kita wat sendiri..akak tayang laksa ni..harus kita pun ada tayangan laksa..kalo tak laksa..itu mee bandung!!hehe..

kaklong said...

lobih kurang mee kari yo rupo ea kan kak,namapk menyeloro lak...nanti nak try buek...

Chah said...

Wuhhh ada sambal belacan tu jd nyengatkan bundo.....haku ni lamaaaaaa nau x jenguk bundo...bz bena ngan hal dunio...:) fes nk jwb yg bundo tanya pasal kelas fondant, saya ambik kelas tu bln 4 ritu kt icca dmansara kt situ silibus semua wilton method...byk lg kelas lain, yg fondant saya ambik tu utk gentel bunga2 basic yg figurinesbinatang saya beli buku yo... Ada juga kelas under blogger2 kek kalu bundo bkenan, nnti saya bg link ingat nk gi jugak lg kelas advance sket bundo minat ke? Nnti saya roger2 wokeh...

Acik Erna said...

kak pah..laksa nyonya ko namo e ni..macam mee kari nyonya kak pah yang sodap tu yo..uish meleleh air liur toringat mee kari resipi kak pah yang sodap tu..

Ena said...

naper panggil laksa ekk?sedangkan guna mee kuning.. errr.. kompius sendiri..

cikmanggis said...

minggu lepas makan nasi ayam penyet kat kedai..tak puas hati btol..tak sedap langsung.Harga pulak mahal..jadi hari ini buat nasi ayam penyet sendiri..apa susah ketuk je ayam sampai penyet sedap pulak tu kak pah:)..puas hati kan .

cahya indah said...

mama Cahya suka masak ni jugak..sedap n tak susah nak masak. letak kerang pun sedap. tapi tak pernah try dengan sambal belacan lagi..

Mamasya said...

Salam Maal Hijrah Bundo

Laksa Nyonya sedapnyaaaa.....yg buat sedap ada bunga kantan dan daun kesum . pernah buat laksa ni.... kdg2 mkn dgn bihun....anak2pun suka...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Betul3...apa-apa pun buat sendiri lagi sodapkan bunda.

Cik Azz said...

Laparrrrr....


huhuhu...

Anna Qawina said...

aslmkm Bundo..nak semangkuk boleh? lapar lak ujan2 nih..

ibundo said...

Q,
takde ayam, taruk je apa-apa.. okay gak

yat,
akak tengok udang kau melengkar atas mee, tu jam jugak rasa nak ratah ratah. Beli kat kedai, dapatlah sekor dua itu pun udang yang dah tak menyelerakan. Selalunya makan kat kedai macamtulah.. ada je benda yang kita nak komplen.

ibundo said...

kaklong,
rupo lobeh kurang tapi raso e lain.

chah,
bizi betul ko ek.
Kalau ada class cake decorating tu minat gak. nanti roger lah kalau ada yang agak2 bundo pekenan tu.

erna,
mee kari nyonya hari tu gabungan mee kari dongan laksa nyonya ni lah. Apasal namo e laksa nyonya pun tak tau la. kakpah dulu2 pun tertanyo2 gak tapi..dah orang cakap laksa, kpah pun cakaplah laksa gak haha..

ibundo said...

ena,
kakpah dulu pun konpius. Dia guna mee kuning atau mihun. Agaknya nyonya dulu buat laksa pakai mee kuning ekekeke

cm,
anak2 kakpah kalau makan kat kedai selalu merungut... mak buat lagi sedap. Tapi kita ni kengkadang nak lepaskan diri dari berketuntang di dapur.

ibundo said...

cahya,
laksa nyonya kena ada sambal belacan sebab tu yang datangkan rasa yang teramattttttt sedapnya.

mamasya,
salam maal hijrah.
Lagi pekat kuahnya, lagi sedap.

ros,
tapi kalau kita bukak restoren, tak taulah orang kata sedap ke tidak haha..

azz,
cuti panjang ni tak masak apo2 spesel ko tuk anak2 buah tu.

anna
hujan? banjir tak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...