Di tempat bundo tinggal ni, ada satu restoren yang signature dishnya masakan kampuchea. Bundo dengan hasben selalu ke sini makan bankuong selepas selesai berjoging. Bundo sebelum berjoging cuma minum air kosong dan makan roti kosong sekeping. Lepas joging, mestilah perut pun kosong. Memang dah lazim macam tu, hasben belanja minum selepas berjoging. Buang lemak tambah lemak.
Selepas hariraya haritu, kedai ni macam bertutup je tak bukak-bukak. Dulu bundo pernah tanya sekali kenapa jadi macam tu. Bos dia cakap perkerja balik kampung. Kampung pulak nun jauh kat indon. Alahai.. Jadi, oleh sebab teringin sangat nak makan bankuong, bundo ambillah inisiatif buat sendiri.
Bahan:
(Bahan ni bundo tak letak berapa banyak. Semuanya terpulang berapa banyak nak buat)
Rice paper
bihun yang telah dicelur lembut
udang secukupnya
carrot yang diparut halus
tauge dicurah dengan air panas sebentar
sedikit daun ketumbar dihiris kecil
sos ikan
untuk sos:
2 tbs rice vinegar
1 tsp gula castor
1/2 cawan air
1/4 cawan sos hoisin
2 tbs kacang tanah yang dipanggang dan ditumbuk kasar
pelengkap:
timun
salad
daun ketumbar
kalau ada sup ayam, letaklah bersama sup. Kalau tak ada, tak apa.
Kalau tengok dalam bahan tu ada guna rice paper kan? Melilau bundo cari rice paper ni. Dekat-dekat sini tak ada jual. Dulu bundo beli di restoren vietnam di mid valley. Haritu pergi, restoren tu dah tak ada lagi dan dah diganti dengan kedai lain. Bundo turun cari di jusco. Ke hulu ke hilir bundo cari di bahagian basah, dalam freezer tu. Tak jumpa gak. Setelah memang penat ke hulu ke hilir, akhirnya jumpa di bahagian noodles. So, kalau nak cari, pergilah ke jusco di mid valley kalau tempat anda tak ada jual benda ni. Pergi bahagian mihun ye!

Bagi yang belum pernah tengok rice paper dan nak tahu rupanya macamana, ha.. tu seperti yang dalam gambar tu.

Cara nak buat.
-Masukkan bihun dan sayur-sayur ke dalam mangkuk. Letak lebih kurang 1 sudu besar sos ikan. Gaul rata.
-Udang dibuang kulit, belah belakang dan dicelur masak.
-Letak air panas di dalam besen. Jangan terlalu panas. Ambil sekeping rice paper dan rendam dalam air panas. Rendam sekejap saja sebab ia cepat lembut. Keluarkan dan bentang dalam pinggan.
-Letak campuran bihun dan sayur di bahagian yang hampir dengan anda. Susun 3 ekor udang di atasnya. Lipat tepi kiri kanan dan gulung.
-Buat seberapa banyak yang anda mahu.
Untuk buat sos:
Masak gula,cuka dan air di atas api sederhana besar sehingga gula hancur. Jangan sampai mendidih. Masukkan sos hoisin dan kacau rata. Masukkan kacang dan padamkan api.
Kalau, rajin buatlah sup ayam yang simpel. Hasben bundo suka makan ni dengan sup ayam. Kalau pergi restoren kampuchea tu pun, kami mesti minta sup sekali.
ibundo