Monday, November 21, 2011

Beef Horn

Tiap kali masuk dapur ros sinaran menu pasti ada resepi yang memikat hati. Terpulang pada kita je rajin ke tak rajin nak mencuba. Bundo dah jumpa resepi tanduk ni lama dah dan nak membuatnya pun dah lama tapi belum ada kesempatan.  Bila kesempatan tu sampai, selongkar dalam kabinet dapur tuna pula tak ada.  So nak minta maap pada ros sebab tuna horn awak dah bertukar menjadi beef horn.

Di bawah ini bundo letak resepi yang bundo dah putarbelitkan (hehe).  Untuk resepi sebenar dan original sila ke dapur ros yang letaknya di sebelah dapur bundo ni.



Roti pratha secukupnya
200 gm daging hancur
1 biji kentang diparut halus
1/2 biji bawang besar didadu
sedikit daun bawang dan daun sup dihiris halus
2 sudu besar mayonis atau lebih
1 biji telur
1/2 cawan mozarella cheese parut
sedikit butter untuk menumis
garam dan pepper sebagai perasa


Panaskan butter, masukkan bawang.  Masak hingga layu.  Masukkan daging dan masak sehingga air daging kering. Masukkan kentang. Tambah sedikit garam dan pepper.Bila masak, angkat.
Masukkan ke dalam mangkuk. Pecahkan sebiji telur.  Gaul rata. Tambah cheese dan daun sup/bawang.  Gaul rata.
Ambil sekeping roti pratha, potong dua sama bahagian.  Ambil satu bahagian, gulung seperti cone. Masukkan sedikit  inti (lebih kurang separuh cone).  Letak mayonis. Penuhkan cone dengan inti lagi. Susun cone atas dulang dan buat seperti itu sampai habis.
Bakar dalam oven 180 deg selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.



Cik hubby suka.  Bundo pun suka.  Terima kasih ros.  Banyak lagi resepi awak yang kita nak cuba.

ibundo

10 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam & Slmt pagi ibundo :)
Ari tuh baru nmpk kat dapur Puan Ros..pagi nih dh sampai dapur Ibundo..hehehe menggancam nmpk dgn cheese mozarella ltk manyak :P

cikmanggis said...

kakpah kita nak cuba sat lagi.Blom sarapan lg ni.

CT Delima said...

As'salam Ibundo

Memang tergoda dan hampir nak ngap! masuk mulut dah ni...hehehe. Kalau ct lebih suka letak beep lah kot berbanding tuna tu. maklum lah ada seorang nak bujnag ct yang alah pada makanan dalam tin seperti sardin atau seangkatan dengan nya..adoiii payah kan kalau ada yang alergi dengan benda2 macam tu. kalau masak nak diasingkan atau masak dua jenis gitu...hehehe

Ibundo..nanti ct nak cuba jugalah..sebab dah jatuh chenta..hahaha

ady said...

as-salam ibundo
pagi2 tgk beef horn ni rasa lapar..nampak sangat2 sedapnyee..

Yat Maria said...

Kak Pah

kita pun berkenan horn letak daging style cam K Pah.. Kita copy eh K Pah.. insyaAllah ada masa weekend nak buat :)

cahya indah said...

nampak sedap la Bundo..kena try ni. kalau makan hot & roll tu tak puas..hehe

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

bundo...kita demam la.tak lalu nak buat apa pun.Apa2 pun boleh janji bertanduk...sebab kak sekolah kita memang ada tanduk hahaha...Terima kasih sudi cuba.

Juwita Jamaludin said...

menarik menu ni .. memang nampak sedap.. hubby ita suka yang simple macam ni

Mamasya said...

Aslmkum Bundo

menarik beef horn ni...ohh pakai tunapun boleh.tengok resepinyapun mudah...boleh cuba nanti...
nampak sedap masakan ayam terhidang kat bawah tu....

ibundo said...

salam and good morning to everyone. Orang cuti sekolah ni boleh relek2. Bundo lagilah banyak keje hehe.. thanks for dropping comments and have a good day...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...