Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, November 16, 2011

Jemput-jemput jagung ikan bilis

Jemputlah makan jemput-jemput. Macamanalah datangnya nama jemput jemput ni ye..
Jemput-jemput atau cekodok, senang nak disediakan. Salah satu lagi menu imergensi. Kalau minum petang tak sempat nak mengukus ke membakar ke, goreng jer lah jemput-jemput.  Pasti menjemput selera orang yang makan hehe...

Haritu adik dan beberapa orang kawannya datang study ramai-ramai untuk spm mereka. Kali ni bundo buatkan jemput-jemput je untuk diorang. Lepas tu jemput mereka makan.


 
1 tin jagung yang berbiji.  Tapis airnya. Separuh diblender dan separuh lagi dibiarkan begitu saja.
4 cawan tepung kek
1 genggam ikan bilis
1/4 cawan santan
1 biji telur
1/2 cawan carrot yang diparut
daun bawang dan daun sadri dihiris kecil
1 ulas cili merah dicincang halus
air secukupnya
sedikit garam


Blender ikan bilis dan setengah tin jagung.
Masukkan ke dalam mangkuk bersama-sama bahan lain.
Goreng.


Bundo hidangkan sepinggan besar jemput-jemput ni untuk adik dan kawan-kawan.  Cicah bersama sos cili thai.  Habis.

ibundo

12 comments:

Liza said...

salam bundo...wah ada kelainan resepi cucur ni, guna santan yer...nnt blh la liza try jugak...

Gee® said...

alaaaa bundo ni buat tak tau pulak... kan orang dolu2 buat jemput2 ni pakai tangan...tu lah namanya jemput2... nak sikit jemput jagung tu...yg dalam gelas yer...

cahya indah said...

baru perasan Bundo letak santan. Cahya suka jemput2 letak daun bawang :)

Aziela said...

Bundo, nak tumpang tanya. Saya dan rakan2 di opis nie selalu fail kalau buek cekodok. Mesto keras jadinya. Apa method yang paling mudah dan pasti jadi kalau nak buat cekodok yer bundo?

ibundo said...

liza,
lemak2 gitu..

Gee,
hehe.. jemput dengan tangan ye. Skarang ni pun kalau bundo buat cekodok, bundo jemput dengan tangan. elok jer cantiknya kan?

cahya,
cekodok makan masa tengah stadi tak perasan bila habis

aziela,
azie cari resepi "cekodok bangi" bawah label kuih muih. Tu basic cekodok bundo. Guna betul2 pasti cekodok azie lembut walaupun sejuk.

quinnie said...

wah..ada taruk santan ye kak? lain kali nak cuba la cucur letak santan ni..tak tau beza dia dari cucur biasa...hehhe

Chik Mimi said...

Assamualaikum kak pah akak mai Penang ke meh la kita jumpa:)

ibundo said...

Q,
cuba la. Selain lemak dia boleh lembutkan cekodok.

Chik mimi,
Dah nak balik dah besok. Tadi sempat pergi jusco kat queensbay. Kpah stay kat vistana ni tapi tu la.. dah nak balik dah.

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ibundo...
wah sedapnya tgk jemput2 jagung ikan bilis tu... baru tadi nampak jagung tapi x beli plak.. huhuu.. nie dah terliur dah nie.. :)

anymz said...

wah lomak cekodok akak ni..nak buek gak lah..:)

Nazrah said...

datang nak "menjemput " ni..

Hamirdin b Ithnin said...

diana,
datang tak bawak udang ke hehe..

anim,
mintak berger

nazrah,
hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...